Selalu kalau pergi ke pasar, nak beli cili semestinya beli dalam kuantiti yang banyak. Tak lengkap kan kalau masak makanan tak pedas, ye tak? Tapi kalau beli banyak ni, ara nak simpan pun kenalah betul. Kalau tak betul, cepat rosak jadinya! Dah lah bukan murah harga cili sekarang ni. Memang kena jimat!
Sebelum ini banyak tip yang diberikan cara simpan tahan lama cili, tetapi cara satu ini yang min pun pertama kali tengok. Yang lebih menakjubkan, cili yang disimpan pula tahan sampai 8 bulan! Fuhhh kena tiru ni!!! Jom ikuti tip yang dikongsikan oleh Puan Haslinda ini!
TIP SIMPAN CILI, 8 BULAN PUN MASIH SEGAR
“Jiran berkebun tuai berkilo kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar.”
Selain cili besar, cara ini juga boleh digunakan untuk menyimpan cili api. Ini langkah yang perlu dilakukan untuk:
1. Basuh dan tos cili supaya kering.
2. Sediakan botol mineral kosong kemudian masukkan cili tadi di dalamnya. Tak perlu buang tangkai.
3. Selepas masukkan cili, tutup botol dengan penutup.
4. Simpan botol berisi cili dalam peti sejuk di ruang letak sayur.
Selain cili tahan lama, boleh juga guna semula botol mineral.
Bukan hanya cili, malah halia dan bawang juga boleh disimpan dengan cara ini dan tahan lama. Hebat kan? Selamat mencuba!
Kepada penggemar minuman coolblog atau chatttime, ketahui cara untuk membuat sendiri minuman seakan minuman jenama popular ini. Minuman Homemade yang mengunakan tepung ubi dan tepung pulut ini tentu menjadi minuman kegemaran seisi keluarga. Jom semak perkongsian Puan Fara Bakri cara membuatnya.
BLUE PEARL BUBBLE HOMEMADE
Pawarna itam tak de , kita pakai biru gelap. Anak-anak suka coolblog , chattime kan? Rasa 90% sama , bahan mungkin berbeza . Buat sendiri jea sis , kasi minum puas-puas cuma rajin tak rajin jea . Sambil tengok tv pun bleh mengentel (bulat-bulatkan )
2 cawan tepung ubi ( semalam saya buat setengah paket )
2 sudu besar tepung pulut
Pewarna hitam ( benda ni awak nak warna ape2 pun bleh , kan handmade , ikot awak la rasa tetap sama )
Air panas
Secubit garam
Gula 3 sudu ( untuk merebus pearl )
Daun pandan ( masuk dalam air rebusan )
Masuk tepung + garam + pewarna 1-2 titik jea ke dalam bekas , masuk kan air panas sikit2 , uli la pakai senduk ke , kalau kebal pakai tangan terus ( sebarang kecedraan tanggung sendiri ) uli la sampai doh tak melekat di tangan. Start la bulat-bulat. Saiz kecil , agak-agak muat dia nak lalu kat straw gemok tu . Jangan di gentel mcm nak buat ondeh sudah tepung yang dah gentel tu tabur la tepung kering sikit untuk elak melekat.
Didihkan air masuk kan 3 sudu gula tadi dan daun pandan , tujuan masuk gula nak bg pearl berkilat, katanya laaa .Rebus la 25-30 minit. Lg lama rebus lg masak sempurna tepung kat dalam .. Selesai rebus tapis dan lalu kan pearl bawah air. Kacau pakai tangan la senang sampai awak rasa kanji dia ilang . Bila dah rasa cukup licin elok . Masuk pearl dalam bekas.
Jangan lupa isi air , based on gogel , dia suh simpan pearl dalam air gula untuk kekal kan rasa n kelebutan kot . Lg sedap guna gula merah kata nyaa. Simpan peti kalau tak habis. Tapi saya simpan dalam peti , pearl saya jadi keras . Mungkin sikap degil saya kot tak guna air gula so saya terpaksa rebus semula .
Buat minum sendiri ok laaa . Rasa dan texture 90% sama ..
Ada terbaca 1 posting ni, menurutnya campurkan sedikit serbuk jelly dalam adunan tepung tu.Cuba la kot dapat result yang 100% sama
Cara membuatnya:
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedapnya dapat menikmati sup wantan ketika cuaca sejuk begini. Tapi hendak keluar rumah untuk mencari sajian ini terasa tiada mood pula. Jadi apa kata anda sediakan sendiri menu sup wantan ini untuk dijadikan menu istimewa untuk keluarga.
Apatah lagi untuk menyediakannya tidaklah susah, bahkan teknik membentuk wantan menjadi cantik berseni juga cukup ringkas. Ini sepertimana perkongsian cara dan resipi oleh Zurina Zulkefli bolehlah dijadikan panduan.
Sup Wantan
Bahan inti:
Daging ayam kisar jenama Ramly
Kulit wantan
Lobak merah – cincang
Daun bawang – hiris
Tepung jagung – 1 sudu makan
Kiub pati ayam – separuh
Campurkan semua sekali dan gaul sebati
Bungkus inti menjadi wantan
Langkah 1 : Letakkan satu sudu bahan inti di tengah-tengah kulit wantan.
Langkah 2 : Lipat kulit wantan menjadi tiga segi seperti di dalam gambar.
Langkah 3 : Ambil bucu kiri dan kanan dan cantumkan seperti di dalam gambar.
Cara memasak:
1.Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam
2.Masukkan wantan dan rebus sehingga masak
3.Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.
4.Akhir sekali boleh masukkan wantan.
5.Sedia dihidang.
Ini kicap cair dan minyak bijan yang saya guna untuk masakan
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Ampang,...