Beli buah banyak-banyak, dengan harapan anak-anak nak makan lah! Ni tak, selagi kita yang beli ni yang tak kupas, selagi tu la tak di pandangnya buah tu. Kan tak pasal kecut buahnya, tinggal nak busuk je tidak diusik!
Dari buang je membazir, cuaca pula sekejap panas ni, jom lah kita olah sikit bagi menarik time nak makan nanti jadikan bingsu resipi dari Bella Shabudin ni! Anak dari yang jeling je buah tu tadi terus berebut nak makan! Jom cuba!
RESEPI BINGSU MANGGA PENYEJUK TEKAK
Selain dari ais kacang, kini bingsu juga menjadi pilihan warga Malaysia sebagai pencuci mulut. Hari ni bella nak kongsi resepi mudah untuk menyediakan bingsu mangga.
Bunga kantan selain kita biasa akan gunakan dalam menyediakan menu asam pedas mahu pun laksa di bulan puasa ini, anda juga boleh sediakan menu yang tidak kurang enaknya dan mudah disediakan dengan menggunakan bunga kantan tersebut.
Menu yang dimaksudkan ialah Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan. Mungkin ada yang belum pernah mencuba rasa menu ini. Pun begitu percayalah sekali buat pasti memenuhi selera anda seisi keluarga hingga mampu membuatkan makan bertambah.
Begitu juga bila anda sediakan Sambal Kering Bunga Kantan yang dikongsikan oleh NorAsidah Ishak ini apabila bunga kantan tersebut digoreng garing dan dijadikan sambal, nyata memberi rasa yang cukup enak. Menariknya juga menu nan satu ini boleh disimpan lama di dalam bekas untuk memudahkan dimakan pada bila-bila masa.
Jadi usah tunggu lagi, alang-alang jika bunga kantan tersedia di dalam peti sejuk apa kata hari ini kita sediakan kedua-dua menu ini.
Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan
Bahan bahan :
Ikan bilis yang digoreng garing
1 bunga kantan hiris nipis
1 Serai dihiris nipis
3 ulas bawang merah dipotong dadu
1 biji tomato dibuang bijinya dipotong dadu
3 cili api dipotong nipis
2 biji perahan air limau kasturi
Gula secukup rasa
Cara Buat:
Gaul semua bahan sebati kemudian masukkan ikan bilis garing, gaul lagi.
Siap untuk dimakan
Kreadit : Heliza Mokhtar
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Ini pula resipi Sambal Kering Bunga Kantan yang dikongsikan oleh NorAsidah Ishak.
Petai kalau beli waktu musim, boleh dapat murah harganya. Kalau tak kena musim, waduh mahal bebenor!
Dah alang-alang nak musim ni, boleh la beli banyak-banyak petai kalau dapat yang murah. Ehh bukan nak suruh bagi habis semua dalam satu masa tau! Kami nak ajar cara buat frozen cara Puan Ummi Syuhada. So kalau tiba-tiba craving petai tak adalah nak kena pergi cari beli yang mahal. Kan? Jom tengok caranya..
INI CARA SIMPAN PETAI YANG DAH BERTAHUN SUPAYA KEKAL FRESH
Petai tahun lepas, beli tahun 2021. Masih sedap rangup krup krap.
Cara frozenkan:
– Rebus dengan 1 sd besar garam, 1 sd kecik gula. Rebus sekadar petai tukar warna.
– Tuang air rebusan, bilas, rendam kejap dgn ais batu & toskan dalam tapis.
– Dah betul-betul sejuk baru masuk dalam plastik atau bekas.
Cara saya simpan:
– Letak separuh dekat freezer. Boleh tahan berbulan-bulan.
– Separuh dekat chiller. Kalau tengah kemaruk petai sesuai la letak dekat chiller. Hari-hari nak petai.
Ini petai tahun lepas. Pada 17.5.2022 buntu nak masak apa, teringat ada petai frozen. Terus bawa keluar bilas dengan air paip dulu untuk hilangkan kesan-kesan ais yang melekat lepastu baru rendam air suam.
Bila nak hidang gunting la keliling petai baru nampak comel. Sesuai petai muda & petai padi. Gunting comel kalau nak hidang kat suami, mak mertua, family, jiran.
Pasangan sehati sejiwa. Sambal udang dan telur dadar. Dah tinggal 1 keping baru ambil gambar.
Petai jeruk. Sesuai petai muda atau tua. Petai padi atau papan. Anggaran 5 papan petai. Rebus sikit sampai kulit tukar warna. Picit keluar petai, bilas buang lendir, tos dalam tapis, biarkan sejuk.
Sediakan air panas anggaran tenggelam petai. Tambah 1 sd besar garam, 1 sd kecik gula, 1 sd kecik cuka. Gaul sampai larut. Biar air sejuk dulu. Petai pun dah betul-betul sejuk. Baru campur, biar 2 hari pada suhu bilik. Baru masuk peti ais.
Petai mentah frozen. Kupas 2 atau sebijik-sebijik buang kulit dalam. Letak atas tudung periuk, sejukkan dalam freezer sampai macam dalam gmbr.
Bila pegang dia dah boleh bergolek & tak melekat antara 1 sama lain. Masuk dalam bekas buh semula dalam freezer. Nak guna nanti ambik secukupnya baru basuh. Selamat mencuba.
Cara frozenkan petai berkulit macam ni, kena hiris siap-siap baru celur & bekukan. Sama juga step asal. Atau boleh cuba yang cara petai mentah tu. Susah nak potong bila dah frozen, jadi licin bila potong, hirisan tak cantik, terkeluar isi dgn kulit.
Petai frozen masih sesuai dibuat petai bakar. Bilas buang ais, rendam air suam. Lap bagi kering pastu susun je dekat dapur gas petik api kejap, alih bawah pulak. Siap petai bakar.
Wah, setiap minggu boleh makan petai la nampak gayanya.
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.