Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang boleh diungkapkan buat keluarga yang terselamat dari kemalangan dengan sebuah lori kontena.

Insiden yang berlaku sabtu lalu katanya melibatkan sebuah keluarga yang menaiki sebuah motosikal.

Melihat anak terpelanting dari pelukannya  membuatkan Wan Emilia Emishah Mohd Zulkifli, 24 menguatkan diri merangkak mendapatkannya.

” Ajal maut di tangan Tuhan. Alhamdulillah kami terselamat walaupun terpelanting sejauh kira-kira 50 meter dan nyaris terpelosok di bawah tayar lori tersebut. Waktu kejadian, saya bersama suami, Muhammad Suffean Hashim dan anak tunggal kami, Muammad Dhuha Suffean dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Sebenarnya kami baharu balik dari bank, hari tu, kami lalu jalan lain. Saya dah tanya dekat suami kenapa lalu jalan tu, dia hanya jawab ‘tak pelah’.

“Tengok Kesan Kejadian, Tak Sangka Kami Masih Hidup.” Sempat Tarik Anak Dari Digilis Lori, Ibu Muda Ini Kongsi Tragedi Menjelang Aidilfitri.

Dhuha bersama bapa dan ibunya selepas kejadian.

“Ketika masuk jalan tu, saya dah nampak sebuah lori kontena laju di belakang kami. Jadi saya bagitau suami ada lori laju. Belum pun suami pandang ke belakang, motosikal kami dah terpelanting.

“Motosikal kami tercampak dan saya rasa badan melayang. Dalam masa sama anak masih dalam pelukan. Tetapi ketika badan berguling-guling anak saya terlepas dari pelukan,” jelasnya berkongsi kepada mStar.

IKLAN

Wan Emilia memberitahu, dia kuatkan semangat untuk merangkak mendapatkan anaknya yang hampir berada di tayar lori itu.

“Lori sempat berhenti namun, tayar belakang kelihatan sedikit bergerak. Saya kuatkan semangat apabila mendengar anak menangis dan matanya pandang ke arah saya.

“Dengan kudrat yang ada saya terus tarik dia. Nasib baik saya cepat tarik kerana badannya begitu hampir dengan tayar lori. Sebab itu muka dia melecet teruk.

“Tengok Kesan Kejadian, Tak Sangka Kami Masih Hidup.” Sempat Tarik Anak Dari Digilis Lori, Ibu Muda Ini Kongsi Tragedi Menjelang Aidilfitri.

IKLAN
Keadaan motosikal Suffean rosak sepenuhnya.

“Sebaik sahaja dia selamat dalam dakapan saya, baharulah saya pergi tengok keadaan suami ,” ujarnya yang masih terkejut dengan insiden itu.

Jelas Wan Emilia, dia bersyukur kerana suami dan anaknya tidak mengalami kecederaan serius.

“Kami mengalami luka-luka dan tidak ditahan di wad. Cuma anak, Dhuha dimasukkan ke hospital kerana luka di mukanya yang memerlukan pemeriksaan lanjut.

“Alhamdullilah tidak ada apa-apa kecederaan dalaman kesan daripada kemalangan itu, selepas dua hari di wad dia dah boleh keluar,” jelasnya.

IKLAN

Mengenai sambutan raya tahun ini, Wan Emilia memberitahu sebenarnya dia memang tidak terasa terlalu teruja untuk meraikan 1 Syawal.

“Sebelum keluar rumah tu, saya dan suami ada bertengkar sedikit mengenai persiapan raya memandangkan kami berdua agak sibuk. Saya berniaga, manakala suami pula bekerja sebagai anggota polis trafik.

“Tengok Kesan Kejadian, Tak Sangka Kami Masih Hidup.” Sempat Tarik Anak Dari Digilis Lori, Ibu Muda Ini Kongsi Tragedi Menjelang Aidilfitri.
Dhuha terpaksa ditahan di hospital selama beberapa hari.

“Tetapi apabila berlaku kemalangan ngeri ini, kami berdua merasakan sangat bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk mengharungi hidup dengan lebih baik,” tambahnya.

Dalam pada itu, Wan Emilia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua termasuk keluarga, sanak saudara, kawan-kawan dan kenalan di Facebook yang tidak putus-putus bertanyakan khabar.

“Kalau tengok kesan kejadian, memang semua tak sangka kami masih hidup. Tetapi itulah, semuanya urusan Allah.

“Dan kami pun tidak mahu memanjangkan kes ini kerana semuanya selamat. Saya memaafkan pemandu lori itu. Tiada yang lebih baik daripada melihat suami dan anak selamat,” katanya hanya menyambut lebaran dalam keadaan sederhana sahaja.

Sumber: Mstar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI