Masalah berat badan berlebihan antara masalah popular yang sering dihadapi oleh para isteri atau pun anak dara. Namun, jangan tak percaya, ada juga para isteri anak berderet, menghadapi masalah under weight atau kata lain, berat badan tidak seimbang dengan ketinggian.
Jangan salah faham isu kurus dan langsing. Langsing tak mengapa, cuma bila kurus sangat muka isteri akan kelihatan cengkung. Silap hari bulan, ada yang cakap, ‘isteri awak ni tak happy ker?’. Pedih kan!
Melalui perkongsian seorang wanita ini, Siti Shairah berkongsi cara untuk menambahkan berat badan. Mudah aje. Boleh lah isteri-isteri terlajak kurus tu, cuba petua ni. Lebih menarik, perkongsiannya ini, dapat meriah 14K share. Jom cuba!
Bagaimana nak tambah berat badan
SEBELUM BERMULA Berat: 48.5kg Tinggi: 165cm Problem with food: Tak suka susu, kekacang, & cheese. And selera kurang. My concern: BMI underweight cause i tinggi.
So after make research about food to gain weight, dapatkan nasihat doc, & i decide to make timetable, easy tips with target. Doin this just to try & lets see the result! Target:58kg max for me (ideal weight is 50-66kg)
Ads
Antara makanan yg menaikkan berat adalah yg makanan yg i senarai diatas yg i taksuka. But i need to do somthing, cause im underweight! So i start the next day!
1.SUSU FULLCREAM Pagi & malam wajib minum susu atleast 1gelas (sbb tksuka paksa juga). Full cream cause tggi protein & kibo. Berbeza dgn low fat & yg ada flavour macam choc. I minum brand dutchlady.
2.VITAMIN C
Ads
Makan vit c 1capsules/day atau boleh skip selang 2hari sekali. In 1week dlam 2/3 biji je. Hari yg skip tu i makan buah je bebanyak. Sedap pon sedap hehe. Tp on the day you take vit c tu, makesure minum 2/3liter mineral water! Bukan air teh ais mamak ke starbuck ke ok. Hehe. Vit C is dietary supp, selain drpd utk skin & etc. Bole bg selera makan. Membuak rasa, asyik nk makan je. (i need this cause i jenis tank kecik, makan sikit kenyang, slera tk kuat sgt). So perlu vit c utk membantu slera makan. So now manjang lapar je. Teringin tu teringin ni. Hehe bila dh slera asyik nk kunyah jela.
3.TIMETABLE MAKAN Kene makan on time, makesure amik breakfast! Breakfast tu penting. Dan kalau lapar je makan! Kunyah jee bebanyak. Makan sikit tu sikit ni. I mean, bila dh telan nasi. Japgi kunyah laa bnde lain. Kopok2 ke askem ke, coklat je. Haa gituu. Haha.
4.FOOD TAKEN Amik kekacang, soys(not suggest for women) , dairy milk, & cheese Makan banyak kali, hehe
Ads
5.REFER DOC Disclaimer: Makesure chuols refer doc juga ya. Kalau dh underweight kadang sbb cacing juga. Cuba refer doc first okay.
You know what? I’m doin this semalam genap 1month! So nak share dgan chuols the result. Dan every week mmg timbang & guna penimbang yg sama. The result mmg unexpected!
🍼RESULT AFTER 1MONTH🍼 Before start 48.5kg 1st week 50.2kg 2nd week 51.2kg 3rd week 52.3kg 4th week 54.5kg
Yeayyy!! Walaupon berat naik, i rasa lemak i tersekat diskala 2 iaitu dipipi & bahagian tidak sepatutnya. Tapi, im happy with the result! Alhamdulillah syukur im not underweight anymore! Yes! Goodluck chuols!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bawang putih bukan sahaja merupakan ramuan yang sering digunakan di dalam masakan, malah bawang putih ini sudah lama digunakan dalam pelbagai amalan petua orang dulu-dulu. Sama ada digunakan untuk penjagaan kesihatan bahkan bukan sesuatu yang pelik menggamalkan makan bawang yang dimasak bersama nasi, dapat menjadikan seseorang awet muda.
Ini sebagaimana amalan dari Nurul Diyana Kamaludin yang dikongsikan oleh Roshidah Abu Bakar Shidah di group fb Kongsi resepi + petua + hiasan + taman kebun. Di dalam perkongsian tersebut di tulis, “Mungkin ada yang kurang percaya dengan keberkesanan bawang putih.
“Petua Awet Muda, turunkan kolesterol, merawat selsema / demam dan lain-lain. Amalan saya bila memasak nasi”
Tulisnya lagi, “Kadang saya bakar dengan kulit sampai lembut. Bila malas, saya masak bersama nasi. Makan macam tu je. Dua tiga hari sekali.
“Caranya, bila nasi dah didih dan hampir kering, benamkan bawang putih. Nanti akan lembut dan sedap. Tak affect pun rasa nasi putih tu.”
1,Membantu menghilangkan kolestrol
2.Bagi pesakit diabetes dapat mengurangkan kandungan gula yang tinggi dalam badan.
3.Melancarkan aliran darah
4.Meningkatkan nafsu suami isteri
5.Menurunkan tekanan darah bagi yang darah tinggi
6.Antibakteria mengurangkan risiko mendapat kanser
7.Awet muda. Antioksidan yang tinggi dan bagus untuk kecantikan luaran juga dalaman
8.Menyahkan/membuang toksin dalam badan
9.Sesuai digunakan rawat selsema / demam
10.Merawat tulang rapuh dan memberi nutrisi bagi mendapatkan tulang yang kuat
11Membantu mengurangkan dan mengawal berat badan dan banyak lagi khasiatnya
Tidak dengan itu melihat daripada fakta sains, Dr Suri Roowi turut berkongsi berkenaan bawang putih apabila dicampurkan dengan kunyit boleh membantu mencairkan darah. Walaubagaimanapun, pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu elakkan mengambil kunyit sebagai makanan tambahan kerana kunyit boleh meningkatkan risiko pendarahan.
Fenomena ini dikenali sebagai blood thinning iaitu darah menjadi cair dan susah berhenti. Keadaan mungkin menjadi bertambah buruk jika kunyit diambil bersama ubat-ubatan moden seperti aspirin, warfarin, dadah antiplatelet dan ibuprofen.
Insiden pendarahan juga boleh berlaku jika kunyit diambil bersama herba seperti mengkudu, cengkih,bawang putih, halia, Ginkgo biloba dan Panax ginseng.
Serbuk kunyit juga mengandungi bahan kurkuminoid dan berkesan untuk membantu masalah buasir. Caranya adalah dengan memanaskan serbuk kunyit bersama minyak kelapa dara, dibiarkan sejuk dan diaplikasikan pada bahagian yang sakit.
Bawang putih kaya dengan organosulfur, sejenis bahan yang mempunyai manfaat kesihatan. Bahan ini boleh membantu menurunkan kolesterol, menghalang pembekuan darah, mencegah penyakit jantung dan boleh bertindak sebagai antikanser.
Dalam bawang putih, tindakbalas enzim diperlukan bagi membentuk bahan berkhasiat organosulfur. Walau bagaimanapun, enzim ini boleh rosak jika bawang putih dimasak pada suhu tinggi. Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat. Selepas itu barulah ditambah air panas dan diminum
Daun pandan memang banyak kegunaannya. Selain menaikkan aroma dalam masakan kita seperti Nasi Lemak, Bubur Kacang dan sebagainya, daun pandan juga tak
kurang membantu memulihkan masalah dalaman. Lebih-lebih lagi menyegarkan tubuh badan.
Amalkan minum air rebusan daun pandan dan mandi dengan air rebusan ini juga makin buat tubuh jadi lebih sihat, wangi dan bertambah segar.
Itu kisahnya dengan air rebusan. Jangan tak tahu, daun pandan juga boleh dibuat masker, untuk memulihkan masalah jerawat. Jom ikut petua ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Sumber : Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapat memiliki kabinet dapur yang lengkap di rumah adalah antara satu kegembiraan besar buat semua wanita bergelar isteri.
Apa lagi kabinet ini dipasang sebaik memasuki rumah baru. Rasa hari lebih lengkap dan sempurna. Satu kejayaan besar buat diri sendiri.
Maklum sahaja hendak memasangnya bukan hanya perlukan keinginan semata-mata tetapi memerlukan kos yang tinggi.
Kabinet dengan material biasa-biasa sahaja paling kurang menelan belanja 5 ribu dan ke atas, inikan pula lengkap dengan segala fungsi serta menggunakan material yang tahan lasak. Tidak hairanlah ada kabinet yang dipasang dengan harga berpuluh ribu.
Kalau begini harganya, dapur pastinya menjadi ruang yang cukup disayangi. Perlu dijaga sebaiknya supaya ia kekal lebih lama. Soalnya bagaimana?
Sebenarnya tidak sukar menjaga permukaan kayu kabinet dapur kita. Anda patut cuba dua cara ini. Mudah sahaja!
Cuka + Air
Guna dua bahan ini yang cukup murah dan mudah untuk jaga kabinet kita. Campurkan sedikit cuka ke dalam air dan kacau hingga sebati. Kemudian ambil kain atau tuala pengelap dan mulakan menyental seluruh permukaan kayu kabinet dapur. Sental lebih sikit pada permukaan yang kehitaman. Biarkan kering. Lakukan cara ini setiap kali kabinet nampak kotor.
Sapu Minyak Zaitun
Selain menyental dengan cuka, cara lain untuk memastikan kabinet terjaga dengan cantik adalah dengan cara menyapukan minyak zaitun pada permukaan kayu kabinet dapur.
Selepas pembersihan menggunakan cuka dan air, biarkan kering sebentar kemudian sapukan sedikit minyak zaitun di seluruh permukaannya. Hasilnya kayu akan lebih berkilat dan terlindung daripada dimamah usia. Insyaallah kayu kabinet akan tahan lama. Lakukan proses ini setiap 6 bulan sekali.
Tip Lindungi Kabinet Dapur
1. Apabila terdapat kesan resapan air di ruang kabinet terutama bahagian sinki, ini menandakan silikon yang digunakan sebagai penebat air sudah terbuka atau rosak. Cepat-cepat perbaiki sebelum merebak permukaan hadapan kabinet.
2. Cahaya matahari yang berlebih-lebihan pada kabinet kayu juga kurang sesuai. Sifat kayu yang bertindak balas dengan kepanasan buat kabinet akan terjejas. Jadi perlu langsir dan kesan cahaya yang minima, kabinet pasti tahan lama.
3. Kesan minyak tumisan daripada proses memasak juga sangat meninggalkan kesan pada kabinet dapur. Jika tak pasang hud perangkap minyak, sentiasalah bersihkan permukaan kayu yang terkena minyak. Kesan minyak yang melekat lama kelamaan akan menebal dan meninggalkan kesan pada tekstur kayu.
4. Suhu dan kelembapan juga banyak mainkan peranan pada kabinet dapur kayu. Keadaan kering dan kepanasan suhu akan menyebabkan kayu mengecut kerana kekurangan kelembapan. Sebaliknya jika terlebih lembap, kayu akan mengembang, retak dan merekah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu sebak anak maut dihempap pokok kelapa sawit -"Dia pakai cantik, wangi sangat." Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menemui ajal selepas ditimpa sebatang pokok kelapa sawit yang telah reput di Kampung Parit Wak Katek, Sanglang, dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi Selasa.