Karenah anak-anak memang adakalanya membuatkan ibu bapa hilang sabar. Penat bekerja, ditambah pula perangai anak-anak betul-betul menduga iman. Tetapi bila diingatkan kembali apabila anak-anak sudah besar, pasti ibu bapa akan merindui saat-saat tersebut.
Lagi lagi kalau mereka sudah besar dan membuat hal sendiri. Sebab itu, biar susah macam mana sekali pun usah mengabaikan anak-anak. Tak dinafikan bukan mudah untuk menjadi seorang yang penyabar, tetapi tidak mustahil untuk berbuat demikian. Bapa bernama Firdaus Azizi ini berkongsi pengalaman yang sama.
Kadang-kadang kita stress sangat melayan so called kerenah anak-anak ?
Tapi comment kat status Vivy ni memang terbaik?
Saya selalu juga rasa luar biasa “seronok” (baca = stress terlajak) bila bawak 4 orang anak keluar sorang-sorang tanpa maknya ?
Anak yang ini meragam nak yang itu.
Anak yang lagi satu melalak nak yang ini.
Ads
Belum part dah masuk kereta tak pakai seluar atau tertinggal kasut (paling tak tahan, masuk kereta jer ada bau semacam – diapers ?)
Bila marah, merajuk lak (yelah, ada 3 princess yang sensitif macam perempuan).
Fuh, terasa menguji keimanan betul ?
Ikutkan hati, nak jer bertukar jadi raksasa hijau ???
Ads
Tapi bila memikirkan yang hagaman diorang ni “sekejap” jer…
And this moment will soon end and will remain as memories…
Saya selalu raikan jer (sambil membebel dan memekak ?)
—
Ads
Dan selalu saya ingatkan diri untuk bersyukur sebab tak semua orang ada anak.
Hati ibu mana yang tidak sentuh apabila melihat anak tersayang telah membesar dan menjalani kehidupan yang sempurna. Lebih syahdu, apabila anak melangsungkan perkahwinan.
Begitulah yang dialami oleh pelakon, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 40 yang kini telah bergelar ibu mertua selepas anak perempuan sulungnya, Andriana Balqis sah diijabkabulkan hujung minggu lalu dengan jejaka pilihan hati. Majlis nikah ringkas buat anaknya dengan berbaju rona putih.
Menurut Enot, dia bagai tidak percaya anak sulungnya itu sudah besar dan berkahwin. Malah sehari sebelum majlis pernikahan anaknya, Enot mencoretkan luahan hatinya sebagai ibu. Malah tidak menyangka pada usia 40 tahun sudah bergelar ibu mertua! Antara kapsyennya,” i m still young 40 years dah dpt menantu!”
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan insan tersayang memang perit untuk diungkapkan dengan kata-kata. Seolah-olah separuh nyawa dibawa pergi bersama.
Adik Fariz Naufal yang berusia 5 tahun kehilangan ayah tersayang di dalam satu kemalangan jalan raya. Dia yang ketika itu membonceng motorsikal bersama arwah ayahnya turut mengalami kecederaan teruk. Kisah Adik Naufal ini dikongsikan oleh jirannya Eizan Ariffin. Sama-Sama kita doakan semoga Adik Fariz cepat sembuh seperti sedia kala.
Ini Adik Fariz Naufal, 5 tahun. Dia adalah anak syurga kepada jiran, kawan saya Juli Razali.
Pada waktu ini, adik Fariz sedang berada dalam bilik pembedahan (OT) di Hospital Sg.Buloh. Kata ibunya, Fariz baru tertidur lepas dibius dan saya yakin sekarang ni team pakar neuro sedang menjalankan tugas mereka untuk memasang dan memasukkan kembali tempurung kepala adik Fariz Naufal (cranioplasty).
Untuk makluman sahabat semua, adik Fariz cederah parah dan mengalami ‘Severe traumatic brain injury’ akibat kemalangan bersama ayahnya pada Ogos 2017. Insiden itu telah ‘membawa’ ayahnya pergi buat selama-lamanya?.
Maka tinggallah Fariz berjuang untuk hidup tanpa ayah. Tiada lagi insan yang menemani dia siang dan malam. Sejak lahir, ayahnya yang menjaga dan menatang Fariz bagai minyak yang penuh. Memandangkan arwah bekerja sendiri. Fariz dibawa ke mana-mana sahaja. Fariz boleh dikatakan membesar hasil ‘air tangan’ ayahnya. Allah…
Namun, biarpun insan itu tiada lagi, Fariz masih mempunyai ibu yang sangat cekal hatinya, adik-beradik, saudara mara serta jiran tetangga yang tidak pernah berhenti mendoakan Fariz kembali duduk, bangun, berjalan dan berlari serta ceria macam dulu. Boleh makan makanan yang disukai…buat masa ni Fariz hanya minum susu melalui tiub. Sejak kemalangan, telah banyak proses pembedahan terpaksa dilalui oleh anak kecil ini. Bukan sehari dua pernah tinggal di hospital, malah berbulan-bulan.?
Masa ziarah Fariz baru ni, keadaan dia ada progres yang positif hasil rawatan fisioterapi dan akupuntur secara berkala. Kulit juga semakin cerah selepas hampir setahun Fariz tidak keluar rumah selain keluar ke hospital. Dan sejak 2-3 bulan ni, hampir setiap hari bibik akan tolak stroller Fariz, ambil angin luar rumah. Boleh juga Vitamin D untuk tubuhnya yang makin susut itu.
Fariz, acik Eizan dan semua sahabat kat sini doakan urusan pembedahan Fariz lancar tanpa sebarang komplikasi. Keep strong Fariz?.
Perkembangan Terbaru
Alhamdulillah..Allahuakbar Keadaan Adik Fariz Naufal ada progres positif. Dr. sudah buka tiub oksigen dia. Lega dengar sebab tiub ni kalau pakai lama-lama boleh ganggu vocal cord. Kata ibunya, Juli Razali dua hari lepas Fariz demam tapi dah makin baik. Cuma batuk-batuk sikit, efek daripada tiub oksigen ini.
Tiub atas kepalanya juga sudah dibuka. Begitu plaster yang menutup jahitan turut dibuka. Dalam fasa ini pesan Dr, luka jahitan ini perlu dijaga sebaiknya. Dr juga pesan agar banyakkan berdoa agar tempurung kepala Fariz dapat grow dengan baik dan agar elok bercantum tanpa sebarang jangkitan.
Cuma sekarang ni, adik Fariz suka sangat nak sentuh kepala dia, mungkin rasa sedikit gatal pada bahagian jahitan. Jadi, ibunya perlu sentiasa pantau dan akan sapu sanitizer setiap kali nampak dia sentuh bahagian tersebut, bimbang jika ada jangkitan.
Kepada sahabat semua, teruskan berdoa agar tempurung kepalanya kembali normal. Fariz, teruskan berjuang! Acik Eizan dan semua saudara-mara, jiran dan sahabat maya tidak sabar tunggu Fariz sihat ceria.
Yeayy, kata ibunya hari ni Fariz dah boleh dicaj!
#FarizJuliKuat
Jom kita sama2 doakan Fariz ya & tinggalkan dalam komen kata-kata ‘ajaib’ buat Fariz dan ibunya serta Wani, kakak Fariz juga sebaya anak kedua saya; bakal ambil PT3 tak lama lagi….?.
Mungkin ada yang saya tak kenal anda siapa..tapi saya tahu, hati anda ikhlas doakan mereka. Terus berjuang Fariz!
#MakAnakEnam macam saya ni memang kaya air mata. Sungguh!
Perkahwinan adalah satu ikatan yang memerlukan nilai kepercayaan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Dan lebih penting daripada itu, ialah saling memahami keperluan pasangan untuk mewujudkan perasaan kasih dan sayang.
Begitu pun, bukan hanya tanggung jawab harus dititikberatkan, malah tingkah laku dan pembawaan diri dengaan orang sekeliling juga memberi kesan dalam rumah tangga.
Tidak salah untuk menjadi peramah atau bergurau senda. Tapi setiap tingkah laku itu ada batasnya. Mungkin pada suami perkataan sayang yang diucapkan tidak mengundang apa-apa perasaan tetapi ia mungkin tidak pada isteri. Hal-hal sedemikian yang mungkin dianggap kecil oleh suami tapi cukup besar bagi seorang isteri.
Ibaratnya, apa perasaan suami jika orang lain memanggil atau menegur isteri dengan panggilan sayang sekalipun ia tidak membawa apa-apa makna. Kalau anda terasa sakitnya, begitulah juga si isteri!
Sebab tu nak ramah sangat pun harus kena pada tempatnya. Misalnya kepada isteri dan anak-anak kerana dengan cara itu ia boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Kena belajar meletakkan diri sesuai dengan persekitaran dan keperluan yang ada. Jangan dek kerana sikap mementingkan diri sendiri kita dianggap ganjil pada pandangan orang lain.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Adam Corrie menerusi facebooknya.
Pesanan untuk diri sendiri dan kaum adam serta wanita yang sudah berkahwin atau bujang…
Saya panggil isteri saya Sayang hanya selepas akad nikah. sebelum akad nikah kami bahasakan diri kami atau Saya dan Awak
Jangan biasakan diri panggil wanita lain yang tak halal dengan panggilan ‘Sayang’ seperti customer kita…rakan sekerja kita atau sesiapa saja yang berlainan jantina….
Mungkin bagi kita panggilan itu tak ada apa-apa maksud…tetapi sebenarnya ia tidak manis sekiranya didengar oleh lain…dan takut juga kalau dah kerap sangat panggil sayang…nanti lain pula jadinya….
Khaskan ungkapan ‘sayang’ kepada insan yang tidak mendapatkan fitnah pada diri kita nanti.
Sayang, tolong ambil faxkan untuk i…
Sayang , nak size dan warna apa?
Adalah lebih manis kita panggil pelanggan berlainan jantina dgn kita Encik/Puan/Cik
Bayangkan kalau pasangan halal mereka tersebut dengar? Kan akan menjadi fitnah… ☺
Jadi jagalah adab dalam pergaulan kita seharian.
Tepuk dada sendiri , tanya iman kita. Pastikan niat kita betul hanya kerana ALLAH.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
P/s: saya sedang belajar menjaga adab dan menjaga harga diri sendiri dan org lain.
Takut isteri saya marah? Bukan takut tapi saya sayang sangat dan Mestilah saya nak jaga hati bidadari saya… jaga hati pasangan halal lebih baik….
_____________________
Penulisan Adam Corrie
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fedtri Yahya tegur sikap anak yang terlalu bergantung kepada ibu bapa untuk menjaga cucu. Pesanan beliau mengenai tanggungjawab membesarkan anak dan hak ibu bapa menikmati usia emas mendapat perhatian ramai.