Malam itu kali kedua kami terima ‘referral’ untuk pesakit yang disyaki dijangkiti kuman difteria. Simptomnya sama. Sakit tekak, demam, sukar menelan dan kedua-duanya tidak pernah diberikan suntikan imunisasi semenjak lahir.
Kes seperti ini bukannya mudah untuk ditangani. Khususnya untuk menjelaskan kepada orang terdekat tentang bahayanya penyakit ini.
Ia bukan sahaja boleh menyebabkan sakit tekak dan demam biasa, tetapi yang lebih membimbangkan boleh meragut nyawa akibat sekatan pada saluran pernafasan dan tularan toksin ke organ pesakit. Ini yang kami bimbangkan.
Ibu ini berkeras untuk tidak benarkan pesakit ini dimasukkan ke wad. Mahu diberi rawatan sebagai pesakit luar sahaja.
Ads
“Tak boleh puan, kes seperti ini perlu kami tahan di wad. Ubat antibiotik perlu diberi di dalam wad dan beberapa ujian darah dan sampel tekak perlu kami lakukan,” jelas saya cuba menjelaskan.
Setelah beberapa kali penerangan dan perbincangam baik dilakukan, beliau bersetuju. Anak ini dimasukkan ke wad akhirnya.
Alhamdulillah, selepas beberapa hari di wad, beliau kembali sihat. Ujian sampel juga mengesahkan bahawa ia bukan jangkitan difteria.
Ads
Sekiranya anak anda alami tanda-tanda ini,
1. Mengadu sakit tekak yang tidak berkurangan beberapa hari.
2. Disertai dengan demam panas.
Ads
3. Pesakit juga mengadu sukar dan sakit untuk menelan makanan serta minuman.
4. Untuk kes serius, boleh mengakibatkan kesukaran bernafas.
Maka, bawa segera ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan.
Kebanyakan kita minum kopi setiap pagi. Tetapi bolehkah kopi yang kita minum meningkatkan kolestrol dalam tubuh kita?
Selanjutnya ikuti perkongsian Dr Zubaidi mengenai minuman yang menjadi kegemaran ramai ini.
Kopi O yang kita minum selalunya tidak ada mengandungi kolestrol. Namun begitu ada beberapa jenis kopi boleh meningkatkan tahap Low-Density Lipoprotein (LDL) atau kolestrol jahat. Antaranya French press coffee, Turkish coffee dan espresso.
Peningkatan tahap LDL atau kolestrol jahat dalam tubuh boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah. Sementara peningkatan High-Density Lipoprotein (HDL) atau kolestrol baik, bagus untuk tubuh.
Tetapi jumlah kolestrol jahat dalam kopi O walaupun dari jenis yang disebutkan tadi adalah terlalu rendah.
Ramai yang bertanya saya, walaupun mereka kurus tetapi tahap kolestrol jahat masih tinggi. Adakah disebabkan minum kopi setiap?
Sebenarnya yang menjadi masalah adalah faktor keturunan (genetik) yang mempengaruhi tahap kolestrol dalam tubuh kita. Ia menjadi lebih buruk jika kita memilih makanan yang salah. Jadi tahap LDL tidak berkurangan walaupun kita tidak lagi mengamalkan kopi.
Namun tren terbaharu adalah minum kopi dengan penambahan gula yang banyak dan ‘whipped cream’ di atasnya diminum bersama kek dan donut yang manis.
Ini bukan masalah kopi. Masalah peningkatan kolestrol disebabkan oleh kream dan karamel yang tinggi dengan gula dan kalori.
Seolah-olah kita sedang mengambil makanan berat untuk tengahari atau malam. Minuman kopi sebegini mempunyai 50gm atau lebih dan kandungan kalori pula 600 kalori atau lebih.
Apatah lagi diambil bersama kek dan donut yang manis.
Jadi pengambilan kopi O secara sederhana adalah selamat sementara pengambilan kopi dengan gula dan kream, boleh menyebabkan peningkatan kolestrol dalam tubuh.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada orang asyik sungguh mulutnya mengunyah, tidak sampai sejam mula lah perut terasa lapar dan mulut pula ‘gatal’ hendak mengunyah. Kadang-kadang kita sendiri pun seakan tak percaya dengan tabiat makan yang berlebih-lebih.
Jadi bagaimana cara untuk kita boleh kawal makan tanpa perlu menahan lapar yang membebankan.
Menurut penerangan Dr Rizal Abu Bakar, rupa-rupanya kalau kita makan sikit namun tetap kenyang boleh berhasil jika amalkan minum air rendaman chia seeds.
Ikuti perkongsian penuhnya di sini.
Nak tahu tak cara makan sikit tapi kenyang lama? Tak rasa lapar. Tak ada rasa nak berkudap kudap?
Nak kan?
Caranya mudah saja. Lepas makan minum air rendaman chia seed. Mudah saja nak buat.
Ambil satu sudu chia seeds. Masukkan ke dalam satu mug berisi air. Lebih kurang 160ml gitu. Biarkan 30 min. Lagi lama lagi bagus.
Lepas makan, minuma air rendaman chia seeds ni. Chia seeds ni akan buatkan kita rasa lebih kenyang.
Kenapa? Bila dah rendam, chia seeds akan perangkap air ke dalamnya. Dari biji kecil dia akan membesar sikit.
Bila kita ambil air rendaman berisi chia seeds, air akan dilepaskan perlahan lahan. Sikit sikit. Jadi kita sentiasa rasa kenyang dan tak dahaga.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Transformasi Kehidupan: Peranan Penting Pengurangan Bahaya Tembakau Dalam Kesejahteraan Keluarga!
Penggunaan tembakau telah lama diakui sebagai penyebab utama kematian yang boleh dielakkan. Bagi banyak keluarga, kesan tembakau meluas melebihi perokok individu dan memberi kesan dari segi kesihatan, kewangan, dan kesejahteraan keseluruhan isi rumah.
Sebagai tindak balas terhadap krisis kesihatan global ini, pelbagai negara telah meneroka pendekatan inovatif untuk mengurangkan bahaya yang berkaitan dengan penggunaan tembakau. Jepun, khususnya, telah melaksanakan strategi Pengurangan Kemudaratan Tembakau (Tobacco Harm Reduction, THR) yang berjaya melihat pegurangan penggunaan rokok di Jepun.
3 kepentingan pengurangan kemudaratan tembakau dari segi aspek kehidupan keluarga
Pengurangan kemudaratan tembakau berpusat pada mengurangkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan tembakau, terutamanya dengan menggalakkan perokok untuk beralih kepada alternatif yang kurang berbahaya seperti rokok elektronik atau produk tembakau dipanaskan. Apabila ahli keluarga membuat peralihan dari rokok ke alternatif ini, keseluruhan keluarga mendapat manfaat daripada pengurangan pendedahan kepada asap tembakau yang merupakan penyebab utama penyakit berkaitan tembakau. Ini secara ketara mengurangkan risiko pelbagai masalah kesihatan, termasuk penyakit pernafasan, penyakit jantung, dan kanser, bukan hanya untuk perokok tetapi juga untuk mereka yang disayangi.
Penggunaan tembakau adalah tabiat yang mahal yang boleh menekan kewangan keluarga. Perokok menghabiskan sebahagian besar pendapatan mereka untuk membeli rokok, yang sebaliknya boleh dialihkan kepada keperluan seperti makanan, perumahan, dan pendidikan. Dengan merangkul pengurangan bahaya tembakau, pengguna boleh mengurangkan penggunaan rokok and dapat mengurangkan perbelanjaan mereka untuk membeli rokok. Wang yang disimpan itu boleh dialihkan ke aktiviti yang memperkukuh hubungan keluarga dan kesejahteraan. Perubahan dalam segi kewangan ini dapat meningkatkan stabiliti keluarga secara keseluruhan dan mengurangkan tekanan.
Berhenti merokok atau menukar kepada alternatif yang kurang berbahaya boleh membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik bagi individu dan ahli keluarga mereka. Rumah tanpa asap tembakau mempunyai udara dalam yang lebih segar, mengurangkan risiko penyakit pernafasan pada kanak-kanak dan ahli keluarga yang tidak merokok. Persekitaran bebas asap juga mencipta atmosfera yang lebih menyenangkan untuk semua orang, menggalakkan harmoni dan meningkatkan hubungan dalam keluarga.
Negara Jepun sering disebut sebagai contoh kejayaan negara yang telah melaksanakan strategi pengurangan bahaya tembakau dengan berkesan. Kerajaan Jepun, dengan mengiktiraf keperluan untuk mengatasi risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok, telah mengambil beberapa langkah untuk menggalakkan penggunaan alternatif yang kurang berbahaya sambil menghormati pilihan peribadi seperti :
Hasil daripada usaha ini adalah penurunan yang ketara dalam kadar merokok dan peningkatan kesejahteraan keluarga. Keluarga di seluruh Jepun mengalami kesan positif Pengurangan Kemudaratan Tembakau, dengan ahli keluarga yang lebih sihat, rumah yang lebih bersih, dan lebih banyak sumber kewangan yang tersedia untuk aktiviti dan matlamat keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.