Meraikan selera anak-anak ketika musim cuti sekolah menarik juga jika disajikan kek coklat. Maklumlah, budak-budak apa sahaja sajian berasaskan coklat pasti menjadi kegemaran mereka.

Untuk itu, ini dikongsikan resipi yang boleh dicuba.

COKLAT MOIST CHEESE ni bukan ciplak hak orang lain.. dulang sis beli kat eco sebagai bukti.. nak bagi lagi kuat bukti sis yang masak. sis share resepi sekali..

Resepi Coklat moist cheese..

IKLAN

Buat Kek Coklat Moist Cheese, Nak Senang & Sedap Ni Resipinya!

Telur – 2biji gred A @ B
Kalau gred C guna 3biji.
½ cawan gula
1sudu kecil esen vanila
Pukul bahan ni sampai kembang..

IKLAN

Bila dah kembang, letak
½ cawan susu cair
½ cawan susu pekat
½ cawan minyak
2 sudu besar air panas
Kaup rata je bahan ni sampai sebati..

Bila dah sebati letak.
tepung 1cawan
½ cawan serbuk koko
1sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil bakingpowder
( ayak dulu )
Kaup semua ni bagi sebati je.
dah sebati letak dalam loyang.

IKLAN

Bahan cheese ;
Cheese tu sebenarnya sikit je. lebih buat kek aritu. Tak tau bape gram. so boleh je letak angaran dalam 50gram cheese. tepung 2sudu besar.. susu cair 1sudu.. susu pekat 1sudu.. pukul sampai cheese jadi warna putih ( kembang )
+ kalau nak banyak cheese, buat je adunan cheese ni 2x ganda.. step tetap sama..

bila dah siap. Letak je atas adunan coklat tadi. cheese tu memang akan tenggelam masa letak. tapi jangan risau. nanti masa masak. dia akan naik ke atas sendiri. takda buat corak pon. letak cheese tu then kacau² je guna garfu.. biar buruk janji sedap.. kann
kukus 45minit @ sehingga masak.. siap

sumber : Eiza Musa via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI