Menikmati biskut cip coklat memang enak dimakan pada bila-bila masa. Apatah lagi di musim perayaan, seakan satu kemestian untuk dihidang.
Memandangkan tidak berapa lama lagi kita akan berpuasa, menarik juga untuk kita memcuba resipi biskut cip coklat yang dikongsikan oleh Danish Harraz ini.
Jika anak-anak gemar akan rasanya, bolehlah dibuat berulang kali sebagai menu istimewa ketika Syawal nanti.
𝗕𝗜𝗦𝗞𝗨𝗧 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗜 𝗖𝗜𝗣 𝗖𝗢𝗞𝗟𝗔𝗧 resepi Danish sendiri yang Danish guna untuk product business. Ianya chewy, rangup, mudah dibuat juga failproof dan cookies ini memang addictive.
Rasa kepingan kelapa yang lembab dan tidak kering. Boleh buat untuk kudapan sekeluarga atau semua boleh buat produk bisnes terutama untuk Hari Raya nanti.
Danish halalkan semua guna untuk berniaga. Sila baca semua tips dibawah ya. Happy baking!
250 grams Salted Butter, dicairkan
1 cawan Gula Putih
2 biji Telur, gred A
1 sudu teh Vanilla
2¼ cawan Tepung Gandum*
1 sudu teh Baking Soda* diayak
½ sudu teh Garam Halus
2 cawan Kepingan Kelapa Parut (Guna Desiccated Coconut @ Hawaiian Coconut. Bukan Kelapa Kering)
2 cawan Dark or Semi-Sweet Mini Chocolate Chips
Ads
NOTA DAN TIPS:-
BUTTER. Bila cairkan butter pastikan jangan hingga warna jadi brownish nanti rasanya akan bertukar. Cukup bila butter sudah separuh cair, padamkan api dan kacau hingga semua butter lain cair dan sejukkan sekejap.
KELAPA. Dessicated Coconut atau Hawaiian Coconut boleh dibeli dikedai bahan baking. Ianya dijual dalam pack plastic dan disimpan dalam chiller. Ada pack 500 grams dan ada pack 1kg juga.
CIP COKLAT. Guna Mini Dark Chocolate Chips untuk dapatkan hasil biskut yang tidak terlalu manis. Mini choc chips ini juga ada dijual dipasaraya atau kedai bahan baking.
Ads
BAKING TRAY. Danish sapu baking tray dengan butter instead of guna baking paper untuk jadikan cookies sedikit “spread” supaya bahagian bawah dan tepi cookies, crispy.
SCOOP yg Danish guna tu saiz 3 cm, boleh didapati dikedai bahan baking shopee, lazada etc. Scoop adunan kedalam baking tray dan jarakkan doh lebih kurang 1 inci setiap satu. Boleh juga guna sudu biasa sahaja dan sudukan adunan dalam baking tray.
PROSES BAKAR. Bakar biskut dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga bahagian tepi cookies sedikit keperangan, selama 15 minit pada suhu 160°C tapi ini bergantung pada suhu oven masing² ya. Bila cookies sudah masak tapi atasnya akan masih sedikit lembik, biarkan sejuk didalam baking tray sepenuhnya sebelum alihkan keatas cooling rack. simpan dalam bekas kedap udara. Cookies ini kebiasaannya akan lebih rangup selepas disimpan sehari.
Hasil cookies Danish buat dapat +/- 1kg untuk 1 adunan.
Bagi pelayar laman sosial Facebook yang minat memasak, pasti sudah tidak asing lagi dengan pemilik akaun bernama Ben Safwan. Apa tidaknya, begitu banyak resipi yang telah dikongsikan olehnya dan secara tidak langsung ramai juga golongan mak-mak mengagumi kehebatannya sebagai seorang ayah yang pandai memasak.
Kehebatannya memasak bukan datang begitu sahaja, ini sebagaimana perkongsiannya sebelum ini mengatakan dia turut belajar daripada ibu mertuanya dalam menyediakan Daging Masak Kicap yang enak.
“Waktu mula-mula kahwin dulu, Ben makan daging masak kicap mak mertua. Aduhai sedap betul. Sekarang dah boleh buat sendiri sebab dah belajar dengan dia. Terima kasih mak!
“Ben kongsikan pula di sini. Boleh guna daging import atau daging tempatan. Ben suka daging lembu tempatan. Kuantiti bahan resepi untuk 500 gram daging,” tulisnya.
Jadi buat anda yang ingin menyediakan menu daging korban, apa kata sediakan resipi seperti yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini. Nampak begitu menyelerakan dan mudah disediakan.
Bahan :
500 gram daging lembu dihiris nipis melintang.
Gaul dan perap 10 minit bersama 1/2 sudu makan serbuk kunyit,1 sudu makan cili kisar,1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk,1 sudu makan bawang kisar,2 sudu makan kicap pekat,2 sudu makan kicap manis,1/2 sudu makan gula dan 1 1/2 sudu teh garam .
Dalam kuali,tumiskan 1 batang kecil kulit kayu manis bersama 3-4 biji buah pelaga sampai naik bau. Barulah masukkan 2 1/2 sudu makan bawang merah + bawang putih+ halia kisar dan 1 1/2 sudu makan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Baru masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging.
Tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambahkan air asam jawa ( 1/2 sudu makan asam jawa ) dan sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam,tambah secukupnya.
Dah siap.
Hasilnya daging terasa lembut dengan cara masakan begini.
Baru hari ketiga berpuasa tapi dah buntu nak masak apa untuk berbuka. Apa kata cuba Kuah Hitam Nasi Kandar ni, kak Has dapat resipi ni pun dalam Facebook dari owner kedai nasi kandar sendiri.
Memang sedap dan padu rasa dia. Terpulang nak gunakan ayam atau daging, makan dengan nasi putih saja pun dah cukup. Gerenti bertambah.
Kuah Hitam Nasi Kandar
Bahan-bahannya :
7 batang serai – diketuk
2 batang daun kari
3 sudu teh jintan manis – kisar kering
1 sudu teh jintan putih – kisar kering
3 sudu makan serbuk cili – boleh diganti dengan cili kisar mengikut anggarannya
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kurma
20 biji buah kurma dibuang biji dan direbus dulu
3 labu bawang besar – dihiris
Kicap manis secukupnya
3 inci halia – dihiris dan kisar
Air asam jawa secukupnya
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Kemudian masukkan serai. Goreng sehingga naik baunya.
3. Masukkan bawang besar, tumis sehingga nampak layu dan masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih. Kacau sebati.
4. Selepas itu, masukkan serbuk cili, rempah kurma, rempah kari daging dan daun kari. Kacau dan tuang air panas tiga cawan supaya rempah dapat masak elok. Tumis lagi sehingga naik minyak.
5. Masukkan kicap manis, buah kurma, halia kisar dan air asam jawa. Kacau dan perasakan dengan garam secukup rasa. Tambahlah sikit apa yang kurang. Misalnya kalau
6. Akhir sekali masukkan daging atau lauk apa yang dipilih. Masak sehingga empuk. Sedap dan cukup enak.
-Dah panaskan minyak, tumis serai yang diketuk dan goreng hingga naik bau.
Masukkan bawang besar dan tumis hingga layu.
Masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih.
Gaul rata.
Masukkan serbuk cili, rempah kurma, rempah kari daging dan daun kari.
Kacau rata.
Tuang 3 cawan air panas supaya rempah dapat masak elok.
Tumis hingga naik minyak.
Masukkan halia kisar.
Masukkan buah kurma yang dah dibuang biji dan direbus.
Masukkan air asam.jawa dan kicap manis.
Perasakan dengan garam. Kak Has suka guna Garam Kristal Himalaya Qaseh ni.
Masukkan daging dan masak hingga empuk
Nak cepat empuk tutup kuali.
Kuah hitam nasi kandar. Sedap ni makan dengan nasi panas-panas.
Cendawan memang sejenis sayuran yang cukup sensitif dan mudah lembik. Sifatnya yang sebegini buat ia sukar di simpan lebih lama di dalam peti sejuk.
Apabila tersimpan begitu lama, cendawan akan mula menjadi lembik dan berbau tidak enak. Selain rasanya yang kurang enak, kesegarannya juga akan turut terjejas.
Disebabkan itulah ramai daripada kita yang suka membeli cendawan dan terus dimasak sahaja tanpa menyimpannya lebih lama.
Namun adakalanya disebabkan kesibukan bekerja dan tiada waktu untuk memasak, kita terpaksa menyimpannya buat seketika.
Ada caranya untuk memastikan cendawan boleh disimpan lebih lama berbanding tempoh sebelum ini. Bagaimana? Cuba langkah ini.
BAHAN-BAHAN:
Cendawan segar
Kertas surat khabar
CARA-CARA:
1. Keluarkan cendawan dari plastik dan elakkan dari terkena air.
2. Tanpa dibasuh terlebih dahulu, bungkus cendawan menggunakan kertas surat khabar dengan kemas.
3. Simpan dalam peti sejuk.
4. Bila hendak masak, keluarkan dan basuh seperti biasa.
Selepas dikeluarkan daripada plastiknya, elakkan sama sekali cendawan daripada terkena air. Jangan sekali-kali basuh cendawan terlebih dahulu dan simpan. Air akan membuatkan cendawan bernafas dan inilah yang membuatkan ia menjadi lembik, busuk dan tidak tahan lama.
Disebabkan inilah kita harus mengeluarkannya daripada plastik. Langkah ini mampu membuatkan cendawan disimpan sehingga seminggu atau lebih.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di