Jangan buat main bila rasa sukar bernafas, tertekan, sesak nafas dan sebagainya. Ini adalah tanda masalah anxienty yang boleh menyebabkan membahayakan nyawa.
Nak tahu lebih lanjut baca peringatan Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
MERAWAT MASALAH ANXIETY DISORDER
Saya pernah melihat bagaimana seseorang sedang dilanda serangan anxiety.
Sebagai orang yang pernah tidak merasainya, tentu kita tidak faham. Bila melihat mereka mengalami rasa sesak nafas, sakit dada, dan tidak tentu arah. Pada masa itu mereka hanya fikir mahu pergi hospital, kerana rasa ajal sudah dekat.
Pada zahirnya mereka seperti orang sihat, tetapi hakikatnya segala-galanya sedang rancak bermain di minda.
Selalunya serangan ini berulang. Mereka yang sedang mengalami masalah ini, selalunya pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.
Sebagai doktor, kita berikan respon kecemasan. Mereka kata sukar bernafas dan perlukan bekalan oksigen. Saya selalu melayan saja kerana mahu mereka berasa selamat dengan adanya bekalan oksigen. Tetapi selalunya tak lama. Mereka merasakan bekalan oksigen tidak bermanfaat untuk mereka. Masih lagi mengalami sukar nafas.
Sebagai doktor, saya membuat pemeriksaan asas. Antaranya memeriksa bacaan tekanan darah, bacaan nadi, pemeriksaan pernafasan paru-paru. Semuanya normal.
Ads
Bagi doktor yang tidak berpengalaman, mereka tidak akan faham. Kerana ia tidak dikesan dengan pemeriksaan fizikal. Ia semua bermain di minda pesakit.
Anxiety akan membuat seseorang berasa cemas tanpa sebab , sukar bernafas, jantung berdegup dengan cepat, tidak boleh tidur , terlalu memikirkan banyak perkara dalam satu masa, dan yang paling ditakuti ialah selalu memikirkan tentang kematian tanpa sebatang sebab yang logik.
Selalunya ada faktor yang meransang serangan anxiety ini. Oleh kerana punca anxiety bermula di minda, selalunya faktor mental seperti stress, keletihan memikirkan masalah, rasa keseorangan dan tiada sokongan dari keluarga yang menjadi punca pada permulaan serangan anxiety. Malangnya kebanyakan mereka tidak sedar mereka mengalami tekanan. Kalau ditanya pun mereka kata tidak mengalami masalah tekanan emosi.
Hendak pulih memang kena ambil masa sebab tiada ubat yang benar-benar merawat masalah. Ubat penenang dari hospital akan membantu rasa tenang untuk sementara, tetapi ia tidak boleh diambil secara berterusan kerana bimbang akan sentiasa bergantung dengan ubat.
Dapatkan panduan dan sokongan dari mereka yang mahir. Tidak semestinya doktor kerana ada doktor yang tidak terlatih menhendalikan masalah sebegini. Boleh dapatkan panduan dari kaunsellor kaunseling atau psikologi.
Ads
Tanpa panduan yang betul, pesakit akan selalu berada dalam ketakutan. Takut untuk tidur, takut keluar rumah. Sentiasa cemas tak menentu, hilang selera makan dan sentiasa kelihatan letih dan lesu.
Selalu memikirkan perkara yang tidak logik. Contohnya “kalau aku buat begini, mungkin aku akan mati” Padahal ia tidak begitu. Ini menyebabkan hidup menjadi sentiasa risau dan murung. Kadang kala mereka menjadi negatif terhadap banyak perkara yang biasa kerana terlalu bimbang.
Saya cuba berikan beberapa panduan.
1. Cuba dekatkan diri dengan Allah. Jaga solat, buat amalan sunat seperti berzikir, baca Quran, solat sunat. Latih kebergantungan kita pada Allah. Jangan mengharap pada makhluk. Jika perasaan itu datang, katakan “Ya Allah permudahkan urusan aku”.
2. Jauhkan diri dari orang negatif. Tiga tanda orang negatif ialah suka merungut, suka mengumpat dan suka memandang rendah atau mencari salah orang lain. Jika dia tahap mencaci, mengutuk atau menyumpah tandanya orang itu sudah wajib ditinggalkan segera.
3. Cari kawan-kawan yang positif. Tiga tanda seseorang itu positif ialah menghormati atau menghargsi kita, selalu bercerita yang baik pasal orang lain dan selalu ingatkan kita agar minta pertolongan Allah.
Ads
4. Dapatkan dan baca buku motivasi, meninton cerita-cerita yang memberi semangat dan sertailah perkumpulan (usrah) tazkirah yang menghidupkan jiwa agama.
5. Mindset. Selalulah berharap pada Allah. Beritahu, “Allah sentiasa bersama orang yang solat dan bersabar. Allah bersama aku. Segala kesusahan ini hanya ujian untuk menguji ketaatan aku”
6) Cari kawan yang boleh buat aktiviti yang menyeronokan bersama. Lakukan senaman ringan seperti berjalan di taman, berjogging atau bermain badminton. Jika tiada kawan, ajak suami, anak-anak, adik beradik bagi mengelakkan berfikir terlalu banyak dan menjadi cemas .
7) Jangan tidur berseorangan. Sentiasa tidur berteman supaya boleh membantu jika berlaku serangan anxiety seperti tidak boleh tidur, rasa cemas, sakit uluhati, sakit dada atau sesak nafas .
8) Jaga pemakanan kita. Elakkan minuman yang manis dan bergula. Banyak ambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil protein dari sumber daging putih seperti ikan dan telur. Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun dan avokado. Minum air kosong secukupnya.
Kesimpulannya saya percaya mereka yang ada masalah ini dapat diubati secara perlahan-lahan. Sokongan keluarga dan teman-teman sangat penting. Letakkan kebergantungan kita pada Allah.
Semoga bermanfaat
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tumit kaki kering dan pecah-pecah mungkin semua antara kita pernah alami. Namun jika dibiarkan lama kelamaan akan menjadi lebih teruk. Tambah membimbangkan jika ada kesan-kesan hitam pada rekahan tersebut. Tentunya akan membuatkan sesiapa pun tidak selesa melihatnya.
Untuk itu, segeralah rawat dengan 7 petua ini. Dan salah satunya telah pun diamalkan oleh Siti Norsyafika Amran dan terbukti berkesan.
#1 Listerine,cuka & air
Ini Perlu Buat:
Sediakan campuran satu cawan Listerine, satu cawan cuka putih dan 2 cawan air.
Rendam kaki di dalam bahan campuran tadi selama 15 minit.
Setelah itu, gosokkan kaki menggunakan batu apung untuk mengeluarkan kulit mati.
Bilas dengan air bersih.
Keringkan kaki dan guna pelembap untuk melembapkan kaki.
#2 Tepung beras, madu dan cuka epal
Ini Perlu Buat :
Gosok tumit dengan campuran 3 sudu tepung beras, satu sudu madu dan 2-3 sudu cuka epal.
Kacau bahan-bahan tersebut untuk membentuk pes.
Rendam kaki anda dalam air suam selama 10 minit, dan gosok lembut dengan menggunakan pes untuk menghilangkan kulit mati.
Ulangi proses 2-3 kali seminggu.
#3 Pisang
Ini Perlu Buat :
Lumatkan dua biji pisang yang telah masak ranum.
Perlahan-lahan gosokkan bahan tersebut di tumit kaki selama 20 minit.
Selepas 20 minit, bilas kaki anda dengan air bersih.
Ulangi setiap malam sebelum tidur selama 2 minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
#5 Minyak sayuran
Ini Perlu Buat :
Bersihkan kaki terlebih dahulu.
Kemudian keringkan kaki dengan menggunakan tuala lembut.
Sapukan minyak sayuran pada bahagian tumit yang bermasalah.
Pakai sarung kaki yang bersih dan biarkan semalaman.
Lakukan setiap hari sebelum tidur.
#6 Gel Aloe vera/ lidah buaya
Ini Perlu Buat :
Rendam kaki dengan air suam dan gosok menggunakan batu apung untuk menghilangkan kulit mati.
Keringkan kaki dan kemudian sapukan lapisan aloe vera yang tebal pada kaki anda.
Pakai sarung kaki dan cuci dengan air suam pada keesokan paginya..
Ulangi setiap malam selama 4-5 hari untuk melihat hasilnya.
Manakala melalui perkongsian Siti Norsyafika Amran di dalam akaun fbnya, dia amalkan petua menggunakan limau dan garam untuk hilangkan kesan tumit kaki merekahnya dan kesan dapat dilihat dengan begitu cepat. Jom semak!
Tips tumit merekah bersinau dalam 5 minit hanya guna 2 barang je
Jangan duk pandang rendah tang tumit merekah. tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin haluih mulus bak muka ploles jugak
Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! orang tengok kaki pun boleh kata kita tua. bukan sorang je tapi ramai hat tegur kaki datin dah macam orang tua padahal umor baru 26. malu sungguh!
datin berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang kat dapur je. mudah dan senang. anak2 tido mommy2 boleh la belai2 tumit
Seorang isteri yang diuji dengan kesihatan suami hingga terbatas pergerakan kesan daripada serangan strok, bukanlah mudah untuk ditanggung.
Ini apa yang dilalui oleh Puan Rozzana, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Suami yang sihat, tiba-tiba diserang strok!
Sedar dengan itu, dirinya perlu kuat untuk mengurus suami dan tanpa jemu berusaha mencari penawar membantu merawat penyakit suaminya.
Dan ini perkongsiannya.
Alhamdulillah suami semakin pulih, solat mandi dan urus diri sendiri semua dah. Tak macam mula-mula sakit terlantar, mandi adik bradik mandikan,kena angkat dan dudukkan, makan minum disuap.
Puncanya sebab kolesterol tinggi block salur darah dari otak ke kaki kiri. Mulut herot, tak boleh bercakap dan air liur sentiasa memeleh.
Sekarang makan Alhamdulillah macam orang sihat dah.
Selain jus tomato saya buat jus halia, madu, bawang putih, lemon cuka epal diminum 2x sehari pagi dan malam.
Untuk kawal kolesterol, Alhamdulillah hanya ini yang mampu saya ikhtiar untuk kesembuhan suami saya.Selebih nya Allah Swt jua tempat meminta.
Di sini saya kongsikan resipi untuk sediakan air jus tomato yang juga menjadi amalan suami untuk kembali pulih.
Bahan-bahan :
2 biji tomato
3 ulas bawang putih
1 gelas/ cawan air.
Blender semua tu sampai hancur.
Tuang dalam cawan tambah kan 2 sudu makan madu godak-godak.
BISMILLAH, SELAWAT.
Niat nak sihat mintak pada Allah Swt.
Minum semasa perut Kosong sekurangnya 30 minit sebelum sarapan
Untuk pesakit stroke consume 2x sehari
Untuk yang tiada masalah kesihatan cukup 1 bulan 1x / 2 minggu 1x untuk mengurangkan Kolesterol. Salur darah tersumbat, jantung sumbat, darah tinggi, diabetes dan lain-lain masalah kesihatan
Tak salah kita cuba ikhtiar lagi pun bahannya ada di dapur kita kan
Doktor Kongsi Fakta Mitos Atau Benar, Ubat Gigi Sumber Arang Boleh Putihkan Gigi
Senyuman seseorang itu nampak sempurna apabila gigi sihat dan cantik. Apabila gigi berwarna kuning, hendak senyum pun terasa malu. Gigi yang tersusun rapi dan putih menjadikan penampilan seseorang nampak bergaya.
Namun adakah ia dapat diperoleh hanya dengan memakai ubat gigi yang bersumberkan arang? Banyak iklan memaparkan yang kononnya ubat gigi daripada arang mampu menjadikan gigi ‘seputih salju.’ Sejauh mana kebenarannya?
Berikut perkongsian fakta daripada Dr Azila Mohd Kassim yang merupakan doktor gigi dari klinik pergigian Azila yang terletak di Bangi.
Menurut Dr Azila, jangan sesekali percaya dengan iklan ubat gigi bersumberkan arang yang kononnya boleh memutihkan gigi. Bahan ini juga tidak akan menghilangkan tartar atau karang gigi.
APAKAH FUNGSI ARANG?
Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama. Tiada bahan aktif putihkan gigi.
Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.
Molekul serbuk arang sangat kasar dan bersifat menghakis. Kajian menunjukkan, penggunaan seawal empat kali sudah boleh menipiskan enamel gigi, sedangkan lapisan itu penting untuk melindungi dentin, selain lapisan ketiga iaitu pulpa selaku pusat saraf gigi.
Lapisan dentin secara asalnya lebih kuning berbanding enamel. Enamel yang menipis tidak akan terbentuk semula dan dentin yang kuning akan berterusan terdedah. Keadaan ini akan menyebabkan dentin mula menyerap warna kelabu daripada serbuk arang menyebabkan gigi bukan sahaja tidak putih malah menjadi kelabu kekuningan.
Anda boleh menggunakan apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk menggosok gigi, tapi perlulah mengikut cara yang betul dan waktu yang bersesuaian. Selain itu, pastikan bahan yang digunakan dalam produk tersebut selamat dan tidak berbahaya.
Rawatan pemutihan atau ‘teeth whitening’ yang sebenar adalah apabila doktor gigi menggunakan bahan carbamide peroxide atau hydrogen peroxide. Hanya kepekatan 35 peratus hydrogen peroxide boleh memutihkan gigi.
Bagaimanapun hasilnya bergantung pada individu dan perlu diselenggarakan oleh doktor gigi bertauliah. Bahan-bahan ini berkemungkinan besar boleh mencederakan gusi sekiranya disalahgunakan.
Sedikit sahaja hydrogen peroxide terkena gusi akan menyebabkan gusi melepuh, terhakis dan menyebabkan ulser. Jangan menggunakan sebarang kaedah pemutihan gigi tanpa konsultasi daripada doktor gigi bertauliah.
BAHAN MITOS PUTIHKAN GIGI
Serbuk arang, baking soda dan lemon adalah mitos untuk memutihkan gigi. Di antara kesan buruk pembeli yang pernah mencuba ubat gigi activated charcoal (AC) ini ialah gigi bertambah haus dan sensitif.
Produk yang mengandungi arang atau ubat gigi pemutih ini boleh menghakiskan gigi dengan cepat jika tidak digunakan dengan cara yang betul dan tersalah pilih produk.
Sebenarnya serbuk arang dicampur gaulkan dengan beberapa ramuan dan hasil campuran akan diproses di bawah suhu yang tinggi. Kesannya arang yang terhasil akan menjadikannya lebih halus daripada arang biasa. Maka apabila digosok pada gigi kesannya gigi menjadi kelihatan putih.
Jadi AC ini tidak memutihkan gigi secara langsung. Bahan-bahan tersebut hanya membuang kotoran luaran dan menyebabkan gigi sensitif dan enamel menipis. Bahan ini juga tidak menghilangkan tartar atau karang gigi.
Perlu difahami bahawa warna natural gigi memang agak sedikit kuning. Keadaan ini disebabkan lapisan paling luar gigi (enamel) nipis dan lut sinar. Gigi sebenarnya menampakkan lapisan dalam (dentin) yang berwarna kuning.
Kebiasaannya doktor gigi tidak memandang pelik pada mereka yang memiliki gigi sedikit kuning sebab memang itu warna natural gigi.
TIP MEMUTIHKAN GIGI CARA YANG BETUL:
1. Beruslah gigi dua kali sehari selama dua minit.
2. Gunakan ‘floss’ gigi sekurang-kurangnya satu kali sehari.
3. Elakkan minuman yang menyebabkan ‘stain’ pada gigi. Contoh kopi, teh dan nescafe.
4. Jangan merokok, shisha, vape dan pengambilan tembakau.
5. Lakukan pemeriksaan gigi berkala di klinik pergigian.