Pernikahan adalah tentang cinta, tentang persahabatan, tentang kesabaran dan tentang kehidupan. Pasangan lelaki dan wanita diciptakan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Kecintaan dan kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar di bibir sebaliknya kena dari hati yang ikhlas dan jujur selain mendapat keredaan Yang Maha Esa.
Menjejaki titian kasih pasangan Prof Dr Muhaya Mohamad dan suami kesayangan, Dato Dr Azmi Jamion yang membina mahligai cinta tatkala masing-masing masih bergelar pelajar nyata cukup istimewa.
“Pertama kali bertemu suami adalah pada tahun1976. Ketika itu ada Piala Perdana Menteri dan saya salah seorang ahli jawatankuasa bagi program berkenaan. Daripada situ kami mula berkenalan dan sempat bermain ping pong bersama. Waktu itu, kami sudah mula suka antara satu sama lain. Sebelum pulang, suami minta alamat saya untuk berhubungan. Waktu itu tiada kemudahan telefon seperti sekarang. Jadi kami berhubung melalui surat.
“Setiap minggu kami saling mengutus surat sehinggalah pada tahun 1979 saya tinggal di asrama di Pantai Baru manakala suami pula di Jalan Raja Muda. Kebetulan teman serumah saya, Dr Wan Sapiah seorang yang agak alim orangnya. Dia yang bagi cadangan supaya saya dan suami bernikah awal. Daripada berjumpa selalu baik kami nikah. Katanya berjumpa tanpa ada ikatan nanti berdosa, saya pun terfikir betul juga apa yang kawan saya cakap .
“Walaupun tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang tetapi kami selalu berjumpa, makan bersama dan belajar bersama. Itu juga dikira berdosa. Akhirnya kami memilih untuk berkahwin kerana mahu mendapat keredhaan Allah dan mengelak maksiat. Waktu itu saya dalam tahun kedua dalam bidang perubatan.
“Tetapi saya bimbang penerimaan keluarga dengan keputusan tersebut. Waktu nak telefon ayah, saya jadi was-was. Tetapi tak sangka lepas cakap, ayah setuju dan tak tahu kenapa ayah saya boleh bersetuju. Mungkin juga ayah saya orang yang beragama dan dia tahu itu juga satu benda baik. Cuma ayah minta kami nikah gantung dan tidak duduk bersama supaya saya tidak mengandung kerana takut susah nak belajar.
Ads
Jimat kongsi makan dan minum berdua
“Istimewanya ikatan pernikahan ini bukan sekadar mengelakkan maksiat, sebaliknya selepas berkahwin saya masih mampu mengekalkan momentum dan muncul pelajar terbaik. Itulah berkatnya apabila berkahwin tanpa ada maksiat. Selepas berkahwin, kami bebas ke sana ke mari dan boleh membonceng motosikal suami untuk ke kelas, belajar di perpustakaan sampai tengah malam kerana ada suami sebagai peneman.
“Bukan itu sahaja, apabila bergelar suami isteri kami boleh berjimat. Kalau pergi makan, mesti kami kongsi lauk dan order satu teh ais sahaja. Disebabkan duit pun tak ada sangat masa itu.
“Jika saya penat dan sebagainya, suami akan bawa tengok wayang dengan menaiki motosikal. Memang hidup saya sangat gembira dan selalu saya cakap pada kawan takutnya jika Allah tarik balik nikmat yang saya peroleh ketika itu. Tetapi kawan saya cakap jika kita bersyukur insyaAllah, Allah akan kekalkan nikmat tersebut. Jujurnya, banyak kegembiraan yang saya peroleh berbanding cabaran ketika itu.
Tunjuk perangai sebenar
Ads
“Dulu saya kenal suami umur 17 tahun dan dia cinta pertama saya. Saya rasa cinta kami sangat asli dan jujurnya sebelum berkahwin perangai saya tidak elok. Saya garang, suka marah, suka merajuk tetapi selepas kahwin suami puji perangai saya lebih baik dari sebelum ini (sebelum berkahwin). Ini semua sebab hukum Islam yang mana lepas kahwin kena taat pada suami. Pendek kata, sebelum kahwin saya tunjukkan perangai tidak elok, tetapi selepas kahwin saya berubah untuk menjadi lebih baik. Pada saya lebih baik kita tunjukkan perangai sebenar sebelum kahwin. Tidak ada kepura-puraan sebelum itu.
“Pada saya keikhlasan sangat penting dan yang keduanya, agama dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Bukan sama ada terdesak atau sebab sayang. Kita mesti kahwin kerana Allah dan mahu mendapat redhaNya. Macam saya sendiri, saya kahwin kerana mahu mengelakkan maksiat kerana mahu menjaga Agama dan bukan sebab nafsu atau suka. Tetapi lebih kepada menjaga Agama. Itulah keberkatannya.
“Jadi untuk pasangan di luar sana yang sedang belajar, apa-apa yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan berkahwin kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia sebab manusia boleh hilang tetapi Allah sentiasa ada. Apabila kita mendapat cinta Allah maka kita akan mendapat cinta manusia. Ketaatan dan ketakwaan itu sangat penting. Justeru, kita kena tahu tujuan berkahwin.
“Jika kita kahwin untuk bahagia memang takkan bahagia kerana hanya orang yang bahagia sahaja boleh bahagiakan orang lain. Kerana itu, kita kena betulkan dalaman terlebih dahulu iaitu fikiran dan emosi mesti positif dan kena tanam dalam diri bahawa agama adalah segala-galanya,” ulas Prof Muhaya yang turut menerima dan menggalakkan anak-anaknya berkahwin awal ketika masih belajar.
Solat berjemaah
Ads
Akui Prof Muhaya, ada anaknya yang berkahwin ketika berada pada tahun akhir pengajian dan baginya, wanita yang baik itu cepat berkahwin, murah mas kahwinnya dan banyak anaknya.
“ Itu saya selalu tekankan dan wanita yang paling bertuah dan bahagia adalah wanita yang memiliki suami yang sangat baik, beriman. Apabila lelaki sedemikian yang datang meminang anak saya maka saya akan terima tanpa memberi alasan belajar sebagai halangan kerana belajar bukan segala-galanya. Yang penting jodoh yang baik, waktu yang baik dan jauh daripada maksiat.
“Benda penting adalah belajar dan selalu solat berjemaah dengan suami, minta suami doakan kita. Suami sangat tekankan solat dan agama kena jaga kerana itu yang memberi kebahagiaan ialah Allah dan jika kita menjaga agama maka Allah akan menjaga .Asas dalam sesebuah perkahwinan bukan melihat pada apa yang kita ada tetapi kepada sikap kita kepada apa yang kita ada.
Rumah besar, kereta besar, duit yang banyak bukanlah gambaran kebahagiaan. Biar rumah yang kecil, namun syukur dengan apa yang ada. Itulah asas dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Sumber: Majalah Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zaman sekarang, ada sesetengah suami menjadikan isteri tak ubah seperti hamba yang perlu berbakti 24 jam.
Apabila silap sikit diugut kata derhaka dan takkan bau syurga. Nak tak nak, isteri beralah kerana anak dan kerana Allah.Akhirnya isteri makan hati sendiri.
Itu realiti yang berlaku dan hal ini diulas oleh pelakon Yatt Hamzah di laman instagramnya.
MashaAllah ramai rupanya suami yg kasar pada isteri ya..Dengan orang lain mereka lemah lembut dan berbudi bahasa tapi dengan anak bini..? Ada sampai tahap kurang ajar dan menengking2 bila marahkan isteri. Allahuakbar sedihnya.
Tambahnya lagi, dia bukan ustazah atau pakar kaunseling. Namun dia tertanya-tanya apakah yang patut dilakukan bila ada suami yang begini?
“Bersabarlah namun tegas (maksudnya jangan diam saja, kena tegur dg baik, lembut namun tegas bukan maki dia balik), banyakkan Berdoa dan Berbincang baik2. “Dah bertahun sabar dan tegur elok tapi sama je.. NAK BUAT CAMNE LAGI?” Kalau begini mintalah bantuan dari mereka yg lebih arif dan banyakkan lg doa. Jangan pernah stop doa.
Yatt juga turut menasihati para suami supaya membuang ego dan ingat kembali kenapa isteri dipilih sebelum ini.
“Wahai Suami2, buanglah ego. Pandang muka isteri, Lihat matanya dan riak wajahnya dalam2. Itu wanita yg kamu telah pilih utk bersama hingga ke Syurga. Ingat balik ikrar janjimu pada isteri mu pada hari kamu menikahinya, ingat balik janji mu menjaga, membimbing dan menggembirakan, membahagiakan dia, ingat blk segala pengorbanan dia, sakit perit isteri mu mengandungkan & melahirkan anak2 mu. Mereka berkorban nyawa utk kamu. Ingat balik semua tu wahai suami.
Ulasan Yatt ini turut mendapat respond dari pengikutnya. Malah ada yang berkongsi kisah hidup mereka.
ainurbariahhalilTulaa kebanyakannya laki skang ego dgn isteri slalu bsikap kasar dgn isteri, sampai isteri tegor silap suami pn xbleh..sedih?, knpe prempuan xde hak ke nk bsuara?? Hanye yg mengalami saje yg fham.. skit nye tuhan je yg tahu
tinkerbell_with_peterpansakit sgt..x trtanggung bila dia tnya apa jasa awak kt saya?yes saya tau sya cuma housewife..then bila dia ckp stakat branak,pompuan lain pun boleh branak,bnyk lg yg mnyakitkn smpai x boleh nk hadam lg dh,tp bila pndang wajah ank2..terpksa telan jgak..betapa hati ini x mampu smbuh lg,btapa bnyknya air mata yg jatuh di stiap doa dan sujudku,Ya Allah..Ya Rabb kau tguhkanlah hati dan jiwaku utk mnmpuh dugaan ini..Dia yg lbih mngetahui..
yuslinayunusAllahu.. Bersabarlh wahai para isteri.. O Allah nmpkkan mcmana pahala tu mcm wang dimpanan dlm bank sentiasa btmbh dari masa ke masa.. Pasti para suami ni xkan perlakukan kalian sebegini… Klo ditanya ttg apakah sumbangan kita pada suami… Walaupun house wife.. Suami xmungkin dapat membalasnya.. Melahirkn zuriat suami.. Bertarung nyawa.. Xdpt nak di catitlh… Cuma suami yg kene tau tu… Dan mungkin mereka dpt lakukn sepertimana yg kita lakukn…
faizerinorhidayusaharudinSetiap kesabaran ada hadnya…semoga kamu ( sangsuami) akan terima balasanya kelak di atas setiap titisan air mata ( sang isteri) yg mengalir di atas setiap perbuatan kamu
ummu_rafiqAkk pun pelik dgn suami yg begini yat, dgn org lain kemain baik tp dgn isteri sendiri hmmm
myhearttttt_@candlenutsbynadia bila kita lwn, dia lwn balik…lps tu xpasl2 kena sumpah isteri derhaka…suami derhaka pn wujud dah skrg ni..
eicemaZaman skrg isteri bukan lg amanah untuk dipimpin masuk syurga..isteri xubah sprti hamba yg perlu berbakti 24jam pd suami..bila silap skit diugut kata derhaka dan xakn bau syurga..isteri beralah kerana ank dan kerana Allah..last2 isteri mkn hati sendiri..Ya Allah..Kau kuatkan lah hati setiap wanita2 yg teraniaya..kerana aku tahu kasih sygmu tiada tandinganNya.
Selepas bertarung nyawa melawan penyakit kanser otak dan kanser buah pinggang, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham meninggal dunia di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Bayi berusia empat bulan itu menghembuskan nafas terakhir pada 4.30 petang semalam di sisi kedua ibu bapa dan ahli keluarga.
Ibu Nishka, Khairiah Kamarudin, 35, memberitahu, dia dan suami, Mohd Farham Che Ahmad, 36, reda dengan pemergian anak bongsu daripada lima beradik itu.
Katanya, anaknya tenat sejak semalam apabila tidak mampu membuka mata dan tidak memberi tindak balas.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Nishka dan mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya serta suami.
“Walaupun sedih, namun saya dan suami reda dengan pemergian anak kerana dia terlalu kecil untuk menanggung derita. Sejak semalam Nishka tenat dan tidak memberi sebarang maklum balas. Memang kami sekeluarga sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Walaupun sedih, ini semua takdir Allah dan bersyukur pemergian Nishka dipermudahkan,” katanya lagi.
Khairiah berterima kasih kepada semua pihak yang selama ini mendoakan Nishka serta kakitangan HUSM yang banyak berjasa kepada keluarganya.
Nishka disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap empat selepas 21 hari dilahirkan dan turut dikesan menghidap penyakit kanser buah pinggang bulan lalu.
Khabar duka ini turut dikongsikan selebriti tempatan, Mawar Karim yang sebelum ini pernah melawat bayi comel berkenaan.
“Al- Fatihah. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Baby Nishka berehat la di syurga menanti awak di sana. Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibu bapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak..
“Kami sayang baby Nishka. Mari kita sedekah Al Fatihah dan doa kan baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial.
“Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah meninggal dunia. Sejujurnya memang tidak mampu untuk saya melihat anak syurga ni tabah bertarung nyawa,’ ujar Mawar melalui Instagram miliknya.
Kisah adik Nishka pernah disiarkan oleh Majalah Keluarga sebelum ini baca di sini. Semoga keluarga anak syurga ini tabah dan sabar dengan ujian tersebut.
Pengisar antara bahan penting dan perlu ada di dapur kerana aktiviti memasak sedikit terbantut andai barang ini rosak dan sebagainya. Selain mengisar bahan-bahan untuk memasak, ada juga bahan pengisar untuk mengisar buah-buahan dan sayuran untuk dijadikan jus. Bulan puasa ini baik jika minum jus kerana ia lebih segar dan asli.
Begitu pun, jika sering digunakan boleh menyebabkan mata pisaunya sering kali tumpul dan tidak tajam lagi. Ini menyebabkan bahan yang dikisar tidak sehalus yang anda kehendaki. Untuk mengasah mata pengisar tidak seperti mengasah pisau kerana bentuknya lebih kecil dan tidak boleh ditanggalkan.
Tidak perlu bimbang ada cara mudah untuk mengatasi masalah tersebut. Hanya guna bahan mudah ini sahaja iaitu garam kasar.
Cara menggunakannya :
Ambil garam dan masukkan ke dalam pengisar lalu kisar sebanyak satu hingga dua kali dalam sebulan. Terdapat kristal garam yang sangat keras yang boleh membantu membuat pisau pengisar semakin terasah secara maksima. Jangan risau garam tidak akan merosakkan pengisar.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
GM Klang melangkah ke era baharu dengan pelanjutan waktu operasi 10 pagi hingga 10 malam, menjadikannya lebih daripada pusat borong – kini sebagai hab komuniti dan gaya hidup moden yang hidup siang dan malam di Klang.