Pernah tak berhadapan dengan situasi pokok jiran masuk ke ruangan rumah kita sehinggakan sebilangan hasil pokok pun masuk ke kawasan yang sama? Waktu tu kita pun keliru boleh ke tidak kalau nak makan hasil tersebut.
jabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menerangkan hukum mengambil buah yang menjalar memasuki kawasan rumah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
Soalan:
Sebahagian dahan pokok jiran saya telah tumbuh melepasi pagar rumah saya. Soalannya, adakah diharuskan untuk saya mengambil buah yang gugur ke dalam halaman rumah saya, atau yang masih ada pada pohon tersebut?
Ringkasan Jawapan:
Hukum asal mengambil atau memakan buah yang ada pada dahan pokok milik orang lain yang menjalar ke kawasan rumah kita, atau yang telah gugur daripada dahannya dan jatuh ke halaman rumah ialah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain. Namun ada pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan kita mengambilnya.
Akan tetapi berasaskan kepada sifat warak, adalah disyorkan agar kita tidak mengambil dan memakannya kecuali keizinan telah diberikan oleh pemiliknya secara langsung dan jelas. Hal ini bagi menjaga diri daripada memakan harta yang tidak halal dan menjaga kerukunan hidup berjiran.
Huraian Jawapan:
Hukum asal mengambil atau memakan buah yang ada pada dahan pokok milik orang lain yang menjalar atau tumbuh membesar ke kawasan rumah kita, atau yang telah gugur daripada dahannya dan jatuh ke halaman rumah kita adalah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain. Ini termasuk dalam kategori memakan harta orang lain secara batil yang telah diharamkan oleh Allah SWT seperti dalam firman-Nya:
Maksudnya: Jika dahan pokok miliknya menjalar ke pokok milik orang lain, buah yang ada pada dahan itu merupakan milik pemiliknya, meskipun dahan itu masuk ke kawasan orang lain.
Maksudnya, jika seseorang itu mempunyai sebatang pokok yang dahannya menjalar hingga mengena pokok orang lain, buah yang ada pada pokok yang menjalar itu tetap menjadi hak pemiliknya, meskipun ia mengena pokok orang lain.
Namun para ulama memberikan pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan barangnya untuk diambil. Perkara ini dinyatakan oleh Sheikh Qalyubi:
Maksudnya: “Diharamkan memungut buah-buahan yang gugur jika pokoknya dipagari/dibuat kepung dan jika jatuhnya di dalam kawasan berdinding. Begitu juga (diharamkan) jika buah pokok itu (meskipun) tidak dikepung/dipagari atau jatuhnya di luar kawasan berdinding tetapi tidak menjadi adat (masyarakat setempat) yang membenarkan buah itu diambil.”
Akan tetapi berasaskan kepada sifat warak dan lebih berhati-hati, adalah disyorkan agar kita tidak mengambil dan memakannya kecuali keizinan telah diberikan oleh pemiliknya secara langsung dan jelas. Hal ini bagi menjaga diri daripada memakan harta yang tidak halal dan menjaga kerukunan hidup berjiran.
Kesimpulan
Hukum asal mengambil atau memakan buah yang ada pada dahan pokok milik orang lain yang menjalar ke kawasan rumah kita, atau yang telah gugur daripada dahannya dan jatuh ke halaman rumah kita ialah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain. Namun ada pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan kita mengambilnya, dan adat setempat diamalkan bahawa pemilik pohon mengizinkan hal yang demikian. Tetapi sebaiknya kita mengamalkan sikap warak dan berhati-hati dalam mengambil hak orang lain serta menjaga adab hidup berjiran, dengan mendapatkan keizinan secara yakin dan pasti terlebih dahulu.
Selalunya wanita pasti akan taksub menjaga kecantikan diri lebih-lebih lagi di bahagian wajah namun jangan terkejut jika melihat lelaki sekarang kulitnya lebih glowing dan fresh.
Melihat wajah Dr Che Hafiz, pasti anda akan terpana melihat kulitnya yang cantik dan bersih.
Berkongsi mengenai perawatan dalam menjaga kecantikan kulit wajah, Dr Che Muhammad Hafiz yang merupakan bekas doktor perubatan di hospital kerajaan mengakui hatinya sentiasa tertarik kepada dunia kecantikan dan estetik.
Berkongsi menganai rutin yang dilakukannya, Dr Che Hafiz mengatakan pemilihan pembersih muka yang tepat adalah salah satu keutamaan selain penggunaan pelembab wajah.
“Apabila meningkat usia, kulit wajah kita akan semakin kering. ianya memerlukan hidrasi. Jika ianya berpanjangan, ia akan menjadi faktor tumbuhnya jeragat.”
“Asasnya apabila mahu keluar, pakai sunscreen atau sunblock. Untuk rutin yang lengkap, anda harus ada pembersih, pelembab, toner dan juga sunscreen. Jadikan ia sebagai rutin, anda pasti akan melihat hasilnya.
Dr Che Hafiz turut memberikan tips untuk menjaga kesihatan kulit lebih-lebih lagi yang sudahpun berusia 35 tahun ke atas.
“Ramai yang leka dengan perubahan pada kulit wajah. Ada yang merasakan ianya bukan satu keutamaan sehinggalah apabila jeragat mula muncul dan menjadi teruk, barulah mahu bertindak.”
“Jika anda berada dalam situasi ini, berkemungkinan rawatan yang diperlukan adalah seperti laser.”
Merupakan pengasas kepada Regalion Clinic yang beroperasi di Kota Damansara adalah sebuah klinik yang fokus pada rawatan estetika. Klinik ini menyediakan kemudahan kecantikan yang moden dan dilengkapi dengan teknologi terkini.
Bilik rawatan yang selesa dan bersih mewujudkan persekitaran nyaman dan hangat, Regalion Clinic juga menawarkan pelbagai perkhidmatan diagnostik menggunakan peralatan canggih, memastikan diagnosis yang tepat dan rawatan yang sesuai.
Mengakui bahawa beliau sendiri rasa gembira dan puas melihat perubahan pada kulit wajah setiap pesakit yang hadir ke kliniknya itu. Malah beliau berasa bangga dapat berkongsi ilmu dalam bidang kecantikan kepada setiap pesakitnya.
Ada pesakit yang hadir kerana buntu dalam mencari rawatan kulit wajah yang dihadapinya. Apa yang saya lakukan adalah analisis terlebih dahulu masalah yang dihadapi sebelum mencadangkan sebarang rawatan.
“Sebenarnya keberkesanan ataupun sesuatu rawatan itu bukan terletak pada suatu teknologi, tetapi pada doktor itu sebenarnya. Kemahiran, ilmu formulasi, dan pengalaman doktor itulah yang menjadi faktor utama.
“Kalau mesin-mesin pun mahal sampai 1 juta pun, tapi kalau doktor tu tak pandai nak betul-betul guna mesin itu, hasilnya tetap tidak akan memuaskan.”
Berikut adalah tip kecantikan daripada Dr. Che Hafiz yang boleh membantu anda mencapai kecantikan dari dalam dan luar: 1. Sentiasa Menjaga Kebersihan Kulit
Elakkan menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia keras yang boleh merosakkan kulit.
2. Pemakanan Yang Sihat dan Seimbang
Menekankan kepentingan pemakanan yang sihat dan seimbang seperti makan makanan yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral untuk menyokong kesihatan kulit dan badan secara keseluruhan.
3. Memilih Produk Penjagaan Kulit Yang Tepat
Gunakan produk yang mengandungi bahan semula jadi dan berfungsi dengan baik untuk kulit anda. Sentiasa beri perhatian kepada keperluan khas kulit anda, seperti kelembapan, perlindungan matahari, dan sebagainya.
4. Sentiasa Menjalankan Pemeriksaan Kesihatan Kulit
Kesihatan kulit bukan sahaja tentang kecantikan tetapi juga tentang pengesanan awal akan masalah kulit.
5. Senaman
Melancarkan peredaran darah sekali gus membantu menghilangkan toksin dan memberikan keserian pada kulit.
6. Dapatkan Rehat yang Cukup
Dr. Che Hafiz menekankan kepentingan mendapat rehat yang cukup untuk memberi masa tubuh pulih dan menjana semula sel kulit.
7. Berunding dengan Pakar Kesihatan Kulit
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sisi romantis seorang suami cukup terserlah tatkala melihat figura agamawan ini dalam melayani isteri juga terserlah. Tidak menyembunyikan rasa sayang dan kasih buat bidadari tercintanya.
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal bin Don Biyajid sering memperlihatkan karekter suami yang penyayang dan aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan anak-anaknya.
Setiap kali menyambut hari istimewa, pasti ada sahaja titipan mesra dan kasih sayang khusus buat bidadari syurganya itu.
Terbaru, Ustaz Don dan Dr Husna menyambut ulang tahun ke-9 perkahwinan mereka. Selain berkongsi doa buat rumahtangga dan kebahagian, Ustaz Don turut menitipkan nasihat buat suami isteri di luar sana khususnya pasangan baru atau muda dalam melayari bahtera rumahtangga.
Akhirnya, berjaya jugak nak boh post ni. That’s one for the keeper. Sekadar bukti kita sempat #hidup di 2021 waktu #pandemic . Kan 💕Dinda💕 @husnazahry kan?
Kepada pasangan baru atau muda, satu perkara yang saya belajaq dalam rumahtangga ni ialah, “𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶”.
Tak dak istilah terlambat atau tak terer. Kita suami isteri dua dua tak terer. Jadi, sama-sama kena jadi terer. Ingat, kaki kanan tak akan boleh lari lebih laju dari kaki kiri. Kena lari sama-sama.
Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di Akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti Para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Ini doa yang saya teringin nak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah #ampunilah andai aku ada #menggurishati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan depa ataih ku.
Selalu kalau masak sesuatu yang ada kerak, nak menunggu kerak tu kembang dek rendam dengan air memang lambat lah! Kalau nak tonyoh dengan besi basuh pinggan tu pula, rosak plus sakit tangan dibuatnya.
Alamatnya, kena lah cari cara lain kan? Haaa apa kata cuba cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok ini, nampak macam senang je caranya. Yang pasti tak perlu tunggu lama nak basuh kuali nanti. Jom cuba!
Dah tak payah menyakitkan tangan menyental kuali. Jamin kilat ✨ 😍 Siapa pakai nonstick tu silakan.. ni untuk kuali kampung ye 🙈
1. Letak air ikut berapa banyak kerak yang ada.
2. Letak 1 sudu besar serbuk sabun baju.
3. Nyalakan api dan biarkan ia merebus.
4. Selepas beberapa minit, tapiskan air tersebut. Anda akan lihat kerak yang banyak telah hilang dan hanya tinggal sedikit sisa kerak itu.
5. Cuci macam biasa menggunakan span basuh pinggan dan kuali anda kelihatan berkilat seperti baru dibeli.
Mudah sajakan. Jadi lepas ni tak payah pening-pening untuk hilangkan kerak tersebut. Selamat mencuba.