Buat Jus Cantik Dengan 6 Bahan. Super Senang & Sedap!

Share

Penjagaan kecantikan wajah bukan hanya pada penggunaan produk kulit semata-mata.   Tetapi harus diingat,  pengambilan makanan atau minuman juga turut memberi kesan.

Jika makanan berminyak dan berlemak yang sering dimakan,  maka kulit wajah juga akan kelihatan tidak bermaya.

Namun jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat, anda sendiri dapat merasai perbezaannya.  Di mana kulit wajah lebih nampak sihat dan sekali gus menyerlahkan kecantikan semulajadi diri anda.

Oleh itu,  sekiranya anda masih tercari-cari apakah ramuan minuman kesihatan yang boleh diamalkan untuk penjagaan kulit wajah.  Kami ada solusinya!

Minuman jus daripada bahan terpilih ini adalah yang terbaik untuk anda amalkan bagi tujuan penjagaan kulit agar cantik dan sihat.

Resipi jus untuk penjagaan kulit dikongsi oleh Herry Rozular.  

Ayuh! kita hadam cara membuatnya dan kemudian sama-sama amalkan.

Bahan-bahan:

1/2 biji lemon

1/2 biji oren

1/2 biji epal

1/2 batang lobak merah

1/2 biji timun

1/2 biji halia (saiz ibu jari)

Cara penyediaan :

1. Semua bahan dipotong dadu kecuali lemon.

 

2. Masukkan ke dalam pengisar bersama perahan lemon.

 

3. Tapis

 

4. Sedia untuk dimunim.

IKLAN