Melihat rutin harian persekolahan anak-anak berusia tujuh hingga 12 tahun kadang kala menimbulkan rasa kasihan di hati ibu ayah bilamana di waktu pagi bersekolah kebangsaan dan di waktu petang belajar ilmu fardhu ain di sekolah agama/KAFA.
Pun begitu, sebelum kita sebagai ibu ayah melihat dari sudut ‘penat’ adalah lebih baik baik pertimbangkan perkara yang lebih penting. Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang ibu ini yang menyarankan agar ibu ayah di luar sana tidak perlulah rasa kasihan/manjakan anak dengan tidak menghantar anak ke sekolah KAFA.
Ikuti perkongsiannya ini dan semoga dapat memberi kefahaman tentang pentingnya menghantar anak ke sekolah KAFA untuk yang masih tertanya-tanya berkenaan hal ini.
Boleh tak kalau tak hantar anak ke KAFA (sekolah agama petang)
KESIAN anak PENAT, balik Sek Keb pukul 1 tengahari.. Pukul 2.30 petang dah kena ada di KAFA sehingga jam 5.45 petang..
Bila MASA anak nak REHAT, buat kerja sekolah dan lain-lain.
Ads
Tak payah nak KESIAN (manjakan) anak..
Sebaliknya, KESIANkan diri kita sebagai Ibu Bapa, jika kita MENINGGAL kelak..Anak kita JAHIL ilmu Agama..
Tak kenal 20 SIFAT WAJIB Allah..
Tak tahu BERIMAN kepada Hari Kiamat, Qada’ & Qadar
Tak tahu 7 jenis air MUTLAK.
Silibus KAFA pun tak berat mana..Buku Teks pun nipis je.
Anak bawa beg kecik/ringan je pergi KAFA..
Jangan risaukan ‘BATERI’ anak. Kalau pemakanan mereka betul, memang tahan lama ‘bateri’ mereka, tak mudah penat atau mengantuk.
Macam mana pula dengan bayaran/YURAN?
Anak ramai, nak sediakan keperluan Sek Keb, lepas tu KAFA lagi..
Pengalaman saya, PENDAFTARAN KAFA dalam RM 100-200 seorang anak, untuk BUKU dan yuran..Bulanan hanya RM 20.
Teringat kata-kata seorang Ustaz dalam kuliahnya..
JANGAN BERKIRA nak hantar anak belajar ILMU AGAMA..
Orang kita, sanggup hantar anak tuisyen berpuluh/beratus RM..
Tapi hantar KAFA RM 20 sebulan, atau upah Guru Mengaji 2 angka sebulan.
Kita rasa BERAT sangat. Kita niatkan DUIT kita hantar anak belajar agama sebagai JIHAD.
Mudah-mudahan, Allah permudahkan/permurahkan REZEKI kita.
Ads
Saya bukan USTAZAH..
Saya tak pernah (tak sempat) sekolah KAFA..
Saya tak banyak ilmu agama..
Maka, saya nak anak-anak saya bukan sahaja dapat ILMU DUNIA.. tapi juga ILMU AKHIRAT yang mungkin saya sendiri tak boleh bagi..
Sekian perkongsian untuk yang pernah tertanya atau sedang buat keputusan nak masukkan anak ke KAFA.
Ads
Gambar: Masukkan Aiman ke KAFA bermula Darjah 2. (Darjah 1 belum hantar sebab dalam proses pindah rumah)
Pernikahan adalah tentang cinta, tentang persahabatan, tentang kesabaran dan tentang kehidupan. Pasangan lelaki dan wanita diciptakan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Kecintaan dan kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar di bibir sebaliknya kena dari hati yang ikhlas dan jujur selain mendapat keredaan Yang Maha Esa.
Menjejaki titian kasih pasangan Prof Dr Muhaya Mohamad dan suami kesayangan, Dato Dr Azmi Jamion yang membina mahligai cinta tatkala masing-masing masih bergelar pelajar nyata cukup istimewa.
“Pertama kali bertemu suami adalah pada tahun1976. Ketika itu ada Piala Perdana Menteri dan saya salah seorang ahli jawatankuasa bagi program berkenaan. Daripada situ kami mula berkenalan dan sempat bermain ping pong bersama. Waktu itu, kami sudah mula suka antara satu sama lain. Sebelum pulang, suami minta alamat saya untuk berhubungan. Waktu itu tiada kemudahan telefon seperti sekarang. Jadi kami berhubung melalui surat.
“Setiap minggu kami saling mengutus surat sehinggalah pada tahun 1979 saya tinggal di asrama di Pantai Baru manakala suami pula di Jalan Raja Muda. Kebetulan teman serumah saya, Dr Wan Sapiah seorang yang agak alim orangnya. Dia yang bagi cadangan supaya saya dan suami bernikah awal. Daripada berjumpa selalu baik kami nikah. Katanya berjumpa tanpa ada ikatan nanti berdosa, saya pun terfikir betul juga apa yang kawan saya cakap .
“Walaupun tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang tetapi kami selalu berjumpa, makan bersama dan belajar bersama. Itu juga dikira berdosa. Akhirnya kami memilih untuk berkahwin kerana mahu mendapat keredhaan Allah dan mengelak maksiat. Waktu itu saya dalam tahun kedua dalam bidang perubatan.
“Tetapi saya bimbang penerimaan keluarga dengan keputusan tersebut. Waktu nak telefon ayah, saya jadi was-was. Tetapi tak sangka lepas cakap, ayah setuju dan tak tahu kenapa ayah saya boleh bersetuju. Mungkin juga ayah saya orang yang beragama dan dia tahu itu juga satu benda baik. Cuma ayah minta kami nikah gantung dan tidak duduk bersama supaya saya tidak mengandung kerana takut susah nak belajar.
Jimat kongsi makan dan minum berdua
“Istimewanya ikatan pernikahan ini bukan sekadar mengelakkan maksiat, sebaliknya selepas berkahwin saya masih mampu mengekalkan momentum dan muncul pelajar terbaik. Itulah berkatnya apabila berkahwin tanpa ada maksiat. Selepas berkahwin, kami bebas ke sana ke mari dan boleh membonceng motosikal suami untuk ke kelas, belajar di perpustakaan sampai tengah malam kerana ada suami sebagai peneman.
“Bukan itu sahaja, apabila bergelar suami isteri kami boleh berjimat. Kalau pergi makan, mesti kami kongsi lauk dan order satu teh ais sahaja. Disebabkan duit pun tak ada sangat masa itu.
“Jika saya penat dan sebagainya, suami akan bawa tengok wayang dengan menaiki motosikal. Memang hidup saya sangat gembira dan selalu saya cakap pada kawan takutnya jika Allah tarik balik nikmat yang saya peroleh ketika itu. Tetapi kawan saya cakap jika kita bersyukur insyaAllah, Allah akan kekalkan nikmat tersebut. Jujurnya, banyak kegembiraan yang saya peroleh berbanding cabaran ketika itu.
Tunjuk perangai sebenar
“Dulu saya kenal suami umur 17 tahun dan dia cinta pertama saya. Saya rasa cinta kami sangat asli dan jujurnya sebelum berkahwin perangai saya tidak elok. Saya garang, suka marah, suka merajuk tetapi selepas kahwin suami puji perangai saya lebih baik dari sebelum ini (sebelum berkahwin). Ini semua sebab hukum Islam yang mana lepas kahwin kena taat pada suami. Pendek kata, sebelum kahwin saya tunjukkan perangai tidak elok, tetapi selepas kahwin saya berubah untuk menjadi lebih baik. Pada saya lebih baik kita tunjukkan perangai sebenar sebelum kahwin. Tidak ada kepura-puraan sebelum itu.
“Pada saya keikhlasan sangat penting dan yang keduanya, agama dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Bukan sama ada terdesak atau sebab sayang. Kita mesti kahwin kerana Allah dan mahu mendapat redhaNya. Macam saya sendiri, saya kahwin kerana mahu mengelakkan maksiat kerana mahu menjaga Agama dan bukan sebab nafsu atau suka. Tetapi lebih kepada menjaga Agama. Itulah keberkatannya.
“Jadi untuk pasangan di luar sana yang sedang belajar, apa-apa yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan berkahwin kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia sebab manusia boleh hilang tetapi Allah sentiasa ada. Apabila kita mendapat cinta Allah maka kita akan mendapat cinta manusia. Ketaatan dan ketakwaan itu sangat penting. Justeru, kita kena tahu tujuan berkahwin.
“Jika kita kahwin untuk bahagia memang takkan bahagia kerana hanya orang yang bahagia sahaja boleh bahagiakan orang lain. Kerana itu, kita kena betulkan dalaman terlebih dahulu iaitu fikiran dan emosi mesti positif dan kena tanam dalam diri bahawa agama adalah segala-galanya,” ulas Prof Muhaya yang turut menerima dan menggalakkan anak-anaknya berkahwin awal ketika masih belajar.
Solat berjemaah
Akui Prof Muhaya, ada anaknya yang berkahwin ketika berada pada tahun akhir pengajian dan baginya, wanita yang baik itu cepat berkahwin, murah mas kahwinnya dan banyak anaknya.
“ Itu saya selalu tekankan dan wanita yang paling bertuah dan bahagia adalah wanita yang memiliki suami yang sangat baik, beriman. Apabila lelaki sedemikian yang datang meminang anak saya maka saya akan terima tanpa memberi alasan belajar sebagai halangan kerana belajar bukan segala-galanya. Yang penting jodoh yang baik, waktu yang baik dan jauh daripada maksiat.
“Benda penting adalah belajar dan selalu solat berjemaah dengan suami, minta suami doakan kita. Suami sangat tekankan solat dan agama kena jaga kerana itu yang memberi kebahagiaan ialah Allah dan jika kita menjaga agama maka Allah akan menjaga .Asas dalam sesebuah perkahwinan bukan melihat pada apa yang kita ada tetapi kepada sikap kita kepada apa yang kita ada.
Rumah besar, kereta besar, duit yang banyak bukanlah gambaran kebahagiaan. Biar rumah yang kecil, namun syukur dengan apa yang ada. Itulah asas dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Sumber: Majalah Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan hos terkenal, Mira Filzah berkongsi ucapan istimewa serta gambar bersempena hari lahir ibu nya baru-baru ini mengundang perhatian ramai.
Menerusi ucapannya, isteri kesayangan Wan Emir menitipkan doa dan harapan semoga ibunya diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga tersayang.
‘A mother is always a mother. She never stops worrying about her children, even when they are all grownup and have children of their own.’
Happy Birthday Mak. ❤️ Semoga Allah SWT panjangkan umur mak, beri mak kesihatan yg baik, murahkan rezeki mak dan beri mak kebahagiaan Dunia Akhirat.
Lebih menyentuh hati, Mira turut berkongsi beberapa gambar dan video kenangan ketika ibunya menemaninya saat melahirkan anaknya, Wan Khair Emir.
Reaksi dan momen yang cukup indah bila mana pertama kali ibu bapa nya bersua muka dengn cucu mereka.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Ada yang suka melihat reaksi ibu dan bapa Mira ketika pertama kali melihat wajah cucu mereka.
Bahkan video ibu Mira mendukung cucu sambil mengaji nampak begitu sweet, momen antara nenek dan cucu.
Lufya hantar anak perempuan belajar taekwondo sebab selalu kena buli. Berasa marah apabila anak perempuannya menjadi mangsa buli di sekolah, pelakon dan penyanyi Lufya mengambil keputusan untuk mendaftarkan anaknya ke kelas taekwondo.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 40, mendedahkan bahawa anaknya, Laana Haura, 8, sering mengadu dipukul oleh rakan sekolah.
“Saya mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Sebelum ini, saya sudah ke sekolah dan berjumpa dengan ibu bapa seorang pelajar lelaki yang telah menendang serta menumbuk Haura.
“Namun, setiap kali pulang dari sekolah, dia tetap mengadu perkara yang sama. Pelajar yang sama masih mengganggunya.
“Saya juga telah bertemu dengan ibu pelajar berkenaan, dan dia telah meminta maaf walaupun cara penerimaannya kurang meyakinkan. Tapi saya terima juga. Malangnya, kejadian tersebut terus berulang.
“Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mendaftarkan Haura ke kelas taekwondo. Kalau selepas ini anak saya yang lembut dan manja ini bertindak balas, tanggunglah akibatnya,” tulisnya.
Bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu juga berharap tiada ibu bapa yang akan membuat aduan sekiranya Haura terpaksa mempertahankan diri daripada dibuli selepas ini.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.