Bekas suami kepada penyanyi dan pelakon, Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerima notis tuntutan Mut’ah berjumlah RM1 juta selepas tiga tahun bercerai.

Dr Che Hafiz enggan mengulas lebih lanjut soal tuntutan yang dibuat oleh Lufya pada Oktober tahun lalu. Namun, Dr Che Hafiz akui terkejut selepas menerima notis tersebut.

“Saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.

“Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan.” katanya memetik laporan Media Hiburan.

Dr Che Hafiz ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.

IKLAN

Sementara itu, peguam yang mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan Mut’ah daripada pihak plantif (Lufya) berjumlah RM 1 juta.

Jelas Abdul Hadi, mut’ah adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai.

“Lufya ada membuat tuntutan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.

“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses Sulh namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul la ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.

IKLAN

“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu.” jelasnya.

Dalam pada itu, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar yang turut hadir ditemani ibu kandung dan peguam kelihatan sugul dan enggan ditemu bual oleh pihak media.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

IKLAN

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

Sumber : Media Hiburan

https://youtu.be/dUpt50y0xaQ

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI