Hujung-hujung Ramadan ni kalau ada yang terasa ingin menambah koleksi biskut raya, ada bagusnya buat biskut conflake coklat ni. Bukan sahaja mudah disediakan dek kerana guna 3 bahan je, tetapi dijamin menjadi antara biskut yang digemari oleh kanak-kanak. Senang cakap, pantang dihidang boleh licin sebalang dengan sekelip mata saja.
Jadi jangan tunggu lagi, jom kita buat dan ketahui resipinya sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Norhayati ini. Selamat mencuba!
Cornflakes Coklat
Hanya 3 bahan saja..sgt mudah & sedap…inilah biskut raya yg selalu licin dulu…Kanak2 pasti menggemarinya.
2. Apabila bahan sudah sebati & ada gelembung2 keluar baru masukkan cornflakes & kacau rata
3. Setelah itu masukkan ke dlm cup comel2
4. Sudah boleh simpan di dlm tupperware
Ads
Nota:
1. Tidak perlu simpan di dlm peti sejuk. Coklat akan kering dgn sendiri
2. Biasa saya guna coklat beryl’s tapi sbb nak buat 1 adunan saja saya guna coklat spt di atas. Tetap rasa sedap
3. Kalau nak tabur kekacang ke atau manik warna warni pun blh..ikut kreativiti masing2. Tapi saya suka yg ori begini
sumber : Norhayati Ahmad via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ubat gigi yang ada di pasaran hari ini memang banyak, bukan sahaja pelbagai jenama malah setiap satunya mempunyai ciri dan fungsi-fungsi yang tersendiri bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna masa kini.
Pun begitu, bercerita tentang ubat gigi yang kita sekeluarga gunakan setiap hari ini, mungkin ada antara kita tidak perasan pun adanya tanda petak pada bahagian ubat gigi tersebut. Lain jenamanya lain pula warna tanda petak yang digunakan.
Kenapa berbeza dan apa rahsia kod warna tersebut?
Ini menyebabkan ada yang bertanya-tanya dan timbulnya pelbagai tanggapan hingga menyababkan ada pengguna keliru.
Apatah lagi ada yang cuba membuat cerita berkenaan rahsia kod warna-warna tersebut, di mana warna hijau menunjukkan ubat gigi menggunakan bahan natual dan lebih menakutkan jika dilebal dengan warna hitam dikatakan menggunakan bahan kimikal keseluruhannya.
Menjelaskan hal ini, terpanggil Dr Ir Shah berkongsi fakta di akaun twitternya untuk pemahaman bersama. Walau pun isu ini telah lama, namun bimbang juga jika masih ada antara pengguna hari ini tetap dengan pemahaman yang salah terhadap lebal warna tersebut.
Cantik rupa paras menjadi kelaziman definasi cantik bagi seorang wanita. Pun begitu, pengertian cantik sangat luas dan anugerah cantik itu perlu dijaga.
Bagaimana caranya? Jom semak perkongsian ini.
KENAPA WANITA PERLU MENJAGA DIRI?
1. Wanita perlu menjaga diri dan jadi cantik agar suami tidak lari?Salah. Kerana, jika sudah takdir Allah dia akan menikah lagi, tidak akan ada yang boleh menghalangnya. And this is regardless the age. Know that.
2. Jadi kenapa wanita harus tetap menjaga diri dan jadi cantik? Kerana kita perlu menjaga diri untuk diri kita sendiri. Ianya akan memberikan keyakinan. Rasa puas. Rasa lebih menyayangi diri. Usah jadi kusut masai, biarkan diri tidak terurus… Hanya kerana kita sedang kecewa.
It should be the other way round. Makin anda dikecewakan, jadi makin cantik tau. Hehe.
3. Jadi cantik itu bagaimana?
Cantik itu luas pengertiannya. Mungkin perlu ditulis dalam satu buku. Namun boleh diringkaskan begini…
Cantik itu adalah dengan menjaga anugerah dari Allah yang ada pada kita sejak dilahirkan lagi.
4. Jaga diri baik-baik selalu. Tak kira samada waktu kita sedang suka atau down. Sedih macamana pun usah terperap dalam bilik. Bangun, mandi, solat seperti biasa, makan seperti biasa.
5. Jaga keterampilan diri tidak semestinya dengan memakai pakaian yang mahal dan cantik. Cukuplah dengan memakai pakaian yang bersih. Waktu saya tidak punya banyak baju, saya pakai, cuci dan pakai lagi pakaian yang sama berulang kali. Mereka yang pernah beli barangan jualan saya dulu pasti perasan yang saya selalu pakai baju sama, tudung sama, seluar sama, kasut sama setiap kali berniaga di tepi jalan, sebab itu sahaja pakaian terbaik yang saya ada ketika itu. Hingga hari ini pun, anda mungkin perasan yang tudung saya tidak sampai 20 pun. Yang penting ia bersih dan selesa.
6. Pastikan kuku tangan dan kaki bersih dan kemas selalu. Usah terlupa atau bertangguh. Usah biarkan kuning dengan kunyit. Ada banyak cara untuk bersihkannya….
7. Pastikan selalu pakai losyen tangan, kaki, badan. Usah tumpukan penjagaan hanya pada muka dan tangan dan tidak ambil tahu tentang penjagaan kaki.
8. Jaga kebersihan rambut (termasuk wanita bertudung). Usah kerana kita bertudung jadi rambut tidak perlu disisir atau shampoo dengan kerap. Orang bertudung perlu lebih penjagaan. Pastikan rambut dibersihkan selalu dan keringkan dahulu sebelum memakai tudung untuk mengelakkan rambut basah dan terperap hingga menyebabkan bau!
9. Jaga kulit wajah dan badan walaupun kita sudah berusia. Penjagaan diri bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri. Dan sebagai menghargai segala kurniaan Allah kepada kita. Ingat tu ye…. Sayangi diri kita. I repeat, sayangi diri kita…
10. Sentiasa pastikan badan atau baju yang kita pakai tidak berbau. Jika seharian sibuk memasak, pastikan kita tak bawa sekali bau bawang ke tempat lain pula. Selalu pakai pakaian bersih sebelum masuk tidur agar kita dapat tidur dengan selesa. Bau disebabkan oleh kuman. Jaga kebersihan.
11. Selipar atau kasut hendaklah bersih. Tak apalah jika menggunakan selipar murah atau berusia. Yang penting bersih, tidak berselut, tidak berhabuk.
12. Jaga berat badan. Jaga makan. Jaga minum. Makanan boleh buat kita bahagia. Makan tanpa kawalan boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Bersederhana dalam semua perkara adalah yang terbaik.
13. Jaga diri adalah termasuk menjaga hati sendiri. Jaga hati agar tidak disakiti oleh sesiapa. Jika disakiti, maafkan mereka. Kita akan tenang dan bahagia. Usah sakiti hati orang juga. Kita akan mudah berlapang dada. Hati yang tidak bersih akan buat wajah kita nampak tak bahagia. Keserian wajah datang dari hati yang bersih.
Satu perkara yang wanita perlu ingat, apa sahaja ANUGERAH Allah kepada kita, ianya adalah yang terbaik. Kerana Allah Maha Bijaksana dan tidak pernah silap.
Usah ambil suntikan untuk bentukkan wajah. Atau ubah ketinggian hidung. Atau ambil suntikan pemutih kulit. Atau apa sahaja untuk merubah ciptaan Allah. Ianya akan membuatkan wajah nampak sangat tidak natural.
Tidak ada yang lebih cantik melebihi dari ciptaan Ilahi. Dia Maha Menciptakan.
Tips kecantikan ini telah saya kongsikan dalam Secret Group saya.
Bergelar ibu bapa adalah momen yang cukup indah dan dinantikan setiap pasangan yang sudah berkahwin. Saat isteri berkongsi berita kehamilan, suami orang yang paling teruja. Membeli itu dan ini termasuk keperluan di kecil. Biasanya barangan keperluan seperti baju dan sebagainya tidak tercicir dimasukkan.
Berbeza dengan pasangan ini. Lain yang ditunggu lain yang muncul. Yang lucu nya, si kecil yang baru menjengah dunia dipakaikan baju rona pink memandangkan ibu menyangka anak yang bakal lahir adalah perempuan. Ikuti perkongsian ibu bernama Mamad Sue ini.
Annur Annis Eryna beri mase dlm perot..keluar perot jadi Muhammad Aqil Amsyar 😁 pengalaman n suprise pling best 😅 scan 6bln kate nye prempuan..ayh redho sbb nk bby lelaki..xpuas ati..scan lgi kali ni 4dll punye kasi jelas lgi..
Doc ckp prempuan jugak..ibu pon beriye lh beli segala bju bedung brg pinky2..dgn name berbulan ibu cari 🙆 nahh skali keluar belalaiii..mase doc angkat n tnye tgok ank awk ni lelaki ke prempuan..
Ibu pon jwb..eh kenape lelaki 😄 misi n doc pon ketawa..bby kt dada ibu lgi ibu da call ayh dan xtaw nk gelak ke nk nangis..maka begelak lah kami 😂
kejadian nye jd lah Mat Jambu kt spital 😂
27/9/2019
3.18ptg
3.7kg
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di