Sebut sahaja nama Faizal Hussein pasti ramai yang teringat filem lakonannya yang menyerlah melalui filem arahan bapanya, Hussein Abu Hassan, Gila-Gila Remaja pada tahun 1986.
Bahkan tidak keterlaluan hingga ke hari ini masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan Roy.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail serta merupakan sepupu kepada Datuk Rosyam Nor ini di pentas lakonan tidak dapat dinafikan bahkan tetap menyinar meskipun Faizal kini mencecah usia 55 tahun.
Lantaran itu, sudah menjadi lumrah anak seni pastinya kehidupan dan keluarga Faizal Hussein turut mendapat tempiasnya. Selain penampilan isterinya, Suhaila yang juga seorang pelakon satu masa dulu, kelibat anak-anak Faizal turut mendapat perhatian peminat.
Ads
Sebagai makluman, Faizal Hussein dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn dan Fazrick.
Meninjau di Instagram Suhaila, sebelum ini ada berkongsi gambar anak gadis mereka iaitu Fazryn yang kian meningkat dewasa dan semakin cantik. Hal ini telah mencuri tumpuan warganet.
Ads
Momen sambutan hari lahir Fazryn ke 17 yang diraikan bersama ibu bapa dan adik lelakinya di sebuah hotel ternama pada kelahiran 5 Jun lalu. Mengamati wajah manis anak gadis ini, pasti ramai peminat terkenang wajah arwah neneknya iaitu Mahyon Ismail.
Cantik Dan Bijak
Ads
Fazryn yang bukan sahaja cantik malah cemerlang dalam akademik dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Manakala adiknya, Fazrick pula cukup berbakat dalam bidang seni sama seperti ibu dan bapanya
Lebih mengagumkan ialah cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Apa saja yang diminati mereka, baik Suhaila mahupun Faizal mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick.
Sejak dahulu lagi, masyarakat kita dimomokkan dengan sikap ibu tiri yang bengis, garang dan suka mendera anak tiri. Padahal itu semua tidak berlaku malah ada antara ibu tiri yang penyayang biarpun anak tersebut bukan darah daging sendiri.
Lihat sahaja contoh selebriti kita iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Lisdawati, Memey Suhaiza dan ramai lagi. Keakraban dan kasih sayang yang ditonjolkan membuatkan anak-anak tiri lebih selesa dan hormat seperti ibu sendiri.
Begitu juga dengan penyanyi yang suatu ketika dahulu popular dengan lagu Bagaikan Puteri, Farah Asyikin Zulkifli.
Menerusi satu perkongsian di instgramnya, penyanyi ini berkongsi sekeping gambar bersama keluarganya.
Di ruangan kapsyen tersebut, Farah memperjelaskan tentang hubungannya bersama tiga orang anak tiri yang sering dipertikai oleh sesetengah netizen.
Menurut Farah, hubungannya bersama anak tiri tidak mempunyai masalah dan baik-baik sahaja, bukan seperti yang disangka oleh segelintir pihak.
“Ramai pengikut saya meminta gambar bersama anak tiri, sebenarnya saya pernah berkongsi gambar bersama mereka dahulu.
“Kalau ‘scroll down’ profil saya, anda akan jumpa gambar kami bersama. Terima kasih kepada Snow White dan Cinderella yang memberi impak kepada stigma masyarakat yang membenci ibu tiri.
“Saya sayang keluarga saya, saya sayang anak tiri dan menghormati privasi mereka,” jelasnya.
Foto tersebut diambil pada jamuan makan malam ke-24 anak sulung suaminya, Raja Asilla pada Februari lalu. Di sebelahnya adalah kembar Raja Muzaffar dan Raja Shahirah.
Manakala lelaki kacak yang paling jauh di dalam foto itu adalah kawan rapat anak-anaknya.
Farah Asyikin berkahwin dengan Raja Iskandar Raja Mukhtaruddin pada Jaunuari tahun lalu.
Sumber: Sinar harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang tertanya tanya kenapa jadi macamni, ibu ceritakan di bawah ya. Cuma nak berpesan, ibu² yang hamil, jagalah kesihatan sebaik mungkin. Kalau demam cepat² dapatkan rawatan di hospital.
30/8/2018 Ibu demam siang tu. Suhu takdala panas sangat. Tapi bila mai malam suhu ibu jadi tinggi. Sampai 39.6.. Ayah pula keja malam. Ibu call ayah minta ayah bawa ibu ke klinik.
31/8/2018 Subuh tu ibu bangun tidur, ibu rasa ada air keluar dari bawah. Menitik nitik. Badan ibu panas. Ibu makan ubat dan terus msg ayah bgtau keadaan ibu. Ayah call dan ajak ke hospital. Ayah balik tu, ibu ajak ayah pergi klinik scan dulu tengok air ketuban leaking atau tak.
Ayah, ibu n kakak pergi klinik.. Doktor scan, semua masih ok. Tapi dia bagitau lagi bagus kalau pergi hospital terus.
Tengahari tu ayah bawa ibu ke hospital. Kesian ayah belum tidur lagi dari balik keja pagi tu.
Sampai hospital, doktor check dengan alat yang mcm mulut itik tu, sekali bukan leaking. Keputihan doktor kata. Leganya ibuuu.. Ibu terus tanya doktor, “Saya boleh balik kan doktor? “.. Masa ni ibu hanya pikir kakak je. Sapa nak jaga kakak. Ayah kena kerja. Lagipun OT. Sayang kalau tak buat OT sebab kita nak pakai duit banyak.
Tapi nurse inform pada doktor yang ibu ni demam. Doktor nasihatkan ibu untuk admit dan check darah sebab takut denggi kan. Ibu pasrah jerla.
Bila dah masuk wad petang tu, ayah n kakak still tunggu di luar wad lagi. Sebab kakak kan bawah umur lagi. Tak boleh masuk wad.. Ayah n kakak tunggu sampai ibu dah selesai admit kat dalam wad. Ibu pun keluar lepak luar wad dengan ayah n kakak jap. Dalam pada dok lepak tu, ibu tetiba shivering. Ibu minta masuk wad dulu sebab shivering ibu ni agak teruk. Ibu baring atas katil sambil menggigil. Lama juga lepas tu ibu panggil nurse. Kelam kabut doktor² dan nurse² datang tengok ibu. Diorg pun tak pasti kenapa ibu mcm tu. Lama juga ibu menggigil.. Suhu ibu 40.6. Tak pernah blood pressure ibu tinggi. Masa shivering nak ambil blood pressure pun tak boleh. Dah ok sikit baru amik. 140.. Tinggi bagi ibu sebab ibu tak penah capai tinggi macamtu. Lepas dh suntik ubat semua n makan ubat.. Alhamdulillah ibu makin ok.
Ibu call ayah.. Sebab ayah tak call ibu pun after tengok ibu menggigil petang tu. Tetiba ibu dapat berita yang kurang enak. Ayah cakap dia baru lepas eksiden. Ibu pikir kakak je.. Tanya mcm mana kakak.. Ayah cakap kakak benjol di kepala. Allah.. Besarnya dugaan aku. Saat tu ibu tau, kakak hanya nak ibu ja. Dia perlukan ibu tapi ibu tak mampu nak ada dengan kakak masa tu. Ayah terlanggar kereta orang sebab ayah terlelap. Kesiannya ayah. Tapi tak dapat cakap lama sebab ayah tengah nak setel bab eksiden tu dengan org yang dia langgar.
Around pukul 11pm.. Ibu shivering lagi.. Allah.. Azabnya menahan shivering time tu. Penat sangat rasa diri ni.
1/9/2018 5am- Nurse minta ibu kencing. Sebab nak check air kencing kotor atau tak. Memang kotor pun air kencing ibu. Darah ibu ni ada la dalam 3-4 kali juga diorg ambil. Memang ada infections dalam darah pun.
10am- Ibu nak buang air kecil, sekali darah turun ketul dengan keputihan yang berwarna hijau lumut. Ya Allah.. Apa pulak kalini. Tapi ibu memang sakit perut pun haritu. Doktor asyik tanya sakit kat mana. Ibu cakap bahagian bawah perut. Nak kata contraction, bukan. Sebab perut doktor checked tak mengeras pun.
Ibu perati je jam. Setiap 5minit mesti datang sakit. Lepas tu pad mesti ada darah ketul. Mmg tiap kali tukar pad, akan tunjuk pad tu pada doktor. Doktor kata sebab kencing ibu kotor. Actually sakit ibu ni doktor rekod undetermined.. Ibu pun buntu. Apa jadi dengan ibu sebenarnya.
Bila dah petang, ibu masih juga sakit. Menahan sakit sepanjang hari. Setiap 5minit. Doktor scan pukul 2 semua ok. Cek bawah pun ok. Takda bukaan. Uri semua ok. Tapi pelik. Kenapa asyik turun darah. Dekat maghrib, ibu cakap kat doktor pelik dengan sakit perut ni. Kerap sangat. Doktor cek bukaan. Ok je. Atau dlm erti kata lain 1/10.. Mmg takda bukaan.
Doktor cakap dia beri ibu 2 suntikan.. Ubat tahan sakit dan dexa. Dexa ni sakit gila ok. Tahap 10/10 dia punya sakit.. Doktor cakap akan bg 2x suntikan dexa. Bermakna esok tu lagi sekali suntikan. Allah.. Azabnya nak hadap lagi sekali.. Tapi takpala. Ibu kuat demi anak ibu sorang ni. Ibu sanggup harung apa saja, asalkan anak ibu dalam perut ni selamat.
After that suntikan.. Ibu ingat akan lega la dari sakit. Tapi awat still sakit. Malah.. Makin sakit. Doktor kata akan pindahkan ibu ke wad lagi satu. Kalau tak salah ibu, wad tu wad high risk. Di mana ibu akan lebih diberi tumpuan oleh nurse untuk pantau ibu. Dalam dok tunggu nurse pindahkan ibu, ya Allah.. Kenapa sakit sangat ni.. Malah makin kerap. Ibu menahan sakit sambil control nafas. Takkan sakit contraction kot.
Bila dah sampai wad atas tu, ibu makin sakit. Rasanya sepanjang masa sakit. Nurse cakap mengiring dan kepit je. Jangan teran. Sebab ibu masih awal lagi. Baru 25minggu 5 hari mcmtu. Ibu pun tak sanggup nak teran. Biarlah anak ibu dok dalam perut ni sampai 9 bulan. Tapi.. Ya Allah.. Sakit apa ni.. Sampai tak diberi kesempatan untuk ibu bernafas dengan tenang sekalipun. Tiap kali sakit datang, air pun keluar dari bawah.. Air apa pulak ni. Ibu masih berdiam diri tak panggil nurse. Masa kakak dulu, doktor yg pecahkan air ketuban. Ibu tak merasa air ketuban keluar sendiri. Sebab tu ibu mcm konfius air apa. Keputihan atau air ketuban..
2/9/2018 12am- Dalam ibu dok kepit tu, sambil tahan sakit, tetiba terasa benda nak keluar dari bawah. Sumpah ibu tak teran. Ibu jerit panggil nurse. “Nurseee!! Ada benda nak keluar!!! “
Kelam kabut nurse buka seluar ibu dan diorg terkejut. Terus diorang panggil doktor. Doktor pun terkejut.. Ibu tak teran. Ibu biarkan awak keluar sendiri sayang. Separuh badan awak keluar, sakit ibu terus hilang. Awak stuck sebab keluar buntut awak dulu.. (kalau xsalah ibu buntut dulu keluar sebab dengar doktor ke nurse cakap mcmtu).. Doktor usaha keluarkan kepala awak pula. Alhamdulillah.. Awak selamat keluar.. Ibu lahirkan awak secara breech delivery.. Ibu tak henti doa pada Allah supaya panjangkan umur yusuff. Ya.. Nama anak ibu Mohamad Yusuff bin Mohd Fazli. Nama yang ibu idamkan untuk anak lelaki ibu dan ayah.
Dah selesai semua, doktor minta no fon ayah nak bagitau yang ibu dah bersalin n minta ayah datang hospital. Call ayah tak dapat. Ibu google number fon kilang ayah keja tu. Lepastu dia minta ext. Ibu ingat² lupa ext no. tu. Disebabkan ibu dulu keja sekali dengan ayah dan kerap dial ext no bilik tu, ibu cuba nasib dial. Sekali betul. Tapi masa doktor cakap dengan ayah tu, doktor minta ayah dtg hospital segera. Urgent!… Lepas tu doktor minta ibu call ayah balik.. Sebab nak bgtau kata ibu dah bersalin sebenarnya. Masa tu ibu fikir, ayah taktau pun ibu bertarung satu hari menahan sakit. Petang 1/9 tu ayah dtg melawat ibu. Tapi dia dah nampak ibu macam lain dah. Yerla. Ibu lepak luar wad sambil menahan sakit masa tu.
Lepas tu bab keluarkan uri pula, bersalin Yusuff sangat senang. Sebab kecil lagi kan. Tapi bab uri tu, ya ampunnn.. Rasa nak tercabut nyawa doktor n nurse cuba keluarkan. Dikorek, diseluk, ditekan perut, disuruh batuk.. Hehe.. Ibu macam nak meracau tapi nurse tempik. Syukur nurse sedarkan ibu. Supaya ibu tak melayan sangat. Lama juga ambil masa setelkan bab uri ni.
Doktor baby kemudian datang dekat ibu. Riak wajah doktor sangat buat ibu rasa xsenang. Doktor maklumkan yang badan Yusuff sangat fragile. Doktor cakap kalau bagi oksigen pun kesian. Mcm menyiksa awak. Doktor tanya ibu nak pangku awak tak.. Of cos ibu nak pangku awak. Nak tengok wajah awak yang handsome macam ayah. Ibu mmg confident yang awak macam ayah. Ramai juga kata mcm kakak. Yerla. Awak berdua mmg photostat muka ayah.. Sebaknya ibu pangku anak lelaki ibu ni. Alhamdulillah. Cukup sifat anak ibu ni. Sempurna mcm bayi yang lain. Cuma berat awak 820gm je. Ibu sembang² dengan awak. Ibu minta awak kuat. Ibu nak jaga awak. Tapi ibu tau, awak takkan hidup lama.. Ibu nyanyikan zikir untuk awak.. Kadang ibu nak terlelap juga sebab ibu dah letih. Ibu beri awak pada doktor. Minta bagi oksigen pada awak. After that doktor datang bgtau yang awak takkan lama. Doktor tanya ibu nak pangku awak tak. Ibu iyakan aja. Ibu minta awak bertahan sampai ayah datang. 2jam juga awak bertahan Yusuff.. Bila ibu cium awak, awak tarik nafas. Seperti berinteraksi dengan ibu. Waktu ni ibu redha kalau awak pergi. Sebab ibu tahu awak sedang nazak.. Kulit awak terlalu fragile.. Kesiannya..
Sempat juga ibu snap pic awak masa ibu pangku awak.. Kebetulan handphone mmg ada tepi ibu sebab doktor pass handphone ibu untuk call ayah sebelum tu. Ada juga la kenangan kita.
Sehingga la ibu dengar ayah dah dtg. Tapi doktor baby jumpa ayah dulu explained apa yg jadi n akan jd. Ibu pegang pipi awak. Sejuknya. Seperti awak dah meninggalkan ibu. Ngam² ayah datang, awak pergi tinggalkan kami semua.
Allah.. Sebaknya kehilangan anak ni. Ibu menangis.. Perasaan kehilangan anak ni, hanya yang mengalami jer yang tau peritnya.. Ayah pun sama.. Ayah cakap takdak salah sapa.. Ayah start call nanny dan tok di kg maklumkan pasal ni.
Jenazah Yusuff selamat dikebumikan tengahari tu. Ibu masih di wad. Ayah dan ahli keluarga yang lain uruskan jenazah Yusuff.. Kawan² ayah pun ada dtg ziarah kat kubur.. Terima kasih semua..
Ibu kuat.. Insyaallah.. Ramai risaukan ibu sebenarnya. Tapi insyaallah.. Ibu kuat.. Yerla. Sedih tu memang ada.. Hari² menangis. Tapi takdala sampai meratapi sepanjang masa.. Sapa yang tak sedih kehilangan anak. Ibu beruntung sebab ada kakak awak.. Tapi kakak awak ni rileks je Yusuff.. Dia siap pesan lepas ni nak baby girl pula memandangkan ibu dah beranak baby boy. Adoila kakak.. Doakan ibu dapat pengganti Yusuff ya.. Yusuff anak syurga ibu ayah. Terima kasih Yusuff..
PKPB datang lagi dan hari ni hari pertama.Salah satu perkara penting yang kita kena manfaatkan dengan PKPB kali ini ialah untuk segarkan kembali kasih, cinta dan sayang kita terhadap pasangan kita.
Ada banyak benda yang kita boleh buat. Yang paling utama dan perlu didahulukan ialah baiki solat berjemaah kita bersama pasangan kita.
Boleh mulakan dengan solat Subuh pagi ini dan solat-solat fardhu yang lain sepanjang hari. Ini bukan benda main-main dan cliche tau. Ini benda benar yang saya nak pesan ni.
Ramai orang cari macam-macam kaedah untuk hangatkan cinta. Tambah pulak bagi yang dah lama kahwin. Tentu dah kurang sikit kehangatannya kan?
Tapi sebenarnya sebelum kita pilih cara-cara yang macam-macam ada tu, kita terlepas pandang. Rupa-rupanya ada cara yang terbaik untuk taut semula hati antara kita dan pasangan iaitu dengan solat berjemaah. Dah la sempoi, takde kos pulak tu.
Cuma, walaupun ianya sempoi, ia tak semudah ABC untuk kita buat kalau tak mula, paksa dan amalkan secara konsisten.
So, ambil la kesempatan PKPB ni semua duduk kat rumah untuk hidupkan balik solat berjemaah. Betul tak?
Special untuk kita dan pasangan, buat beberapa benda ni secara konsisten sepanjang sebulan PKPB ni. Alaaa.. macam sebulan Ramadhan juga la.
Lima amalan dilakukan bersama keluarga
1.Bangun awal sebelum Subuh dan saling mengejutkan. Yang terbaik, sejam sebelum Subuh untuk kita ada ample time untuk beribadah secara personal.
2. Solat sunat malam secara berasingan. Ini ‘me time’ sebenar tau. Me time kita dan Allah SWT. Me time pasangan kita dengan Allah SWT. Masa ni la nak menangis, mengadu, merintih, bercerita, berdoa, meminta dan berkomunikasi secara personal dengan Allah SWT.
Berjemaah dengan keluarga
3. Solat Subuh berjemaah dengan pasangan. Kalau ada anak-anak, ajak anak-anak join sekali. Cuba la lain aura dia bila solat berjemaah dengan ahli keluarga ni.
4.Berzikir, berwirid dan berdoa bersama-sama. Suami berdoa, isteri aminkan. Ayah berdoa, anak-anak aminkan. Semua ambil bahagian masing-masing.
5.Bersalaman dan berpelukan kasih sayang selepas selesai solat. Maybe kita pun dah lama tak peluk pasangan kita lama-lama kan? Maklumlah, dah tua dah kot.
Tapi inilah antara benda kecil tapi penting yang ala-ala suwit gitu, yang kita kena buat. Pelukan tu boleh mententeramkan hati yang gundah, menenangkan perasan yang gelisah dan mencambahkan perasan kasih yang tak sudah.
Peluk lama-lama sikit. Take your own time. Biar sempat tarik nafas dalam-dalam masa peluk tu.
Cukuplah dulu tips romantis musim PKP kali kedua ni. Hehehe.. semoga kita semua dapat manfaat.
Saya yakin, setiap sentuhan kasih sayang antara kita dan pasangan sudah pasti akan menambahkan pahala dan menghapuskan dosa sesama suami isteri. Barulah nanti layak untuk till jannah ye tak?
Ok. Selamat pagi semua. Enjoy your PKP dengan rahmat Allah dan kebaikan yang sangat banyak.
Rozita Che Wan berkongsi pendekatannya sebagai ibu mentua yang santai, selain mendedahkan nasihat yang sering diberikan kepada anak lelakinya demi kebahagiaan rumah tangga.