Bintang legenda, Datin Paduka Julie Sudiro menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun akibat masalah paru-paru.
Berita pemergian penyanyi jazz terkemuka ini dikongsikan anak lelakinya Rindra Soliano kepada Awani pada Sabtu.
Allahyarham Julie meninggal dunia di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam di Shah Alam.
Pada 9 Januari lalu, Awani melaporkan penyanyi legenda itu ditidurkan di hospital yang sama, akibat masalah paru-paru.
Ads
Allahyarham Julie bukan satu nama asing dalam persada seni tanah air dan dikenali dengan lagu popular berjudul, ‘Burong Nuri’ yang dirakamkan bersama Allahyarham Ahmad Mahmud dan penyanyi keroncong, Kartina Dahari.
Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro dilahirkan pada 26 Februari 1945 di Segamat, Johor Bahru dan dibesarkan di Singapura.
Beliau dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rindra dan Jose Irmanto, hasil perkahwinan bersama arwah suaminya, Tony Soliano yang merupakan pemuzik jazz handalan.
Ads
Pada 2006, beliau mendapat gelaran Datin Paduka daripada Sultan Johor yang memerintah pada ketika itu iaitu Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj.
Sumber : Astro Awani
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang tak gembira bila anak-anak ada keinginan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tinggi dan berjaya menghabiskan pembelajaran mereka itu, kan?
Sama juga bagi pelakon dan penyanyi dangdut tanah air, Amelina apabila anak sulungnya iaitu Puteri Nur’Athirah berjaya menamatkan pelajaran dalam Diploma Kemahiran (Diploma In Professional Cookery) dari VTCA Vocational Training Centre.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, di laman Instagram miliknya yang meluahkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian anak sulungnya itu.
“Congratulations on your graduation day. You did it girl. Dalam setiap chapter hidupmu Allah akan mempermudahkan urusanmu. Mommy always menyertakan doa untukmu. Dont worry, walau pun you selalu sakat i dan buat mommy geram!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Amelina yang turut hadir memakai pakaian jenis formal itu juga sempat menyelitkan kata-kata nasihat buat anaknya supaya menjadi contoh buat adik beradik yang lain dan menjadi seorang yang tidak lupa pada budi orang lain pada kita.
“Ingat..kakak kena jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik, sayangi keluarga, orang yang pernah berbudi dengan kita dan orang yang sentiasa berada di saat kita susah, di saat kita jatuh, di saat kita tiada apa-apa.”
“Jadikan setiap kesengsaraan itu kepada nikmat Allah yang Allah dah janjikan pada hambanya yang berserah,” tambahnya.
Bukan sekadar gambar, pelantun yang popular dengan lagu Asyik ini turut berkongsi video pada majlis graduasi sebagai kenangan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengucapjan tahniah atas kejayaan yang diraih berjaya menamatkan diploma serta mendoakan yang baik-baik buatnya seisi keluarga.
Sekadar info, Puteri Nur ‘Athirah ialah anak dari perkahwinan Amelina dengan bekas suaminya iaitu Reduan Mahamood di samping 5 orang cahaya mata yang lain iaitu, Putera Al Affig, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur’ Asyurah, Putera Al’ Arffa, & Putera Al’ Amzar.
9 bulan kandungkan anak, tambah dari kecil hingga dewasa menjaga anak hingga boleh berjaya menyara diri sendiri, tetapi jasa si ibu lenyap begitu sahaja bila tiada sorang pun anak-anak mampu untuk menjaganya.
Bak kata pepatah, “1 ibu boleh menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu boleh menjaga 1 ibu”.
Itulah yang terjadi pada ibu yang sudahpun berusia 97 tahun ini. Kisahnya yang akur menghabiskan sisa hidup sendirian cukup meruntun jiwa.
Menurut cerita asal, sebenarnya dia mempunyai seramai 16 orang anak. Namun setelah merantau cari kerja, semuanya kahwin dengan orang luar negara dan sejak itu tidak pernah ambil tahu lagi mengenai perkembangan ibu kandung sendiri. Jangankan balik bercuti atau ziarah, Dona Isabel berkata kemungkinan mereka pun tak kisah dia masih hidup atau sebaliknya.
Tidak larat hendak membuat kerja berat lagi, kini dia hanya menyulam kain apa adanya sebagai usaha mencari rezeki. Antara 16 orang, air matanya bertakung selepas mengenangkan tiada satu anak pun yang sudi menjaganya di hari tua sebegini. Sesekali, Dona berfikir dirinya langsung tidak dianggap seperti seorang ibu.
Demi meneruskan hidup, dia ada menanam pokok-pokok bersaiz kecil untuk dituai sebagai makanan harian. Hanya hidangan kacang lenyek yang dimasak dalam periuk buruk menjadi santapan warga emas ini. Kesunyiannya turut diubati dengan adanya seekor anjing yang dianggap sebagai satu-satunya ahli keluarga tunggal.
Ibu mana yang tak sayang anak kan. Segala pengorbanan dari mengandung hingga melahirkan dan membesarkan, tak terhitung jasa seorang ibu.
Begitu pun ada ibu bapa yang tidak berkira bahkan bersabar biarpun anak-anak sibuk dengan urusan masing-masing.
Kerana itu, walaupun anak sudah besar jangan sesekali menderhaka dan melupakan pengorbanan dengan alasan sudah punya keluarga sendiri.
Namun,kisah yang dikongsikan Kamalia Kamal ini cukup menarik untuk dijadikan pedoman buat semua. Moga bermanfaat!
Ada satu pekara aneh yang berlaku pada mak mertua kak kay masa 1st time raya umah dia dulu.
Anak dia 10 orang. 9 lelaki , 1 perempuan. Hari raya pertama cuma kami je ada beraya dengan dia. Pelik kan?
Mak rilek je, bangun pagi, masak kuah kacang, bersiap ready nak solat raya. Kak kay pulak yang gelabah.
Kalau mak kak kay ni, memang dah huru hara call semua orang suruh balik pakej kirim lemang rendang bagai. Tapi mak mertua kak kay ni lain. Sangat lain.
“Mak, nak orang call sesape ke pepagi ni?”
“Hish tak payahlah. Moh kita siap ke masjid”
Ah sudah, mak mertua aku ni terasa sangat ke sampai cakap gini?
“Mak terasa ke? Boleh je call diorang ni” mula dah kak kay tak sedap hati.
“Arwah ayah dulu ajar mak kalau sayang anak jangan beratkan dia. Dia dah banyak tanggungjawab, kita mak ni tak boleh perintah-perintah. Jangan pasal kita ikut nafsu, anak pula jatuh derhaka.
Mak kena selalu mudahkan anak. Awak jadi mak pun kena gini.
Kalau dia balik alhamdulilah, tak balik pun takpe, jangan kita beratkan mereka. Allah dah kata anak-anak ni hiburan dunia, kita yang pilih nak lalai dengan dia atau nak jadikan pahala.
Toksah kalut lah”
Pergh deeeeeep weh! Deep habis ustazah kholma bagi sebijik kat ai, hamik kau! 1st time dapat ilmu gini dari mak mertua sendiri, sentap oi, sumpah sentap.
Elok je sampai masjid, ada belaka anak-anak dia. Sampai rumah lagilah ramai semua ada.
Mak ni bila rilek to beratkan anak memang jadi rebutan semua anak. Kalau dia datang kolumpo, habis semua anak ajak mak tido umah diorang.
Jenis mak yang tak pernah komplen, tak pernah meminta minta , tak pernah beratkan anak, selalu memaafkan anak memanglah mak yang direbut sentiasa.
Mak mertua kak kay ni tak pernah sekali pun bising kalau anak dia tak call, sepanjang 16 tahun kawin ni, memang tak pernahlah kak kay dengar mak perintah anak dia itu ini.
Bila gini, anak yang gelisah. Kekejap call mak tanya mak ok ke tak, padahal mak rilek je sambil makan kacang tengok ustaz don ceramah kat tibi hari-hari.
Memang aneh kan mak mertua gini. Level hebat dia memang tak boleh bincang!
Jemput share biar jadi inspirasi semua wanita power di luar sana ❤️