Trend sekarang, media sosial sering menjadi medan perkongsian untuk menunjukkan gambar dan video peribadi.
Ada video yang kelihatan nampak ‘sweet’ dan ada juga sebaliknya. Pelik tapi benar. Siapa sangka, media sosial yang digunakan untuk perkongsian kebahagiaan rumahtangga akhirnya bertukar menjadi duka.
Suami cerai isteri rakam cuci pinggan
Seorang lelaki Syria didakwa menceraikan isterinya selepas wanita itu merakam perbuatannya yang sedang mencuci pinggan dan memuat naik ke laman TikTok, lapor Gulf News.
Menurut laporan media tempatan, rakaman video itu disertakan dengan lagu latar yang seolah-olah menggambarkan lelaki berkenaan berada di bawah kawalan isteri.
Wanita itu mengambil kesempatan ketika suaminya sibuk membersihkan rumah dan merakamnya semasa lelaki tersebut berdiri di dapur sambil mencuci pinggan.
Lagu provokasi pada video
Ads
Dia menyelitkan lagu berbentuk provokasi pada video itu yang menyebabkan si suami hilang sabar lalu menceraikan isterinya sejurus selepas klip itu tular.
Lagu bertajuk ‘Mesaytara’ yang diterjemahkan menjadi ‘Saya dominan’ atau ‘Saya akan mengawal awak’ oleh penyanyi Syria, Lamis Kan menjadi punca utama di sebalik perceraian pasangan itu.
Bahagian pertama lagu itu berbunyi ‘Saya dominan, anda akan diperintah di bawah arahan ketat saya, saya akan membuat anda gila jika anda melihat gadis lain di jalanan, selagi anda bersama saya, anda akan berjalan di bawah perintah saya’.
Ia bukan kali pertama lagu itu membawa kepada perceraian. Terdapat dua lagi kes perceraian dilaporkan di Iraq dan Jordan yang berpunca daripada lagu tersebut.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
Ads
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nyata kehebatan pahlawan Pahang ini tiada tandingannya. Setelah difilemkan, riwayat hidup Mat Kilau menjadi perhatian.
Ini dikongsikan oleh pelakon Adi Putra yang juga melakonkan watak pahlawan dari Pahang itu.
HEBAT MAT KILAU KERANA AGAMANYA!!
Merujuk kepada Sejarah “Tok Shahrum, Tok Gajah dan Mat Kilau”yang ditulis oleh Prof Talib Samat, dan disebutkan juga oleh Cikgu Alhamadi, beberapa sifat Mat Kilau yg wajar untuk kita contohi adalah seperti berikut:
1. Mat Kilau seorang g kuat beribadah kepada Allah. 2. Tidur lepas Isyak dan bangunnya sebelum subuh. 3. Sentiasa menjaga hubungannya dgn Allah dgn berjaga disepertiga malam untuk bertahajud dan bermunajat. 4. Sentiasa menjaga solat fardhu 5 waktu. 5. Seorang ayah g penyayang kepada anak-anaknya. 6. Tidak akan minum air kecuali selepas makan. 7. Sentiasa mengamalkan Surah Al-Ikhlas. 8. Beramal dan beratib dengan Zikir “Ya Latif”. 9. Berpagi-pagi dengan berjalan di rumput dan bermandi air embun. 10. Mempunyai sifat tawaduk dan sangat merendah diri.
Inilah diantara 10 sifat yg ada pd diri Mat Kilau. Jadi dalam kita duk semangat menghayati sejarah perjuangannya, adalah lebih utama kita mencontohi sifatnya yang merupakan seorang ahli ilmu dan ahli ibadah dIm agama kerana dengan agama yang ada pada dirinyalah yang mengangkat beliau menjadi salah seorang pahlawan agung tanah Melayu!!
Di kala ramai ibubapa menggunakan platform media sosial untuk memuatnaik gambar dan video anak-anak yang bijak, keletah, kreatif, inovatif, cergas, tangkas, kritis, dan positif, ada juga ibubapa yang memuatnaik gambar dan video yang membuka aib anak dan menjatuhkan maruah dan harga diri anak kononnya kerana hendak mendidik anak.
Seorang ibu dari Alaska yang dikenali sebagai ‘hot sauce mom’ telah dibawa ke muka pengadilan kerana telah memuat naik video dirinya yang sedang menuangkan sos pedas ke dalam mulut anak sebagai hukuman kepada anak yang berbohong kepadanya.
Dia juga memuat naik video menghukum anak dengan memaksa anak berdiri di bawah pancutan (shower) air sejuk. Tindakannya memalukan anak dengan mempertontonkannya kepada umum telah menerima kecaman yang hebat.
Adakah kaedah menghukum dan menyiarkan (punish and broadcast) ini efektif dalam mengubah tingkah laku anak?
Nor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy berkongsi pandangan mengenai isu ini.
MENGHUKUM ANAK ‘ONLINE’. Antara mendidik dan meraih populariti.
Apakah benar semua ini dilakukan atas nama disiplin dan kasih sayang ataupun adakah ia dilakukan kerana ayah atau ibu tersebut inginkan perhatian?
Fenomena ‘child shaming’ atau membuka aib anak ini ternyata semakin mendapat perhatian. Terdapat lebih 30 000 klip video yang memaparkan bagaimana kanak-kanak dimalukan di media sosial oleh ibubapa sendiri atas nama disiplin. Saya lihat ‘trend’ ini juga sudah menular di kalangan ibubapa di negara kita. ‘Trend’ baru ini hangat diperdebatkan kerana ia melibatkan jiwa anak-anak yang masih memerlukan bimbingan dan perlindungan daripada orang dewasa terutamanya ibubapa.
Kesilapan, kenakalan dan kedegilan anak adalah aibnya. Tidak ada manusia yang waras mahu aibnya disebarkan. Cara untuk membimbing kesilapan anak bukanlah dengan mempertontonkan hukuman ke atas anak kepada orang ramai, sebaliknya dengan nasihatinya dan membimbingnya secara tertutup peringkat demi peringkat sehinggalah dia berupaya untuk memperbaiki dirinya.
‘Shaming’ meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kanak-kanak. Kaedah ini mungkin berkesan untuk jangkamasa yang pendek selama mana ibubapa masih ‘memegang kuasa’. Walau bagaimanapun luka yang dipendam anak boleh menghakis kepercayaan anak kepada ibubapa sedikit demi sedikit sehingga terhakisnya hormat.
Ibubapa adalah satu-satunya insan yang dipercayai anak sejak dia lahir. Walaupun satu dunia berpaling tadah, kita tahu ibubapa kita tetap akan mempercayai dan menyokong kita. Jika kepercayaan itu hilang dari dalam jiwa anak disebabkan sikap ibubapa yang gemar membuka aib anak untuk dipertontonkan kepada umum, bagaimanakah rasanya kepercayaan anak itu terhadap nilai dirinya sendiri?
‘Shaming’ bukannya kaedah yang kreatif untuk mendisiplinkan anak, sebaliknya ia merupakan satu kaedah yang destruktif. Anak yang merasa terhina akan memekakkan telinga kepada sebarang perubahan yang diharapkan.
‘Shaming’ menjadi kitaran penderaan (abusive cycle) yang akan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, terutamanya apabila ayah atau ibu yang memalukan anak itu berkata “ Abah lakukan (memalukan kamu) semua ini kerana sayangkan kamu.”
Hakikatnya, kasih sayang sebenar akan mendorong ibubapa untuk menutup dan menjaga aib dan harga diri anak-anak. Kasih sayang seharusnya menjadikan kita ibubapa yang melindungi anak, bukannya ibubapa yang memberi ruang kepada mereka yang tidak mengetahui duduk perkara sebenar untuk mengecam dan mengeji anak kita.
Walaupun mungkin kaedah membuka aib anak ini menjadi amalan sejak turun temurun tetapi media sosial memberi impak negatif yang lebih besar kepada anak kerana aibnya ditonton oleh ramai orang termasuk yang langsung tidak mengenali si anak.
Kesan memalukan anak di media sosial berbeza dari kesan menceritakan ‘kenakalan’ anak kepada Mak Piah atau Pak Usop sebelah rumah yang kita percayai untuk meminta nasihat. Penceritaan kepada Mak Piah dan Pak Usop mungkin mencapai capaian hingga tangga rumah sahaja tetapi capaian media sosial merentasi hingga hujung benua, dari kutub utara ke kutub selatan.
Di mana anak mahu meletakkan mukanya?
Anak kecil juga mempunyai maruah dan harga diri.
Kawan-kawan mengejek dan orang sekeliling memandang sinis kepadanya.
Aib ini akan timbul kembali dari masa ke semasa seumur hidup anak kerana ia sudahpun menjadi ‘digital footprint’ anak yang tidak akan boleh dipadamkan lagi.
Tidakkah kita kisah?
Kadang-kadang dalam kita beria-ia membuka aib anak, dalam kita teruja memperolehi banyak ‘like’ dan ‘share’ di media sosial, dalam kita berbangga kerana kita dianggap oleh segelintir pihak sebagai ibubapa yang berjaya mendidik anak kerana menghukum anak, kita tidak sedar yang kita sebenarnya membuka aib diri kita sendiri kepada mata dunia.
Jika ibubapa perlu bergantung kepada kaedah membuka aib anak di media sosial supaya diadili oleh orang asing, itu bermakna ibubapa itu sendiri tidak pandai menguruskan anak-anak dan keluarga hingga menyebabkan anak menjadi susah dikawal.
Kenapa harus dipertontonkan aib kita, anak-anak kita dan keluarga kita secara sukarela kepada orang ramai sedangkan Allah SWT sentiasa menutup aib kita.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesungguhnya setiap rezeki kita atas muka bumi telah ditulis dan ditentukan oleh Allah sejak azali lagi, tinggal kita berusaha hendak mendapatkannya dengan jalan yang diredai Allah S.W.T.
Begitulah yang dilalui oleh seorang nelayan yang tidak menyangka mendapat seekor ikan besar berharga ribu ringgit.
Abd Hadi Sulaiman, 47, dari Kampung Chegar Perah, Lipis Pahang, memperoleh ikan kelah merah atau nama saintifiknya, Tor putitora, satu-satunya spesies liar di sungai yang paling mahal di pasaran.
Menceritkan detik berjaya menangkap ikan berkenaan, katanya kesempatan air sungai surut dua hari lalu, dia memasang jaring sambil berharap pada tuah untuk memperoleh ikan liar.
Abd Hadi berkata, banjir yang melanda kampung tersebut bulan ini membawa tuah di sebalik menanggung kesusahan susulan Sungai Tanum melimpah masuk ke rumah.
Berkat doa
Berdoa berharap jaring yang dipasang dapat menangkap ikan yang besar akhirnya berbaloi.
“Semalam pada 6.30 patang, saya turun memasang jaring di sungai Tanum berdekatan rumah sambil berdoa serta mengharap ada rezeki ikan liar terperangkap dalam jaring ini.
“Apabila turun ke sungai ini pada 7 pagi tadi untuk melihat jaring yang dipasang ternampak jaring bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air berkocak di permukaan sungai,” katanya.
Tak sangka
Meluahkan rasa syukur, hajatnya untuk mendapat ikan bersaiz besar berjaya mendapat ikan kelah merah bersaiz besar yang tidak pernah ditangkap sejak dia bekerja sebagai nelayan Sungai Tanum, 20 tahun lalu.
“Saya menarik jaring perlahan-lahan ke atas bot gentian kaca bimbang sekiranya rezeki ikan kelah ini yang kuat menggelepar ini terlepas ke sungai semula.
“Apabila sudah naik ke darat dan dibawa pulang ke rumah, saya terus menimbang ikan ini seberat 12.4 kilogram menyebabkan saya terpegun seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari ini,” katanya.
Sukar ditemui
Mengakui ikan berkenaan sukar diperolehi kerana berada di hulu sungai. Mungkin terperangkap akibat dihanyutkan arus deras ketika banjir.
Sehubungan itu, siapa sangka ikan kelah merah besar itu dianggarkan bernilai RM3,100 berasaskan harga sekilogram ikan kelah merah di pasaran hari ini iaitu RM250 sekilogram.
“Oleh kerana saya sangat perlukan wang selepas musibah banjir untuk perbelanjaan peralatan rumah yang rosak, keperluan dapur dan persiapan persekolahan tahun depan, ikan ini dijual terus kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis dengan nilai tersebut.
“Saya bersyukur memperoleh rezeki ini dan bercadang untuk memasang jaring ini semula di tempat yang sama pada petang ini sambil berharap ada lagi ikan kelah merah atau spesies liar lain tersangkut pada jaring untuk juadah keluarga pula,” katanya.