Lain anak lain ragamnya. Jika dulu dengan anak perempuan semuanya kelihatan tenang ketika menyusu, namun tidak dengan bayi lelaki.
Inilah yang dilalui oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang berkongsi kisah anak keduanya, Aali Mateen yang cukup kuat minum susu.
Bahkan kata Ayda lagi, berbanding bayi lain, Aali Mateen minum sekitar empat hingga enam auns setiap kali minum sebelum tidur kekeyangan.
“Dulu masa dengan Nayla, bila dia minum susu sekejap je dah tidur. Anak lelaki ni, tak berhenti-henti. Bila nak kenyang dik,” katanya berseloroh.
Ads
Malah melalui perkongsian Ayda di Insta Story, setiap kali anak keduanya, Aali Mateen bangun, dia akan minum susu empat hingga enam oz dan kemudiannya tidur semula.
Malah Ayda juga bimbang stok perahan susu buat anak keduanya tidak mencukupi memandangkan anaknya cukup kuat minum susu.
Ayda bagaimana pun tetap menyusu secara terus demi membuatkan anaknya kenyang sebelum tidur semula.
Ads
Paling menarik perhatian pastinya gaya ibu anak dua ini berkongsi cerita mengenai kisah Aali Mateen yang kuat minum susu.
Ayda kelihatan ceria dan begitu bersemangat untuk meneruskan penyusuannya. Sudah semestinya dipuji ramai kerana terus berusaha untuk terus menyusukan anak lelakinya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap pendakwah selebriti, Da’i Syed kerana merogol wanita berusia 23 tahun lima tahun lalu.
Memetik Harian Metro, suasana pilu menyelubungi Mahkamah Sesyen Shah Alam tengah hari tadi selepas hukuman dijatuhkan terhadap pendakwah itu.
Lebih pilu lagi, Da’i Syed juga sempat bertemu dengan anak sulungnya yang berusia 16 hari sebelum di bawa ke Penjara Kajang.
Da’i Syed yang datang bersendirian dilihat tenang pada mulanya namun sebaik prosiding berlangsung dan Hakim Norazlin Othman mensabitkan dia bersalah, pendakwah itu dilihat menangis di kandang tertuduh.
Sejam kemudian, isteri Syed Shah Iqmal, Nurulhana Ismail yang sedang berpantang anak pertama tiba di mahkamah dan berjumpa suaminya.
Hana yang berada di galeri awam dilihat menangis manakala Syed Shah Iqmal menangis teresak-esak di kandang tertuduh.
Kelihatan ahli keluarga lain membawa anak mereka yang berusia 16 hari untuk berjumpa pendakwah itu di mahkamah sebelum dihantar ke penjara Kajang.
Hana reda ujian, minta doakan terus kuat
Dalam hantaran di Instagram Story, Hana menyatakan dia reda malah menganggap ujian itu sebagai nikmat kecil kehidupan yang perlu dilaluinya bersama keluarga kecil yang dibina.
Dia juga turut memohon doa orang ramai untuk dia terus kuat berdepan takdir berkenaan.
“Alhamdulillah untuk segala nikmat yang sudah diberikan buat keluarga kecil kami.
“Di hari Jumaat penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan daripada kalian.
“Salam sayang daripada Baba Nour (Syed), Ummi Nour (Hana) dan Nour (anak),”tulisnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri kepada Allahyarham Mohd Firdaus atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif, Farah Ahmad mencetus rasa sebak apabila berkongsi foto masakan ikan terakhir dari hasil pancingan suaminya itu.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut pelakon itu, Pitt berhasrat untuk menyuruh Farah memasak ikan kenerak hasil tangkapannya dan memberitahu perkara itu kepada rakan yang dikenali sebagai Aiman.
Kenapa En Firdaus Xpercaya ker? Farah berjaya masak ikan KENERAK yang awak last mancing sebelum hari kejadian.Aiman dah tunaikan hasrat awak.
Di hari kejadian Ketika sampai Sham kawan Pitt yang selamat bgth Pitt ada simpan ikan nak bawak KL suruh Farah masak. 28hb Aiman kawan Pitt yg sewakan boat whatsapp.
Dia punya minta Maaf x dpt jaga keselamatan Arwah sb sepatutnya dia pergi sama tapi dia demam. Aiman text, sehari sebelum Arwah xde Arwah ada dapat ikan, hajat dia nak bawak balik suruh akak masak. Arwah cakap
.
“ Kerinting aku terror masak la man. Apa masakan pun kerinting aku boleh masak lah man. Aku nak suruh kerinting masak tempoyak ikan ni Man kompom padu Man !
Allah…
Awak, Farah tahu awak dah xde. Dan xde makna kalau Farah minta Maaf tp Farah tahu awak xpernah xmaafkan org selalu apa jadi awak sejenis xamik port. Yer lah lama Farah xmasak sejak awak our station dan Farah pun bz.
Tapi Farah berjaya masak tp siang je x sb ikan tu besar sangat. Selalu dapat ikan awak siangkan siap2 tinggal masuk kuali jer hehhe yg ni Farah suruh abg aluze htr kedai suruh siangkan heheh.
Farah masak gulai tempoyak dgn asam pedas sb mama awak Fauziah Nawi xmakan tempoyak. So malam ni kenduri farah ada jemput kekawan mancing awak sekali utk mereka lepas rindu.
Menyambut hari kelahiran anak yang sudah kembali ke rahmatullah seakan menjadi satu trend buat mak ayah yang menyambutnya di tanah perkuburan. Hal ini sudah semestinya mendapat perhatian dari para ulamak.
Adakah hal ini tidak menyentuh mana-mana sensitiviti dan dibolehkan? Berikut merupakan penjelasan dari Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai masalah yang semakin menular ini.
Telah sampai kepada kami satu soalan berkenaan ibu bapa yang telah membawa kek ke kubur anaknya yang sudah meninggal dunia, di samping menyanyikan lagu “Happy birthday.”
Persoalan seperti ini sentiasa berlegar dalam khalayak masyarakat sama ada dibolehkan atau tidak dan adakah termasuk dalam perbuatan yang bercanggah dengan akidah, atau ia tidak dibolehkan dalam Islam.
Untuk menjawab masalah ini dengan lebih terperinci, kami noktahkan kepada beberapa noktah. Kematian merupakan hal yang pasti berlaku kepada setiap manusia yang bernyawa.
Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”-(Surah Ali ‘Imran: 185)
Dan kita sudah tentu akan kembali kepadanya kerana kita adalah milik-Nya.
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”- (Surah al-Baqarah: 156)
Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka kewajipan kepada yang hidup adalah untuk memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan mengebumikannya di tanah perkuburan, bahkan ia menjadi fardhu kifayah kepada mereka yang masih hidup untuk melakukannya. Manakala bagi mereka yang sudah pergi meninggalkan kita, ketika itu mereka berada dalam hukum alam barzakhiyyah yang berbeza dengan alam dunia ini.
Justeru, cara untuk kita berinteraksi dengan alam barzakh atau mereka yang ada dalam alam kubur, telah diajar oleh Rasulullah SAW. Di antara adabnya ialah, mengucapkan salam kepada mereka; penghuni kubur dengan lafaz:
Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas kamu wahai penghuni kampung (kubur), daripada kalangan orang-orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami dengan izin Allah akan mengikuti kamu. Kami memohon kepada Allah kesejahteraan bagi kami dan juga kamu.”
Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas kamu, wahai penghuni kubur. Semoga Allah mengampuni kami dan juga kamu. Kamu telah mendahului kami dan kami akan menyusul.”
-Mendoakan si mati seperti mana nas doa dan salam di atas. -Sebahagian ulama mengharuskan untuk bersedekah dengan bacaan ayat al-Quran seperti yang disebutkan dalam sebahagian riwayat.
Justeru, menziarahi kubur tujuannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat dan bukannya berkenaan kehidupan mahupun kelahiran.
Berdasarkan nas di atas, kubur merupakan tempat yang luar biasa. Oleh itu, Islam menggalakkan umat islam untuk menziarahi kubur dengan tujuan untuk mengingati mati.
Kesimpulannya, kami katakan bahawa perbuatan tersebut adalah lebih baik jika ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim dan juga memberi makan kepada fakir miskin kerana manfaatnya jauh lebih besar buat dirinya, di samping memohon keampunan buatnya.
Maka, tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.
Norman Hakim berkongsi rasa syukur apabila dua anaknya, Marissa Dania dan Maria Danisha bakal menyambung pengajian ke universiti dalam bidang perniagaan.