Buah & Daun Limau Purut Bantu Kembalikan Kesegaran Tubuh, Campurkan Dengan Air Mandian

Buah dan daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut juga membantu menyingkirkan toksin dari badan dengan baik. Bertindak sebagai antibakteria, limau purut membantu mengatasi masalah bau badan.

Letih dan lesu. Itulah yang sering dirasakan selepas seharian sibuk bekerja. Tubuh rasa letih dan tidak bermaya. Sampai sahaja di rumah kalau boleh hendak terus tidur sahaja. Apa kata cuba mandi dengan air buah dan daun limau purut supaya tubuh berasa kembali segar.

Cara penyediaannya mandian limau purut sangat mudah. Selain buah limau purut, daunnya juga sesuai untuk dijadikan mandian bagi melegakan tubuh yang keletihan. Hasilnya tubuh kembali sengar dan bertenaga jika diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau bila perlu.

Buah & Daun Limau Purut Bantu Kembalikan Kesegaran Tubuh, Campurkan Dengan Air Mandian

CARA-CARA MANDIAN MENGGUNAKAN BUAH DAN DAUN LIMAU PURUT: 

1. Ambil 10 helai daun limau purut. Hiriskan halus-halus.

2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4.

3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam.

4. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.

5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.

6. Ratakan ke seluruh badan terutamanya bahagian kepala dan rambut.

IKLAN

7. Air mandian ini akan membantu membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.

Buah & Daun Limau Purut Bantu Kembalikan Kesegaran Tubuh, Campurkan Dengan Air Mandian

INFO TENTANG BUAH LIMAU PURUT:

1. Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix yang bermaksud ‘Landak’ dalam bahasa Greek kerana batang dan rantingnya yang berduri.

2. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris.

3. Pokok limau purut boleh tumbuh di negara kita dengan subur jika dijaga dengan baik iaitu sehingga 30 meter tinggi.

4. Ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya.

IKLAN

5. Tanaman limau purut memerlukan kawasan lapang yang mendapat cahaya matahari penuh tanpa lindungan.

6. Limau purut dapat tumbuh dengan subur pada suhu 25 darjah celcius hingga 30 darjah celcius namun limau purut juga dapat tumbuh dengan subur pada tahap suhu yang lebih tinggi iaitu sehingga 38 darjah celcius.

7. Jenis tanah yang sesuai untuk tanaman limau purut ialah tanah 10 meter dan 10 meter berpasir dengan peratusan liat 7 hingga 27 peratus, debu (silt) 25 hingga 50 peratus dan pasir kurang daripada 50 peratus.

Buah & Daun Limau Purut Bantu Kembalikan Kesegaran Tubuh, Campurkan Dengan Air Mandian
Kredit foto: Pixabay

8. Jenis-jenis tanah andosol dan latosol sangat sesuai untuk penanaman limau purut.

9. Limau purut dapat tumbuh dengan baik pada pH tanah 5.5 hingga 6.5 dan pH optimum 6.0.

10. Kawasan yang sesuai untuk tanaman limau purut juga mesti mempunyai aras air bawah tanah pada kedalaman 150 hingga 200 sentimeter.

IKLAN

11.Tanaman limau purut juga memerlukan saliran yang baik dengan aras air sekitar 50 sentimeter dari permukaan tanah pada musim hujan.

12. Daun limau purut mempunyai bentuk tersendiri dengan tangkai daun (petiole) bersayap yang memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung. Bahagian daun ini seakan nombor ‘8’ dan berwarna hijau muda bagi daun dibahagian pucuk dan menjadi hijau gelap apabila tua.

13. Minyak pati limau purut yang mempunyai sifat-sifat antiseptik, astringen dan antibakteria membolehkannya digunakan dalam produk untuk merawat luka, lebam dan sengatan serangga berbisa.

14. Minyak pati limau purut yang dicampurkan ke dalam minyak urut pula dapat memberikan kesegaran dan merangsang perjalanan darah yang lancar pada kulit.

15. Penggunaan pati limau purut dalam air mandian terapeutik dan minyak urut juga dapat membersihkan kulit.

Sumber: Siti Aminah  Kredit foto (top image): Pixabay

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI