Kasut sekolah anak antara kelengkapan utama yang sentiasa mak ayah kisahkan. Maklumlah stok kasut sekolah tidaklah banyak seperti baju. Biasanya setiap anak hanya memiliki kasut sekolah sepasang atau dua pasangan sahaja setiap orang.

Jadi setiap kali musim hujan melanda mak-mak la paling pening kerana nak memikirkan bagaimana nak keringkan kasut dengan pantas. Jadi tiadalah alasan anak tak mahu ke sekolah.

Kalau ada bajet lebih, bolehlah mak ayah belikan yang baru, sebagai persediaan kalau hari hujan. Jika bajet tak berapa nak memberangsangkan mak ayah boleh usahakan 6 cara pantas ini untuk keringkan kasut. Memang menjadi!

Letak Atas Enjin Kereta
Selepas kasut disental bersih, keringkan betul-betul daripada titisan airnya dan biarkan sekejap di dalam bilik air. Sementara itu mak ayah boleh mula hidupkan enjin kereta dan panaskan sekejap.

Buka bonet enjin hadapan dan letakkan kasut yang sudah dikeringkan. Haba dan kepanasan enjin kereta sangat-sangatlah membantu. Walau tak kering lama tetapi kasut cepat kering dengan bantuan haba ini.

Bawah Peti Ais
Langkah ini wajib semua mak ayah gunakan. Lepas basuh kasut bersih, letakkan di bawah peti ais dan biarkan semalaman. Kalau di bawah peti tak ada ruang, letakkan sahaja di bahagian belakangnya. Haba dan kepanasannya sangat membantu.

Keringkan Dalam Mesin Basuh
Guna pengering mesin basuh dan biarkan kasut dikering daripada airnya. Set mesin supaya di keringkan lebih lama daripada biasa. Kemudian letakkanlah di tepi tingkap atau kawasan berangin supaya kasut lebih cepat kering.

IKLAN

Gantung Bawah Kipas
Selepas kasut dibasuh bersih, masukkan ke dalam mesin basuh dan setkan pengering. Kemudian gantung kasut dan letakkan betul-betul di bahagian bawah kipas angin. Biarkan semalaman. Esoknya pasti kasut anak kering.

Surat Khabar Dalam Kasut
Ini salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk membantu kasut anak kering dengan pantas. Ambil surat khabar dan gumpalkan menjadi bola kecil. Masukkan
ke dalam kasut dan biarkan surat khabar ini menyerap air dengan pantas. Keraplah bertukar bola surat khabar ini hingga kasut kering.

Guna Kain 

IKLAN

Selain kertas surat khabar, lakukan langkah yang sama dengan bebola ini dengan menggunakan kain kapas. Gumpal kain sebesar bola kemudian sumbat ke dalam
kasut sekolah anak anda. Hasilnya air akan lebih cepat diserap dan kasut lebih cepat kering.

Buat sekarang!