Tertanya-tanya status tanah yang ingin dibeli namun  tanah tersebut hanya memiliki geran kongsi. Adakah boleh untuk kita beli? Apa pula prosefur yang perlu dibuat? Adakah nama kita juga akan disenaraikan dalam geran setelah membelinya?

Menjawab soalan-soalan ini,  jom kita baca perkongsian daripada K-literasi ini.

BOLEH KE BELI TANAH GERAN KONGSI?

Selalu orang tanya saya.

“Tuan, boleh tak saya beli tanah geran kongsi?”

Istilah tanah geran kongsi itu pun sebenarnya banyak mengundang kekeliruan kepada orang awam.

Saya hendak bagi tahu di sini, ada tanah geran kongsi yang BOLEH DIBELI dan ada juga tanah geran kongsi yang TAK BOLEH DIBELI.

Boleh Ke Beli Tanah Geran Kongsi? Nak Tahu Detail, Ni Pencerahannya!

 

Nak tahu boleh beli atau tak tanah geran kongsi tersebut, kita kena tanya satu soalan penting, tanah ini kalau saya beli boleh atau tak DiPINDAH MILIK KEPADA NAMA SAYA DALAM GERAN?

IKLAN

Bagaimana nak tahu tanah geran kongsi tersebut boleh dipindah milik kepada nama kita atau tak?

Ada dua kategori tanah GERAN KONGSI.

Kategori 1:

Tanah Geran Kongsi LOT LIDI

– Tanah pertanian, tetapi dijual sebagai tanah lot bangunan kepada lebih daripada seorang pembeli.

– Penjualan hanyalah berdasarkan kepada pelan lakaran sahaja dan geran individu untuk setiap lot tersebut masih belum ada.

– Nama pemilik dalam geran asal hanyalah seorang atau 2 orang tetapi yang membelinya lebih daripada 2 orang.

IKLAN

– Mereka ini didakwa kononnya akan berkongsi geran tetapi hakikatnya geran pun tak ada lagi bagaimana mungkin mereka nak berkongsi geran.

– Inilah yang kita panggil sebagai LOT LIDI.

– Tanah geran kongsi kategori ini kalau anda beli memang TAKKAN BOLEH DIPINDAH MILIK kepada nama anda. Sebabnya ada halangan dari segi undang-undang.

– Nak pindah milik macam mana kalau pemilik seorang tetapi pembeli 10 orang, melainkan terpaksa buat pecah sempadan dan tukar syarat kepada status bangunan terlebih dahulu sehinggalah keluar geran individu yang berasingan berstatus bangunan. Kemudian barulah boleh dipindah milik kepada nama pembeli.

Kategori 2:

Tanah geran kongsi PEMILIKAN BERSAMA.

IKLAN

– Tanah ni dimiliki oleh banyak pemilik (penama) dalam geran. Dan setiap pemilik mempunyai bahagian masing masing yang dinyatakan dengan jelas dalam geran.

– Tanah geran kongsi kategori ini boleh dipindah milik kepada nama anda jika anda beli mana-mana bahagian daripada bahagian penama tadi. Sebab bahagianya jelas dinyatakan dalam geran.

– Cuma kalau anda nak beli keseluruhan tanah tersebut, anda perlu dapatkan persetujuan (tandatangan) daripada semua penama dalam geran tersebut. Tetapi kalau hendak beli satu bahagian daripada bahagian yang dimiliki oleh mana-mana penama tadi, tak perlu dapatkan persetujuan kesemua penama dalam geran. Boleh terus buat pindah milik bahagian tersebut daripada nama penama tersebut kepada nama anda.

Sekarang dah boleh faham tak beza antara TANAH GERAN KONGSI LOT LIDI dan TANAH GERAN KONGSI PEMILIKAN BERSAMA?

Boleh Ke Beli Tanah Geran Kongsi? Nak Tahu Detail, Ni Pencerahannya!

Kalau nak faham lagi, sila rujuk ilustrasi di bawah. Moga dapat membantu untuk kefahaman anda.

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang
(K-LITERASI)

Sumber : k-literasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI