Jangan buat main bila hilang tupperware. Boleh buat gaduh atau kena marah berhari-hari. Maklumlah jenama legend ni memang kegemaran mak-mak.
Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang Mahasiswa di negara jiran, Indonesia baru-baru ini. Beliau telah kehilangan botol ‘Tupperware’ milik ibunya didakwa ketika menyertai sebuah demonstrasi dinegaranya. Bimbang dimarahi ibu, tidak pulang ke rumah.
Situasi ini kelihatan lucu, tapi tidak bagi mahasiswa ini.
Menerusi ciapan di twitter @DraftAnakUnpad pada Jumaat lalu pada 9 oktober, situasi ini dikongsikan supaya netizen membantu mencari botol tupperware berwarna ungu.
– teman-teman yang kemarin aksi di bandung kalau nemu botol tupperware ungu di bagian bawahnya ada inisial RZ kapital tolong kasih tau. Kasian sepupu aku gaberani plg :(((( pic.twitter.com/qsP33yUMPd
Merujuk kepada ciapan itu, mahasiswa berkenaan memberitahu sepupunya berada di rumah kawannya namun bertanya jika mempunyai botol yang sama untuk dipinjam.
Katanya, nak balik rumah takut.
Tapi sepupunya menegurnya demostrasi dan virus tak takut, tapi hilang tupperware terus panik sampai tak balik rumah.
Hati yang tenang itulah akan memberikan kehidupan lebih bahagia. Segala masalah semua dapat diatasi dengan sabar. Biarlah segala masalah datang menimpa, tetap kita harungi dengan tenang.
Semua ini terpancar hasil daripada cahaya nur daripada amal ibadah. Ia termasuk solat taubat. Segala ibadah termasuk solat taubat adalah solat sunat yang digalakkan dilakukan sepertiga malam. Rahsianya, jika kerap dilakukan, hati kita akan tenang dan damai.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, bahawa hati akan rasa lapang setelah ibadah solat taubat dilakukan selalu. Beliau juga berkongsi bacaan solat taubat. Moga kita semua muhasabah diri.
SOLAT TAUBAT.
Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tanak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.
Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.
CARA SOLAT TAUBAT
Bersihkan diri. Amek wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.
Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.
“La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..
Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah…
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.. Bila berdo’a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita.
BERDOALAH SEPENUH HATI
Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat
Kredit: Nuremyliya Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini.
JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.
“Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit permohonan MyKid namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN (www.jpn.gov.my) sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang dipilih,” menurut kenyataan itu.
Menurut JPN, tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai hingga 31 Oktober tahun ini.
“Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
“Kerjasama pemohon diperlukan bagi memastikan MyKid dicetak akan dituntut oleh pemohon dan sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan kerajaan,” menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.
Media sebelum ini melaporkan pengeluaran MyKid bagi bayi baru lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kadang kala ada segelintir mak-mak ni pantang nampak rumah sepah sana sini. Ada yang ada yang kena marah. Maklumlah anak-anak sedang membesar, memang huru-hara rumah.
Jika sebelum kahwin dan ada anak, rumah memang kemas terutama mak-mak jenis perfectionist. Barang-barang rumah ‘terletak’ kemas di raknya. Namun bila dah ada anak sebaliknya.
Itu adalah antara perkara yang anak-anak sering buat ibu ayah sehingga ada susah hati hingga stress. Ada juga yang lasak atau nakal. Bagi yang lalui fasa ini usah stress sangat, takut nanti susah hati ‘makan’ diri pula.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim ini. Mak-mak tak perlu nak terlalu sempurna untuk anak-anak. Biarkan mereka membesar mengikut perkembangannya, kita sebagai ibu bapa beri panduan yang betul. Jika salah tegur tetapi jangan terlalu mendesak. Selebihnya kita berdoa dan tawakal.
Jangan la perfectionist sangat ye! 1 – Tak apa anak suka buat sepah sepah rumah, itu tandanya dia aktif dan sihat. Ini la peluang nak didik budaya mengemas, lepas buat sepah ajak anak kemas sekali. 2 – Tak apa anak makan tertumpah tumpah, jangan marah selalu sangat, patut kita puji dia dan galakkan lagi dia berdikari begitu. Boleh makan sendiri tu tanda dia dah pandai berdikari tau. 3 – Tak apa anak lasak lasak sedikit, usah jerit atau tengking suruh dia duduk diam. Layankan sahaja sebab anak yang sentiasa aktif ni bagus untuk tumbesaran otak dia. Bakal ada growth mindset nanti tu.
4 – Tak apa anak tak mahu ikut arahan, jangan cepat tersinggung. Nak jadi ibu ayah hati tak boleh tisu, kena kental. Anak yang susah ikut arahan ni selalunya ada Strong Will, rahsia orang berjaya tu tau. 5 – Tak apa anak lambat sikit belajar, usah stress sangat. Proses tarbiah memang akan makan masa sikit, sebab tarbiah yang berkesan menusuk ke dalam hati dan jiwa bukan setakat lekat di akal je. Jangan biarkan sikap nak perfect kita tu buat kita jadi keras hati dan buta hati dalam mendidik anak anak. Serius. Kalau sikap nak perfect ni hilang comfirm kita akan jadi susah nak stress, susah nak marah marah dan susah giler nak menjerit.
Airit Rayyan Rizqin berjaya mencipta rekod baharu acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026, sekali gus membanggakan ibunya, Rita Rudaini.