Hari-hari mesti nak fikir menu apa yang sedap dan mudah untuk dimasak dan dimakan bersama keluarga. Menu ayam atau ikan sememangnya sudah menjadi kebiasaan.
Haa apa kata anda cuba menu kerang masak sambal serai ini. Resipi yang dikongsikan oleh farah_hanani_azalan ini sangatlah mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Lauk ini juga bukan setakat sedap dimakan bersama nasi panas, malah boleh diratah begitu saja.
Nak buat puding roti ni ada pelbagai cara dan petua. Cara nak buat pun mudah. Jika ada bercadang untuk membuat puding apa kata cuba resipi puan Yatie Eimra yang bukan sahaja hanya guna 4 bahan je tetapi sedap bila dijamah. Jom cuba!
MUDAHNYA BUAT PUDING ROTI NI
Sekarang ni tengok orang buat puding roti letak macam² bahan & makan dengan kos kastard la, sos vanila la.. Tapi tekak saya tetap suka puding roti versi kampung² aje macam mana yang mak ajarkan masa zaman sekolah² dulu.. Selain makan waktu minum petang, kekadang tu kitorang makan puding roti ni untuk breakfast gak. Sebab tu tak suka yang fancy² bagai..
Guna 4 je bahan wajib. Rendam roti dalam air, bila dah lembut lenyek² sikit lepas tu masukkan telur (dibuang pusatnya), gaul² sekata. Masukkan susu pekat. Kalau nak lebih sedap & rasa lemak berkrim, boleh gak tambahkan susu cair.. Nak letek esen vanila pun boleh, taknak pun takpe sebab dah buang pusat tadi. Kukus. Dah siap nak makan terus boleh, makan sejuk pun sedap.. Tapi yang ni saya tabur serbuk kayu manis sikit sebab memang suka.. Hehee.. Ada ke yang suka puding roti plain/versi kampung camni?
Update:
Ni saya bagi resipi/tip sekali kot ada yang nak cuba. Orang² tua dulu ajar bagi tip je..mane bagi sukatan yang tepat, tapi sebabkan saya risau hasilnya tak sama, jadi bila mak ajarkan tu..saya sukat sesiap airnya.. Ekeke.. So, insyaAllah setiap kali buat, hasilnya tak mengecewakan
Tip dari mak saya
⭐Roti = Boleh gunakan roti sandwich putih atau yang sandwich coklat/berperisa. Kalau guna roti yang manis, kurangkan susu pekat ye. Kalau guna roti wholemeal lak, kena lebihkan air sebab roti ni serap air lebih banyak.
⭐Telur = Sebiji telur saiz A untuk setiap 2 keping roti atau 2 biji telur saiz C untuk setiap 3 keping roti.
⭐ Air = 50 ml untuk setiap sekeping roti (yang ni saya sukat masa belajar buat time kecik² dulu) Boleh kurangkan separuh sukatan air jika nak guna susu cair. Contohnya jika buat 4 keping = 100 ml air, 100 ml susu cair (½ cawan teh air, ½ cawan teh susu cair). Kalau nak guna susu segar, sukatan tetap 50ml untuk setiap sekeping roti.
⭐ Susu pekat = 1–1½ sudu makan bagi setiap sekeping roti. Saya tak kuat manis, pada saya 1 sudu makan ni manisnya just nice. Tapi kalau suka yang manis, boleh ler tambah lagi..
Ok, ni resipi yang saya buat ni lak.
Puding Roti Versi Kampung
======================
Bahan²
4 keping roti
100 ml air (kalau taknak tambah susu cair, guna 200ml air atau 200ml susu segar/1 cawan)
100 ml susu cair* (xpayah letak ni kalau guna susu segar)
2 biji telur A
4 sudu susu pekat manis
Cara²
1. Rendam roti dalam air & susu cair.
2. Bila roti dah lembut, lenyekkan
3. Masukkan telur. Gaul sekata.
4. Tambah susu pekat. Gaul sebati.
5. Sebelum masukkan adunan dalam bekas, lengser dengan marjerin/mentega pada bekas supaya hasil kuih cantik bila dikeluarkan.
6. Kukus api sederhana besar (jangan besar sangat, nanti permukaan puding telur tu menggelembung²) selama 25-30 minit.
7. Kalau suka boleh tabur serbuk kayu manis.
*Untuk versi bakar, suhu 180°c bakar 25–30 minit atau sehingga masak. (oven saya kecik & cepat panas, saya gunakan suhu 170°c jer..
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sambal goreng memang ‘kena’ dengan tekak orang Malaysia. Sesuai dijadikan pembuka selera untuk makan dengan nasi, bubur, roti atau apa saja. Boleh juga buat penyedap rasa bagi mereka yang sukakan menu yang pedas.
Jadi, apa kata kita cuba sambal bilis garing ini. Hidangan yang ringkas tapi pasti membuka selera dari air tangan puan Suhaila Mohd Yusoff
Sambal bilis garing Resepi pada gambar 😊 Qty sy agk2 Ikan bilis basuh dan toskan. Letak sos tu sos tomato. Gula bnyk sikit nk lawan masin bilis n bg thn lama..(ni terpulang pada citarasa masing2 ye) Sambal dan ikan bilis dua2 kena sejuk baru gaul utk maintain rangup🥰
Bagi warga negeri Perak, laksa mee Pangkor merupakan hidangan yang cukup popular terutama di Pangkor, Lumut, Pantai Remis dan sekitarnya. Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa laksa mee Pangkor.
Bagi orang Perak yang rindu nak makan laksa mee Pangkor, jom kita masak laksa mee Pangkor mengikut resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin ini. Memang puas hati bila masak sendiri. Nak tunggu balik kampung lambat lagi jadi kita buat sendiri, boleh makan ulang-ulang.
RESIPI LAKSA MEE PANGKOR
BAHAN-BAHAN A:
2 ikat laksa mee Pangkor*
BAHAN-BAHAN B (Kuah):
10-12 ekor ikan kembung/termenung – saiz sederhana
3 keping asam gelugur
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya (sekitar 1.5 liter)
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
BAHAN-BAHAN C (Sambal):
500 gram udang saiz sederhana- bersihkan
10-15 tangkai cili kering – rebus & kisar
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
1/2 inci belacan
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN D (Sayur):
200gram kacang panjang – hiris kecil (refer gambar)
3 ulas bawang putih -ketuk & cincang kasar
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Celur laksa mee macam celur laksa atau mi kemudian toskan.
2. Untuk kuah; rebus semua bahan B hingga ikan empuk. Perisikan ikan (kisar tulang ikan dan tapis, ambil airnya). Isi ikan boleh dikisar halus atau kisar kasar. Boleh juga biarkan ikan rebus seeekor begitu. Tuang air rebusan ikan, air kisaran tulang ikan dan isi ikan kembali ke dalam periuk. Didihkan hingga menggelegak. Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (untuk balancekan rasa). Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak dalam kuali, goreng bawang merah dan putih hingga perang (jangan sampai terlalu garing), kemudian tuang semuanya dalam kuali sup ikan tadi. Tutup api, tabur cincangan daun sup dan daun bawang.
3. Untuk sambal; panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah hingga perang. Masukkan cili kisar lalu tumis hingga masak. Masukkan bawang putih (bawang putih akan hancur sendiri), asam gelugur dan udang. Tumis hingga semua bahan masak sempurna. Tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Untuk sayur: panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan garam secukupnya. Kacau sebentar dan tutup api. Tak perlu tumis lama kerana kita nakkan kacang itu masih ada rasa rangup.
5. Untuk menghidang; letak sedikit laksa mee dalam mangkuk. Tuang kuah berserta isi ikan, sayur kacang dan sambal udang. Nikmati ketika kuah masih panas.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...