
Siapa sahaja yang tidak berasa geli apabila ternampak cicak yang tiba-tiba menempel di dinding rumah! Lebih malang lagi apabila tiba-tiba jatuh dari syiling rumah. Mahu ada yang terpekik satu rumah!
Kehadiran cicak ini menggangu sehingga ada yang sanggup memasang perangkap untuk hapus kaloni ini.
Jika dahulu biasanya kita guna gam kasut atau gam gajah yang menjadi pilihan perangkap cicak. Kini ada cara yang mudah dan murah.
Menerusi perkongsian oleh Muhammad Sanusi ada penyelesiannya yang boleh jadi panduan.
Beliau hanya menggunakan tip mudah dan murah iaitu hanya kotak & double sided tape. Kos anggaran hanya RM2.00 ajer.
Hanya guna kotak & double sided tape.
Semalam jadi tukang tangkap cicak. Boring-boring lockdown, kita DIY perangkap cicak drpd kotak & double sided tape.
Ini caranya:
Bahan & alat; keratan kotak & double sided tape saiz lebar, gunting
Umpan: nasi & cebisan ikan bilis (ada cadangan umpan yg lebih efektif utk cicak?)
Kos: lebih kurang RM2.
Letak perangkap di lokasi yg biasa jadi tempat cicak berkeliaran.
Hasil tangkapan dalam 2 gambar terakhir.
Potong kotak ikut size yg sesuai & mudah nak letak di lokasi

Double sided tape lagi lebar lagi bagus. Beli kat Mrdiy murah.. RM2 lebih

Dapat siapkan 8 set

Umpan nasi & ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pulak.

Letak umpan kat tengah2 perangkap

Antara lokasi yg biasa cicak dijumpai

Hasil tangkapan malam pertama

Sumber: Muhammad Sanusi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Popia Simpul Untuk Mama, Gantung Di Pintu Pagar Setelah Tempuh Perjalanan 700Km. Sedih Perkongsian Dr Ni & Ramai Sebak!

Ramai antara kita kini menanggung kerinduan yang berat terhadap ibu ayah yang berada di kampung setelah sekian lama tidak dapat berjumpa. Bukan sahaja kerana jarak menjadi pemisah malah situasi semasa jangkitan Covid-19 yang semakin serius menjadikan kita perlu reda dan kekal patuh dengan SOP yang ditetapkan demi menjaga keselamatan orang tua di kampung.
Berkongsi kisah tentang ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Ahmad Zakimi Abdullah, sanggup tidak bertemu dengan ibu ayah walau telah berada di kampung halaman. Bukan caranya untuk dia dapat singgah dan bertemu orang tua yang begitu dirindui dengan pelepasan yang diberikan.
Sungguh walau kerinduan bersarang di hati, namun demi menjaga keselamatan orang yang paling disayangi, dr ini hanya melihat dari kejauhan sekadar menyampaikan kiriman Popia Simpul untuk mama.
Perkongsian ini mendapat perhatian warganet dan ramai yang tumpang bersedih dan bangga dengan apa yang dilakukan oleh seorang frontliner ini.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Zakimi Abdullah.
Popia Simpul Untuk Mama
Dua hari lepas aku ke Kelantan dari Johor Bahru atas urusan penting. Aku dapat surat kebenaran rentas negeri dari polis atas satu tujuan itu sahaja. Aku pastikan minyak kereta penuh bertujuan untuk tak singgah mana-mana stesen minyak untuk memastikan tiada langsung kontak sepanjang perjalanan.
Aku bertolak pukul 8 pagi kemudian tiba di Kelantan pukul 4 petang. Aku rehat di rumah sendiri semalaman sementara tunggu keesokan pagi untuk tujuan seperti diminta kebenaran rentas negeri.
Aku bawa satu bekas popia simpul yang dipesan oleh isteri untuk diberikan pada mama. Dalam perjalanan itu aku hanya memandang botol tu.
“Abang, nanti berikan pada mama kalu abang singgah. Gantung saja kat pagar rumah mama,” pesan isteri – bermain-main ditelinga.
Hati aku meronta-ronta mengenangkan mama dan abah yang jaraknya kurang 1 kilometer dari tempat aku. Nak jumpa orang tua tak boleh memandangkan tujuan rentas negeri atas urusan penting lain. Aku tak mahu ambil kesempatan dengan cara menipu.
Lagipun SOP keluarga kami perlu ‘self-quarantine’ 10 hari dan ‘swab test’ mesti negative baru boleh jumpa mama dan abah. Abah baru habis kemoterapi 3rd cycle dan mama pula berisiko tinggi dengan pelbagai co-morbid walaupun mama sudah mengambil dos pertama vaksin.
Mereka perlu dikuarantin di rumah supaya tiada langsung kontak dengan sesiapa. Lalu, pagi sebelum aku pulang ke Johor, hati aku sangat resah. Semalaman tak dapat lelapkan mata. Ya, terasa mama dan abah sangat dekat. Rumah mama hanya dalam perjalanan ke tempat urusan aku.
Aku pergi juga depan rumah dan hanya memandang kearah rumah mama. Nak lepaskan rindu setelah memandu 700km pergi dan 700km balik dalam tempoh masa 33 jam yang ada.

Aku berhentikan kereta depan pagar, lalu aku gantungkan popia simpul di pagar depan rumah. Kebetulan adik aku ada dihalaman rumah, dia ternampak dan ambil popia simpul tu.
Kebetulan juga aku ternampak kelibat abah.

“Abah! Abah! Adik mie nak balik JB dah! Lambai tangan skit abah!” Teriakku dari jarak sangat jauh.

Lantas aku naik kereta dan tak semena-mena mataku berkaca. Aku terus menangis dan air mata bercucuran. Aku rindu peluk cium abah dan mama. Aku bukan anak derhaka kerana tak mampu jumpa mereka walaupun aku seorang anak yang nakal dan tak dengar cakap orang tua. Ini adalah atas permintaan mereka.
“Jangan balik jumpa abah dan mama buat masa ni. Telefon saja ya.” Itu pesan mereka dan persetujuan semua adik beradik. Aku tak mahu bawa jangkitan COVID-19 kepada mereka walaupun aku sendiri adalah frontliner, aku berkelengkapan PPE penuh semasa menjalankan tugas. Lagipun aku sudah menerima 2 dos vaksin.
Aku menangis sepanjang perjalanan kerana tak tertahan lagi. Ya, aku lakukan ini demi putuskan rantaian COVID-19.
Lihat saja sekarang. Ada agamawan rentas negeri atas tujuan undangan, lalu singgah ke tempat untuk tujuan lain. Ada selebriti meLangkawi negeri, ada artis meNilai apa yang nak dibeli, kenduri kendara dan majlis ramai-ramai dikatakan penting takyah cakap.
Kalian tengoklah kereta dijalanan atau highway sekarang. Ramai-ramai ni nak bawa balik COVID-19 new variant beraya dikampung ke? Aku merayu sekali lagi, patuhlah SOP. Mari kita sama-sama putuskan rantaian COVID-19.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata tersentuh hati dan berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Dr ini dan mengharapkan agar semua antara kita faham dan patuh SOP yang ditetapkan untuk memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

Sumber : Dr Zek
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terlalu Kurus Pun Tak Elok Juga, Terutama Kanak-kanak. Ada Doktor Ni Kongsi Resipi Aiskrim Malaysia Untuk Naikkan Berat Badan!

Lazimnya bila berat badan bertambah, seseorang itu akan berusaha untuk mencari menu atau resipi terbaik untuk berdiet. Namun buat mereka yang mengalami masalah kurang berat badan, apa pula menu yang sesuai untuk diamalkan?
Mungkin bagi orang dewasa tidak begitu merunsingkan berbanding jika anak-anak kita. Ini memandangkan pertambahan berat badan sangat penting dengan usia anak-anak bagi memastikan proses tumbesaran mereka berlaku normal.
Untuk itu, melalui perkongsian Suriati Sidik yang juga merupakan seorang ibu terpanggil untuk berkongsi resipi aiskrim sebagaimana yang disarankan oleh doktor anaknya. Memandangkan kanak-kanak suka aiskrim dan ini juga salah satu cara untuk memancing selera mereka. Jom semak apa ramuannya.
Ais krim Malaysia yg sihat
“Resepi ni dari doctor pakar yg observe perkembangan anak saya untuk meningkatkn berat badan ank Jadi kalau ada yg nk naikkan berat badan anak2 ataupun nk bg pemakanan sihat anak2 boleh cuba resepi ni..sangat sedap ?..orang tua pun bole.”-Suriati Sidik
Bahan-bahan:

Susu segar
Pisang
Kurma
Susu manis
Cara penyediaan :
- Blend semua bahan sampai hancur.
- Masukkan ke dalam sarung aiskrim dan bekukan.
Ekstra info :
Saya buat 2 rasa…yg gelap tu sy tambah milo. Sukatan ikut suka. Kalau yg tak nak buat aiskrim pun boleh. Buat minuman hari2 pun boleh, buat air susu segar+kurma+pisang .
sumber : Suriati Sidik via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Rasa Tenang Jiwa Amalkan Cara Ni.” Tekanan Punca Hilang Arah, Datuk Dr Hamid Arshat Kongsi 11 Tip Atasi. Raih Perhatian Warganet.

Sesiapa sahaja dalam kehidupan ini tidak dapat lari daripada tekanan dipersekitarannya. Ia lumrah yang mesti ditempuhi.
Namun, jika tidak dapat mengawalnya, ia memberi impak kepada diri sendiri. Oleh itu, terdapat segelintir kes akibat tertekan sanggup mencederakan diri, malah ada sehingga meragut nyawa!
Hidup ini singat, kita seharunya menikmati! Usah jadikan ia bebanan hingga mengganggu hidup anda.
Sebagaimana perkongsian pakar sakit puan dan perbidanan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat menarik untuk kita amalkan.
Sebanyak 11 tip gaya hidup positif dan sihat mesti kita lakukan agar dapat tangani tekanan dengan mudah. Tak perlu jumpa pakar pun, lakukan sendiri aje!
11 TIP KAWAL TEKANAN
Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizika)l merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar ( stroke ).
Saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stress
- TAWAKKAL. Saya sentiasa berdoa kpd Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh.
Saya tawakkal kpd Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.
- REDHA. Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya.
Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya.
Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
- SABAR. Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya.
Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
- TAHAN MARAH. Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu2 lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan horn dan lain2, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah.
Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya dirumah dikalangan Keluarga dan ditempat kerja.
Tahan marah, tinggalkan Dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5.MEMAAF. Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, samaada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit2.
- TIDAK DENDAM. Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
- Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang.
Panadol bertindak membuka saluran2 darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ2 lain akibat stress.
Ramai takut nak makan panadol atau lain2 pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
- Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur2, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
- Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
- DEEP BREATHING. Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan2. Ulang2 untuk 5 minit. Saya lakukan bila2 masa dan dimana2 tempat bila rasa stress dan tidak selesai.
- SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA. Amalkan caragaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain2. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan2 tersebut. insha’Allah,kita bolih kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan bolih terus berkhidmat kpd ugama dan bangsa. Aamin.
WARGANET KONGSI KISAH BENAR

Dalam pada itu rata-rata warganet teruja dengan tip dan ada yang berkongsi kisah hidup hingga memberi tekanan pada diri. Antaranya.
“Saya pun mengalaminya sis..sampai sy buat ecg jantung sis.. sabarla sis..asalkan apa yg kita buat berlandaskan agama,insyaAllah..niatlah bekerja kerana mencr rezki membantu kluarga..takde kawan ramai kat tmpt kerja takpe..asal ade sorg 2 yg betul2 berkualiti..5bln sebelum ni mmg sy serabut dlm kerja. Smpai terbawa2 ke rumah..sy pikir balik..sy kena rawat jiwa sy..ape yg sy buat sis..sy cari kelas mengaji..bergaul dgn makcik2..tukar resepi..cerita pasal anak..pasal cucu..balik keje je pegi klas ngaji..hilang stress..
“Tq doc…mmbaca tips2 dpd doc mmberi panduan kpd saya utk cuba ubah gaya hidup dn pendirian saya.tp saya akui agak sedikit shj yg boleh tp pelan2 akn saya cuba seiring dgn prtambhan umur.
“Tq doctor…saya hari2 stress..bkn stress tmpt kerja tp stress kt rumah..kdng2 stress sgt2 sampai fikir nk buat bnda pelik2..saya dah kahwin n tnggal sekali dgn mak..mcm2 mslh la tnggal sekali dgn org tua..srba srbi xkena..dh cuba untuk kwl tp xblh..saya prbnyakan solat,brdoa,membaca alquran n berzikir..tenang skjp..bila dk sorg2 msti stress lg..hati xtenang..sakit kepala tu smpai mlm2 xdpt tidur..kalau lh saya dpt ikut semua nasihat doc kn best.
Sumber: Dr Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


