Jika anda imbau kembali zaman beraya sekitar tahun 80an dan 90an, ada satu menu biskut ini boleh dikatakan ditunggu-tunggu untuk dijamah setiap kali bertandang ke rumah sanak saudara dan jiran tetangga. Lain tidak bukan adalah biskut sampan. Kiranya biskut ini sangat istimewa dan digemari ramai, jika dihidang sebalang sekejap sahaja licin dimakan!
Bentuknya yang seakan sampan, rangup digigit dengan rasa kelapa kering dan kemanisan ceri memberi kesempurnaan rasa biskut. Dan buat anda yang teringin atau rindu untuk menikmati biskut sampan ini, apa kata anda sediakan sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh YangAtie Ramli ini. Selamat mencuba.
Cara
-Satukan butter dan gula.Pukul sebati.sis guna senduk jer.ada yang pakai mixer.
-Masukkan kuning telur,putih telur dan esen vanila. Gaul sebati.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang lembut.
Bahan Inti
-100gm butter@1/4 cwn butter
-130 gm kelapa kering@1 cwn kelapa kering
-6sb gula aising
-50gm badam cincang@1/4 cwn (sangai dulu)
-50 gm ceri cincang (merah dan hijau)
Ads
Cara (Inti)
-pukul butter dan gula hingga sebati.
-masukkan kelapa kering, badam. Gaul rata.
-ambik sedikit doh. Tekap dalam acuan. Jangan nipis dan jangan tebal. Masukkan inti dan hias dengan ceri.
Bakar 160° selama 20 minit
Bukan sekadar golongan muda, bahkan wanita berusia juga boleh bergaya. Usia tidak menghalang seseorang untuk tampil menarik dan cantik asal kena pada caranya.
Untuk anda yang mengalami masalah bintik hitam, cuba petua yang diamalkan oleh seorang wanita berusia 43 tahun ini. Dia hanya menyapu campuran tiga jenis bahan semula jadi selama beberapa minggu dan wajahnya kembali mulus, gebu dan cerah berseri.
Rahsianya mudah sahaja, dengan campuran halia segar, cuka dan madu, wajah serta masalah bintik hitam yang ada akan hilang dalam masa beberapa hari sahaja.
Bahan-bahan:
Halia segar dipotong nipis
Sedikit cuka
Sedikit madu
Caranya:
1) Cuci halia hingga bersih. Masukkan dalam satu balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut.
2) Simpan balang tersebut ke dalam peti sejuk selama satu hari.
3) Kemudian, keluarkan dari peti sejuk dan masukkan madu secukupnya dan gaul hingga ia sebati. Tunggu 30 minit.
3) Ambil potongan halia itu dan usap pada bahagian wajah yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit dan bilas dengan air suam panas.
Inilah masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi yang patut dicuba. Hasilnya dapat membantu kulit menjadi putih, gebu, cerah dan mulus tau. Jika mempunyai kulit muka yang sensitif, disarankan mendapat rujukan doktor terlebih dahulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak dilantik sebagai orang nombor satu negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperlihatkan pendekatan berbeza ketika menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Malah Perdana Menteri turut dipuji kerana menggunakan pendekatan yang mudah difahami rakyat.
Terbaru ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Tan Sri Muhyiddin sekali lagi mencuri tumpuan dengan ayat bersahaja beliau.
” Saya lihat di media sosial ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri mereka, agak luar biasa.
” Ada yang mengayuh basikal dalam rumah, ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap..
” Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.
” Yang penting saya fikir saudara dan saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi ujian ini.
” Dan saya yakin tuhan tidaklah menguji atau membebani kita dengan sesuatu yang kita tak boleh tanggung.
Ayokk kantoi abah kita tahu apa kita buat. Hehehe. Macam mana pun tak pe, asal semua bekerjsama putuskan rantai covid-19 dengan stay at home ❤#keluargamag
Lucu dan bersahaja, namun mesej yang ingin disampaikan tetap diterima masyarakat sehinggakan rata-rata berkongsi kata-kata Perdana Menteri di media sosial.
Sementara itu, Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya berkata, pakej rangsangan tambahan tersebut diharap dapat mampu meringankan beban usahawan PKS.
” Di pihak kerajaan ,kita cuba membantu sebaik mungkin dan sebab itu saya ingin mengumumkan pakej tambahan RM10 billion,” katanya.
Dalam pada itu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan langkah tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “Prihatin Tambahan”.
Katanya, pakej tambahan berjumlah RM10 bilion ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.
Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.
Di bawah inisiatif tambahan itu, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:
1) Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan.
2) Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.
3) Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.
4) Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.
” Melalui penambahbaikan ini, syarikatsyarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
” Bantuan ini adalah untuk selama tiga bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari lalu dan mendaftar dengan Perkeso.
” Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini,” katanya.
Beliau menambah majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurangkurangnya untuk tempoh enam bulan, iaitu dalam tempoh tiga bulan semasa menerima subsidi upah dan tiga bulan selepas itu.
Sejak pandemik ini ramai yang tidak ke mana-mana duduk di rumah saja. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan.
Salah satu aktiviti popular yang dilakukan adalah bermain permainan telefon atau game yang pastinya menghiburkan.
Namun tanpa kita sedar jika bermain dalam tempoh yang lama akan memberi kesan kecederaan kepada pergelangan tangan.
Nak tahu bagaimana ia terjadi Dr Zubaidi Hj Ahmad ada penjelasan mengenai hal ini.
BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN
“Assalamualaikum, doctor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam henfon. Adakah ia berkaitan? Terima kasih”
Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari.
Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan butang pada henfon. Berlebihan penggunaan tendon akan menyebabkan ia membengkak. Tendon yang membengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan merebak sehingga ibu jari dan pergelangan tangan. Keadaan ini dipanggil sindrom Quervain atau de Quervain tenosynovitis.
Tanda yang paling biasa dirasakan adalah rasa sakit yang melampau di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari anda. Rasa sakit ini dirasakan apabila memegang atau mencubit sesuatu. Kesakitan ini lebih kuat apabila menggerak-gerakkan ibu jari memutarkan pergelangan tangan.Kesakitan iniboleh merebak ke seluruh lengan.
Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit ini. Pesakit boleh menekapkan ais pada bahagian yang sakit jika rasa sakit tidak berulang. Jika masih tidak berkurangan, doctor akan mentuntikkan steroid sekeliling tendon bagi mengurangkan kebangkakan.
Pesakit boleh berurut secara perlahan-lahan di bahagian yang sakit bagi mereda bengkakan pada ibu jari dan pergelangan tangan. Jika masih tidak selesai, pembedahan akan dilakukan boleh membuka pelapis tendon bagi menyebabkan tendon bergerak tanpa rasa sakit. Semoga menjawab soalan yang diberikan.