Asam pedas ini memang menjadi kegemaran ramai. Jika mahu menikmati menu ini jadi lebih enak dan sedap, apa kata cuba resipi asam pedas Johor ini.

Resipi ini dikongsikan oleh puan Nor Khomariah Norrohman. Menurutnya, resipinya diprolehi daripada suaminya. Malah ada cara untuk mengelak pari berbau kurang enak. Untuk ibu-ibu yang tak ada idea lagi nak masak apa minggu ni boleh cuba resipi ini.
Selamat mencuba!

Asam pedas Johor. Suami org johor sy org terengganu, mmg saya tak pernah masak lauk ni sebelum nie, makang pom jarang2, bl dh kahwin menu ni sekurang2 nya seminggu sekali, tp suami Yang masak, sebab saya msk asam pedas xsesedap dia masak.. Hah nie pes dia buat siap2, saya msk guna pes dia buat je.. Asam pedas ikang pari lah hr nie.. Sebelum beli pari pastikan cium dulu pari tu ye, kalau ada bau hancing jgn beli, setakat ni alhamdulillah beli pari xpernah lg yg hancing, xpyh segan2 nk cium dulu, cium bau je kot

IKLAN

Updte Rasepi

IKLAN

Bila Suami Suruh Isteri Masak Asam Pedas Johor Masak Pari, Memang Superb Rasa! Boleh Cuba!
Yang ni rasepi suami sy ajar, lain org lain cara Dan bahan2 kot.. Sy buat ikt rasepi nie..
RASEPI ASAM PEDAS PARI
BAHAN-BAHAN:
1 kg Ikan Pari
20 tangkai @cili kering direbus *
5 ulas bawang merah*
1 Biji Bawang Besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
Sedikit belacan*
1 sudu lada hitam ( ditumbuk)
10 tangkai daun kesum
Bendi ( terpulang nk byk mana)
1 batang bunga kantan ( belah 2 )
1 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
Air secukuonya
Cara2nya
1. Kisar bahan Yang bertanda *
Panaskan minyak ( minyak kena lebih ye ) dan tumis bahan-bahan yg dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau,,biar betul2 pecah minyak ye..
2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikn pari, tambah air secukupnya, asam pedas johor jgn cair ye biar pekat2 sikit, tp jgn pekat sngt, agak2 lah ye…
3. Kemudian tambahkan garam, gula dan
sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari msk, last masukkan bendi, xpayah Lama sngt nanti bendi lembek. .dh agak2 lembut bendi blh tutup api. ..Dan sedia dihidangkan.

IKLAN

Kredit Nor Khomariah Norrohman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI