Hangat diperkatakan sejak semalam apabila Syamsul meleraikan spekulasi dengan mengesahkan telah berkahwin  dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand.

Kenyataan yang diberikan oleh Syamsul Yusof yang juga merupakan suami kepada Puteri Sarah Liyana, sekali gus telah menjawab teka teki selama ini berkenaan pergolakan rumah tangga mereka kepada umum.

 

 

Pun begitu berita yang diterima ini cukup dikesali bukan sahaja di pihak Puteri Sarah dan ahli keluarga terdekat bahkan semua hati wanita bergelar isteri turut kecewa bahkan hancur luluh apabila melihat Syamsul sebagai suami yang selama ini menafikan berkenaan khabar angin yang kononnya ada hubungan dengan wanita tersebut, namun akhirnya telah pun berkahwin di Thailand!

Bila Syamsul-Ira Kazar Nikah Di Thailand. Peguam Ni Kongsi Bab Undang-undang Dari Situasi Yang Terjadi, Tarik Perhatian!

Susulan daripada kejadian ini timbul juga banyak persoalan di kalangan netizen berkenaan poligami hingga ada yang terus mencari kepastian berkaitan tindakan undang-undang bila berlakunya seperti ini dalam perkahwinan. Hal ini seperti mana yang dikongsikan oleh Peguam Nor Zanetha di akaun facebooknya.

“Baru buka whatsapp tiba-tiba, dapat mesej dari wartawan pasal poligami. Saya pun semaklah di media sosial. Oh, padanlah. Sekejap je tertinggal keretapi. Laju betul update berkenaan kes Puteri Sarah, Shamsul Yusoff dan Ira Kazar ini.”

Kita buat soal jawab mudah dan ringkas pasal topik ini:

1) Boleh tidak lelaki berpoligami di Malaysia?

Secara asasnya lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran mahkamah. Jika gagal boleh didenda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Contoh kes Bung Moktar dan Zizie Izette

IKLAN

2) Boleh tidak bernikah di luar negara?

Semua perkahwinan perlu didaftarkan di Malaysia. Apa kesannya jika berkahwin di luar negara? Di Malaysia jika tiada rekod perkahwinan yang didaftarkan dan sekiranya berlaku sesuatu kepada suami, contohnya kematian memberi kesan isteri dan waris tidak didaftarkan menuntut.

Situasi ini juga akan memberi kesan kepada status anak kerana ibu bapanya tidak mendaftarkan perkahwinan. Walaupun berkahwin di luar negara oleh pihak yang bertauliah dari segi syarak sah tetapi isu-isu diatas bakal memberi kesan kepada perkahwinan.

Adalah kesalahan jika perkahwinan gagal didaftarkan. Boleh didenda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali. Banyak kes yang berkahwin di luar negara tanpa didaftarkan di Malaysia, banyak pasangan daftarkan kemudian dan perlu bayar denda. Pastikan berdaftar walaupun perlu bayar denda untuk urusan seperti di atas.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

IKLAN

3) Boleh atau tidak mengadukan tentang pihak ketiga yang merosakkan rumah tangga?

Orang ketiga ini, tidak hanya bermaksud kekasih. Boleh jadi juga ahli keluarga, rakan atau jiran atau orang yang menghasut pasangan berpisah atau mengabaikan tanggungjawab.

Jika aduan dibuat kepada Jabatan Agama, pengadu perlu membawa bukti-bukti atau menyatakan perbuatan bagaimana pihak ketiga ini menghasut sehingga bercerai-berai atau menyebabkan tanggungjawab diabaikan. Contoh menghasut jangan balik rumah, menghasut jangan bagi nafkah dll.

Penguatkuasa akan menjalankan siasatan dan jika cukup elemen tertakluk kepada undang-undang, contoh Enakmen Jenayah Syariah Selangor ada memperuntukkan kesalahan ini, maka pendakwaan boleh memulakan kes di mahkamah terhadap orang yang merosakkan rumah tangga.

4) Bagaimana tindakan Puteri Sarah saman Ira Kazar di mahkamah sivil?

Kalaupun Ira Kazar telah diperisterikan oleh Shamsul Yusoff, tidak akan memberhentikan tindakan sivil oleh Puteri Sarah. Melainkan Puteri Sarah tarik balik atas kerelaannya sendiri.

Tindakan sivil oleh Puteri Sarah kalau kita baca laporan adalah kerana gangguan serta tulisan-tulisan atau muatnaik luahan Ira Kazar yang dikatakan satu bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform.

IKLAN

Jadi seperti yang dilaporkan, oleh Berita Harian dan kenyataan Puteri Sarah bahawa perbicaraan kes akan berlangsung pada Ogos 2023. Jadi untuk tuntutan ini, penulisan dan gangguan masih akan diteruskan. Perkahwinan itu tidak akan mengugurkan kes sebab tuntutannya kerana tulisan oleh Ira Kazar sebelum ini terhadap Puteri Sarah.

Setakat ini, kita belajarlah sedikit bab undang-undang dari situasi yang berlaku ini.

Sumber : Nor Zabetha

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bila Syamsul-Ira Kazar Nikah Di Thailand. Peguam Ni Kongsi Bab Undang-undang Dari Situasi Yang Terjadi, Tarik Perhatian!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI