Ketika berdepan dengan masalah ekonomi yang melanda akibat kesan daripada Covid19 juga beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ada di Malaysia. Selagi Malaysia tidak mencapai imuniti kelompok, selagi itulah negara kita ini akan terkesan.

Apa yang pasti hidup perlu diteruskan walau ramai yang diberhentikan, pendapatan berkurangan sehingga 80% dan dalam keadaan yang sukar seperti ini pun, anda sebenarnya masih boleh menjana pendapatan sama ada secara sampingan ataupun sebagai sumber pendapatan utama.

Ada beberapa idea yang mungkin perlukan sedikit masa untuk betul-betul menampakkan hasil, ada juga yang anda boleh lakukan terus. Apapun, boleh lihat beberapa idea yang boleh membantu anda untuk tambah pendapatan anda sekarang.

 

Jadi Penjual Di Shopee

Nak jadi penjual di Shopee ataupun Lazada ni tak susah. Saya pasti anda mempunyai akaun Shopee kan? Anda boleh gunakan akaun yang sama untuk menjual. Cuma kalau untuk menjual anda kenalah ambil tahu produk apa yang nak jual, shipping method Shopee dan lain-lain lagi.

Mungkin anda akan bertanya, nak jual apa di Shopee? Boleh mula dengan barangan terpakai di rumah anda. Ataupun kalau ada modal tu, boleh pergi beli barangan di laman web dari China seperti Alibaba (https://www.alibaba.com/) dan cuba jual di Malaysia.

Kalau anda mempunyai minat tertentu seperi memancing, memasak, bayblade dan lain-lain hobi, tiada masalah untuk menjual pelbagai barangan tersebut di Shopee ataupun Lazada.

Mula Melabur Saham

Walaupun disebabkan Covid19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bursa saham tetap buka seperti biasa. Urusan jual dan beli saham semuanya dikendalikan secara online sahaja. Ya, anda boleh melabur dalam saham di Malaysia dan saya rekemen anda labur saham yang patuh syariah (https://smartinvest101.com/saham-patuh-syariah/). Ada lebih kurang 1000 lebih kaunter saham yang ada di Malaysia ini dan lebih 70% adalah kaunter yang patuh syariah.

IKLAN

Pelaburan saham memang merupakan satu jenis pelaburan yang berisiko tinggi, tetapi mengikut pengalaman saya sendiri sebagai seorang pelabur saham, apa yang pelabur perlu lakukan adalah untuk mengurangkan risiko pelaburan. Macam mana nak kurangkan risiko pelaburan? Adalah dengan menggunakan teknik Teknikal Analisis dan Fundemantal Analisis.

Pelaburan saham memerlukan satu tempoh pembelajaran dan kebiasannya perlukan dalam tempoh lebih kurang 1 tahun. Jika anda tidak mempunyai waktu seperti itu, jangan risau, ada banyak lagi idea lain yang membolehkan anda untuk tambah pendapatan anda.

Perniagaan Dropship Jual Tudung

Buat Duit Paling Mudah & Cepat Di Musim PKP, Lelaki Ni Kongsi Cara & Tips Boleh Cuba!

Perniagaan ataupun business model Dropship ini adalah satu model perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar. Kenapa? Sebab tidak perlu simpan barang, penghantaran pun tak perlu, yang perlu difikirkan adalah macam mana cara nak buat jualan ataupun fokus kepada strategi pemasaran.

Tudung adalah antara cara cabang perniagaan yang popular kerana sekarang sudah ramai muslimah yang bekerja dan permintaan untuk tudung ini sangat tinggi. Selain daripada tudung, produk lain pun tiada masalah asalkan anda biasa dengan produk tersebut.

Macam mana nak berdaftar sebagai agen dropship? Cara paling mudah adalah anda pergi ke Facebook, di ruangan carian boleh taip, Dropship Tudung dan filter by group. Di sini anda akan nampak group yang memang mencari agen dropship. Anda boleh masuk ke dalam group seperti ini dan dapatkan info lanjut.

IKLAN

Jadi Rider

Buat Duit Paling Mudah & Cepat Di Musim PKP, Lelaki Ni Kongsi Cara & Tips Boleh Cuba!

Nak pendapatan yang lebih cepat, boleh cuba memohon sebagai “rider”. Syarikat seperti Foodpanda, GrabFood ataupun syarikat penghantaran makanan ini memang memerlukan “rider” untuk perniagaan mereka. Anda boleh cuba memohon untuk menjadi “rider” tersebut di laman web ataupun boleh “walk in” ke pejabat mereka yang terdekat.

Selain daripada syarikat penghantaran makanan ini, anda pun boleh cuba memohon untuk menjadi “rider” di syarikat penghantaran barang seperti J&T, Shopee Express dan lain-lain. Tawaran sentiasa terbuka dan yang lebih penting adalah usaha.

Jadi Youtuber

Semasa PKP 1.0, ramai nama-nama besar Youtuber mula meningkat naik. Tahukah anda yang anda pun boleh menjadi seorang Youtuber. Nak mula pun tidak susah yang penting adalah anda perlu pilih topik berkaitan dengan Youtube Channel anda. Topik berkaitan dengan kewangan, kekeluargaan, kereta, memancing, memasak dan banyak lagi. Setiap topik seperti ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

IKLAN

Anda minat nak jadi Youtuber, boleh terus bermula sekarang. Cadangan saya pilih topik yang anda memang mempunyai minat dan labur untuk tools penting seperti mikrofon dan lain-lain.

Business Makanan Delivery

Buat Duit Paling Mudah & Cepat Di Musim PKP, Lelaki Ni Kongsi Cara & Tips Boleh Cuba!

Anda buat perniagaan makanan dari rumah. Kenapa dari rumah? Sebab tak perlu bayar kos yang tinggi untuk sewa kedai. Ada macam-macam makanan yang anda boleh jual daripada sphegeti, sushi, nasi ayam, nasi beriani, satay dan lain-lain. Anda minat memasak, anda boleh masak makanan ini dan pada masa yang sama pun boleh cuba buat Youtube Channel berkaitan dengan masakan.

Ini adalah antara beberapa idea untuk anda tambah pendapatan semasa PKP. Mana tahu daripada idea ini, membolehkan anda untuk menjadikan idea ini satu pendapatan utama.

Apapun, semoga berjaya, disebalik kesusahan insyaAllah ada kesenangan.

Sumber :  Mohd Fais

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI