Tentu ibu-ibu sedang mencari menu atau makanan untuk anak bawa bekalan ke sekolah. Biasaya setiap ibu inginkan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk anak-anak. Kepada yang ingin memberikan makanan yang terbaik kepada anak, biasanya akan membuat sendiri makanan untuk anak. Sebagaimana perkongsian resepi yang dipaparkan oleh Puan Sarina Sanek sungguh inspirasi buat anak-anak iaitu biskut vanilla crunchy.
Jom ikuti bahan-bahan dan cara membuatnya.
Resepi:-
250gm butter
100gm gula perang
100 gm gula castor (sy letak 70gm shj)
Gaul sebati. Guna senduk kayu je
Kuning telur sebiji
Esen vanila / butter oil
Kacau sebati dengan bahan diatas
Ads
350gm tepung gandum
1/2 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
-masukkan dalam adunan yg dh dicampur kuning telur dan esen vanilla
250gm choc chip (guna yang import lagi sedap)
-Gaul sebati dalam adunan.
Ads
Ikut resepi asal letak dalam peti dulu. Lepas tu cubit letak dalam dulang. Saya guna pengorek buah macam dalam gambar.
Bakar 15m suhu 160 atau pun ikut oven memasing.
Ads
Selamat mencuba! Sedap sangat ni.
Sumber: Sarina Sanek via Sedapnya Resepi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali pelakon ini memuat naik gambar aksi anaknya, pasti ada sahaja yang tak kena di mata netizen. Malah ada yang memberi komen, cara pelakon ini mengajar terlalu kasar dan tak sesuai dengan usia anaknya.
Biar apapun pandangan dan tohmahan sesetengah netizen mengenai cara dia mengendalikan anak sulungnya, Syatilla Melvin mengambil pendekatan tidak membaca apa jua komen tersebut.
“Sam sendiri melarang saya membalas komen yang diberikan kerana bimbang akan berlarutan. Jadi saya tak ambil port dan tak baca pun. Kalau baca nanti lain pula jadinya. Lagipun buat apa saya nak dengar komen mereka sedangkan saya masih ada ibu bapa yang boleh memberi nasihat atau panduan bagaimana untuk saya menjaga anak.
“Syeriv memang rapat dengan saya sebab dari lahir saya sudah jaga dia. Saya sanggup duduk di rumah kerana tak mahu lepaskan momen indah dia membesar. Lagi pun dengan kes kematian bayi yang kita tengok banyak dipaparkan oleh media membuatkan saya takut dan tidak percaya orang luar boleh jaga anak saya dengan baik. Biarlah anak saya jadi apa-apa ditangan saya sendiri.
“Memang rindu nak berlakon tapi saya tak sanggup tinggalkan Syeriv lama-lama, jadi saya korbankan dulu bab kejaya untuk pastikan dia membesar di depan mata saya dan tidak berlaku sebarang isu yang boleh membuatkan saya menyesal di kemudian hari.
Ditanya mengenai hasrat untuk menambah bilangan anak, Syatilla yang ditemui dalam majlis pelancaran produk Jamu Mutyara oleh Tya Ariffin disahkan keguguran pada minggu lepas ketika kandungan berusia hampir enam minggu.
Dia hanya mengetahui dirinya hamil sebaik pulang bercuti dari Santorini, Greece, namun tidak membuat pemeriksaan awal kerana enggan menimbulkan kebimbangan kepada diri sendiri.
“Waktu pergi bercuti saya memang rasa tengah hamil sebab tanda-tanda lebih kurang sama ketika mengandungkan Syeriv. Tapi saya sebab tak nak spoilkan mood bercuti jadi tak biarkan dulu tak nak periksa dahulu dan tunggu balik ke rumah baru periksa.
“Bila balik dan buat ujian, memang sah mengandung. Gembira tak terkata kerana saya memang nak mengandung lagi. Walaupun melahirkan anak secara pembedahan sebelum ini, tetapi doktor tidak melarang jika mahu hamil lagi.
“Tapi minggu lalu, selepas mengemas rumah tiba-tiba saya sakit pada bahagian pinggang dan tidak lama kemudian, sedikit demi sedikit pendarahan turun. Selain itu, saya juga mengalami sakit yang 2 minit sekali datang seperti kontraksi seperti hendak bersalin.
“Walaupun ini pengalaman kedua saya keguguran, tapi kali ini yang paling sakit berbanding yang pertama iaitu sebelum saya mengandungkan Syeriv.
“Ketika gugur kali pertama dahulu, sebulan kemudian saya hamilkan Syeriv. Jadi jika ada rezeki lagi selepas ini, saya akan pastikan lebih berhati-hati dan mungkin mengupah pembantu untuk menjaga Syeriv bersama.
Tambah pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia sememangnya sudah bersedia untuk menimang cahaya mata biarpun Syeriv baru berusia 15 bulan.
“Walaupun masih baru tapi perasaan sedih memang ada sebab saya dan Sam mahukan ramai anak dan sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua. Nampaknya belum ada rezeki lagi dan kami reda. InsyaALLAH kalau boleh saya mahu lima orang anak.
Sebut sahaja nama Faizal Hussein pasti ramai yang teringat filem lakonannya yang menyerlah melalui filem arahan bapanya, Hussein Abu Hassan, Gila-Gila Remaja pada tahun 1986.
Bahkan tidak keterlaluan hingga ke hari ini masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan Roy.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail serta merupakan sepupu kepada Datuk Rosyam Nor ini di pentas lakonan tidak dapat dinafikan bahkan tetap menyinar meskipun Faizal kini mencecah usia 55 tahun.
Lantaran itu, sudah menjadi lumrah anak seni pastinya kehidupan dan keluarga Faizal Hussein turut mendapat tempiasnya. Selain penampilan isterinya, Suhaila yang juga seorang pelakon satu masa dulu, kelibat anak-anak Faizal turut mendapat perhatian peminat.
Sebagai makluman, Faizal Hussein dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn dan Fazrick.
Meninjau di Instagram Suhaila, sebelum ini ada berkongsi gambar anak gadis mereka iaitu Fazryn yang kian meningkat dewasa dan semakin cantik. Hal ini telah mencuri tumpuan warganet.
Momen sambutan hari lahir Fazryn ke 17 yang diraikan bersama ibu bapa dan adik lelakinya di sebuah hotel ternama pada kelahiran 5 Jun lalu. Mengamati wajah manis anak gadis ini, pasti ramai peminat terkenang wajah arwah neneknya iaitu Mahyon Ismail.
Cantik Dan Bijak
Fazryn yang bukan sahaja cantik malah cemerlang dalam akademik dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Manakala adiknya, Fazrick pula cukup berbakat dalam bidang seni sama seperti ibu dan bapanya
Lebih mengagumkan ialah cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Apa saja yang diminati mereka, baik Suhaila mahupun Faizal mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick.
Setiap wanita tentunya inginkan ruang dapur yang kemas dan cantik. Ia menjadi sumber inspirasi untuk memasak dengan penuh kegembiraan.
Walaupun memiliki ruang dapur yang terhad, jika kena caranya dapur begini tetap menarik.
Begitu pendekatan yang digunakan oleh puan Pa’e Faeza yang melakukan pengubahsuaian dapurnya biarpun kecil. Memilih konsep modern English dengan rona turquoise menjadikan ruang berkenan begitu special.
Seterus ikuti perkongsianya.
Hasil renovation dapur kecil saya.
Dapur bertemakan english and modern betul-betul menjadi idaman hati. Pemilihan warna hijau untuk cetuskan sedikit ‘mood’ santai dan warna idaman si suami. Bagi peluang dia pilih sebab dia yang menaja kos ubahsuai dapur ini.
Alhamdulilah hasil nya saya suka sangat-sangat. Dan saya selitkan beberapa gambar hasil sebelum dan selepas.
Sebelum
Ruang dapur sebelum proses pengubahsuai
Dinding dapur rumah backsplash wall sedang dalam proses pemasangan.
Selepas
Ruang ruang dapur rumah selepas diubahsuai dengan konsep dan gaya baru iaitu konsep modern english.
Ruang mesin basuh pada bahagian dapur rumah.
Apa yang pasti, sentuhan ini menjadikan ruang dapur kelihatan cantik padangan mata. Malah susun atur kabinet menjadikan ruang menjadi luas dan kemas.
Semoga menjadi inspirasi bagi mereka yang mempunyai ruang dapur yang terhad.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...