Seperti tahu ajalnya semakin dekat, seorang suami ini memberikan catatan buat isteri dan ahli keluarganya di facebook miliknya untuk dijadikan pesanan dan ingatan akhir untuk insan yang tersayang.
“Buat isteri aku, maafkan abang kalau abang gagal membahagiakan anak-anak dan isteri… ayah dah cuba buat yang terbaik, ingat pesan dan amanah ayah… solat dan al-Quran jangan bagi depa tinggal”
Itu antara coretan terakhir pengawal keselamatan, Mohammad Hafizuddin Abdul Halim, 36, kepada isterinya Sunani Yusuf yang dimuat naik dalam Facebook (FB) miliknya dua hari sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, Khamis lalu yang dikongsikan di myMetro.
Dalam coretan itu, Allahyarham Mohammad Hafizuddin turut memohon maaf kepada ibu dan bapanya kerana tidak sempat membalas jasa mereka.
Malah, anak sulung daripada sembilan beradik turut berpesan kepada ahli keluarga supaya menjaga semua anaknya yang berusia dua hingga 13 tahun sekiranya dia sudah tiada.
Ayah Meninggal Sehari Sebelum
Lebih menyedihkan, Allahyarham yang ditidurkan juga tidak mengetahui bapanya, Abdul Halim Abdullah, 59, meninggal dunia sehari sebelum itu di hospital sama.
Adik ketiga Allahyarham, Muhammad Hafizan Abdul Halim, 32, berkata, dia dan arwah memang rapat namun terpaksa menerima kenyataan yang abangnya sudah tiada buat selama-lamanya.
Ads
“Bukan saja abang, malah sehari sebelum itu kami sekeluarga terpaksa menerima berita pemergian bapa yang meninggal dunia juga akibat Covid-19 selepas dua hari dimasukkan ke hospital.
“Kami adik beradik terpaksa menghadapi semua ini dengan tabah dan kuat selain berharap dapat menunaikan permintaan arwah abang untuk menjaga keluarganya,” katanya.
16 Hari ‘Berjuang’
Muhammad Hafizan berkata, abangnya terlebih dahulu dikesan positif dan menjalani rawatan selama 16 hari di HSAH namun kesihatannya merosot dan terpaksa ditidurkan selama dua hari.
“Selepas abang, bapa mula berasa badannya lemah dan demam namun arwah mendakwa itu berlaku kerana dia terlupa makan ubat darah tinggi dan kencing manis yang dihidapinya.
“Bagaimanapun, selepas dibawa ke hospital, dia didapati positif Covid-19 sebelum ditahan dan diberikan rawatan kecemasan,” katanya.
Menurutnya, selepas dua hari menerima rawatan bapanya meninggal dunia jam 10.42 malam Rabu disusuli abang jam 7 malam keesokannya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Anak lelaki memang terkenal dengan lasak dan aktif. Jika tak ada luka atau tanda parut memang tidak sah! Terbaharu, ajakshiro posting di instagramnya telah berkongsi cerita mengenai anak sulungnya cedera di bahagian kening setelah bergurau dengan adiknya.
Namun, pelawak terkenal ini, Ajak Shiro menyifatkan kecederaan anaknya, Mohammad Jad Thaqif sebagai salah satu situasi yang akan ditempuhi oleh anaknya yang sedang akan melalui fasa dewasa nanti.
“Proses untuk dewasa Jad…Baru nampak jantan sket ye dak? Dia begurau dgn Sheikh Had baling-baling beg sekali kena baling dengan botol minyak wangi daaa.”
Norlia Ghani buat ‘live’ TikTok kali pertama dapat sejuta tontonan. Pelakon veteran, Norlia Ghani yang kini berusia 77 tahun, semakin aktif di platform TikTok dan berjaya meraih lebih 129,000 pengikut. Beliau juga kerap membuat siaran langsung sebagai satu cara untuk berinteraksi dengan peminat.
Norlia Ghani Buat ‘Live’ TikTok Kali Pertama Dapat Sejuta Tontonan
Menariknya, siaran langsung pertama yang dilakukan oleh Norlia di TikTok mencatat tontonan yang luar biasa, iaitu sebanyak satu juta tontonan.
“Anak dan cucu saya yang ajar cara nak buat siaran langsung. Saya perhatikan bagaimana mereka lakukan dan dari situ saya belajar. Saya cuma berbual santai saja dengan peminat supaya hubungan lebih rapat. Generasi muda pun kenal saya sekarang,” katanya.
Tambah beliau, tujuan asal beliau bersiaran langsung bukanlah untuk meraih hadiah atau ‘gift’ daripada penonton kerana beliau sendiri tidak begitu arif tentang hal tersebut.
“SAYA CUMA BUAT SEBAB RAMAI YANG KATA LAMA TAK NAMPAK SAYA. BILA SAYA CUBA BUAT SIARAN LANGSUNG KALI PERTAMA, TAK SANGKA PULA DAPAT SEJUTA TONTONAN,” KATANYA.
Norlia turut mengakui ada menerima ‘gift’ daripada penonton ketika bersiaran langsung, namun perkara itu bukan keutamaannya.
“Kalau orang nak bagi, saya terima dengan terbuka. Kalau tak ada pun tak mengapa. Saya pun tak ada jadual tetap, cuma kalau ada masa lapang, terutama ketika menunggu di lokasi penggambaran, saya akan buat siaran langsung sekejap. Bukan setiap hari pun,” ujarnya.
Selain itu, beliau juga menerima tawaran untuk membuat ulasan produk dan kini menjadi duta kepada jenama susu.
“Sekarang saya buat review produk untuk satu jenama susu sebab saya dilantik sebagai duta. Banyak juga produk lain yang ajak saya buat ulasan,” katanya lagi.
Ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu turut mengakui dia tidak dapat lari daripada komen-komen nista daripada netizen yang mengaitkan usia emasnya dengan aplikasi yang dimonopoli oleh Gen Z itu.
“Biarpun ada komen-komen sinis yang mengatakan dah tua-tua pun nak main Tik Tok. Pada mama tak ada masalah.
“Kalau mama nampak komen-komen toksik sebegitu lalu depan mata, mama buat-buat tak nampak sahaja. Tak perlu balas komen mereka.
“Lagipun mama main Tik Tok bukan untuk kejar glamor. Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi,” kata yang belajar menggunakan Tik Tok daripada cucunya.
Bagaimana ibu-ibu uruskan duit raya anak? Simpan dalam ASB, Tabung Haji atau belikan anak mainan dan kelengkapan sekolahnya? Semuanya terpulang bagaimana ibu-ibu merasa pentingnya untuk anak-anak kita. Mungkin jika tidak menyimpan, ibu-ibu punya cara lain untuk adakan duit tabungan anak-anak. Soalnya bagaimana?
Cara yang dilakukan oleh ibu bernama Mcyah Joanjett ini boleh juga kita contohi. Inspirasi dan motivasi untuk ibu ayah lain di luar sana.Hidup aku tak senang. Jadi sejak aku mula mula posting kerja tahun 2015, aku terus tolak gaji ke account anak-anak. Aku tak cukup makan takpe, janji simpanan anak-anak ada.
At least kalau aku susah pun, ada duit untuk dorang sambung belajar. Aku sangat berdisiplin. Sengkek tak boleh makan sekalipun, aku takkan curi duit anak-anak. Mereka amanah aku. Jadi aku perlu jujur dengan diri sendiri.
Ramai orang bagitau aku, kau pun tak cukup makan. Lagi nak menabung untuk anak. Aku jawab ” takpe, kalau ikutkan perbelanjaan harian, duit berapa-berapa pun takkan pernah cukup”. Sebab duit ni berhantu, ada sikit tak cukup, ada banyak pun tak cukup. Jadi aku belajar punya kewangan yang sedikit harini, demi kesenangan masa depan.
Walaupun dah berenti kerja, aku tetap konsisten tiap bulan pergi masukkan duit simpanan anak anak. Ada sikit simpan sikit, ada banyak simpan banyak. Yang penting konsisten. Segala duit raya anak, duit orang sedekah kat anak, masuk sini semuanya ye. Jangan pernah guna. Nanti tak terganti?
Orang cakap lagi “bila la nak banyak duit tu kalau kumpul sikit-sikit je, sampai tua lah gamaknya menabung”. Tapi aku tetap tak kisah. Aku menabung sahaja semampu aku. Sebab aku percaya, sedikit itu lama-lama boleh jadi bukit.
Pada tahun 2018, dimana anak-anak aku baru berumur 5 tahun, 4 tahun dan 1 tahun. Tapi simpanan mereka mengalahkan orang dewasa yang lain.
Maka menabunglah. Berjimat cermat. Usah dengar kata kata orang.P/s : Point penting kat sini. Menyimpanlah. Menabunglah. Amount tu belakang cerita??. Helaian buku banyak skip. Kalau snap semua tak muat gambar?
Wow hebatnya! So ibu ayah sila contohi ibu ni. Tak penting pun berapa banyak kita simpan tapi hasilnya dikemudian hari kalah orang dewasa. Kita? Masih tak terlambat nak contohi wanita ini. Jom!