Menariknya, resepi ini apabila nak buat kek keju tapi tidak menggunakan cream cheese sebaliknya mengunakan cheesede saja.
 Antara kek yang paling digemari ramai  ini tentu kek keju ni. Keenaknnya membuatkan kek ini boleh dimakan bila-bila masa.
Ikuti perkongsian puan Nurul Athira di laman Masak Apa Hari Ni.

 

Kek Keju Ni Guna Cheesedale Aje Tanpa Guna Cream Cheese. Superb!

Ramai yg pm kite betul ke tak ada cream cheese boleh buat kek keju. Yee btul boleh buat kek keju x de cream cheese pon. Nahh kite pakai cheesedale je awak2. Boleh tgok video skali boleh GEDIK2 gituu.. Nahh resepi kita bg sekali 

Cara nak buat 

1)asingkan putih dan kuning telur 6biji gred A

Bhgian A
6keping cheesedale (125g)
Butter 50g
Susu segar 100ml

IKLAN

Selfrising flour 60g
Tepung jgung 20g
Vanila powder/esen vanila
Kuning telur 6 biji

Bahagian B
Putih telur 6biji
Gula kisar/castor 140g
Cream of tartar 1sudu kfc

1-double boiler cheese, butter dan susu sampai tidak berketul . Ketepikan bg sejuk dlu.

2- sudah sejuk adunan cheese masukkan kuning telur sambil2 whisk masukkan vanila powder/esen serta tepung sikit demi sedikit sehingga sebati.

IKLAN

3-pukul putih telur mggunakan mixer high speed sehingga berbuih masukkan cream of tartar dan masukka gula 140g secara 3 peringkat. Putar sehingga kental dan mendaptkan adunan yg soft peak bertanduk.

4-masukkan adunan meringue sdikit demi sikit kedalam adunan cheese dan satukan mggunakan kaedah kaup balik pakai spatula je slow2.sampai kedua2 adunan sebati..

5-sapukan minyak di sekeliling loyang dan lapik baking paper di dasar loyang ber size 6′ (adunan ini dpt mghsilkan 2biji kek saiz 6)

6-bakar mggunakan kaedah bain marie.api atas bawah

IKLAN

20mnit pertama suhu 150-160
15mnit kedua 140
Turunkan suhu 100-130 bake selama 1jam
Bgaimanapun suhu bergantung oven masing2 ye..

Petua

Kek Keju Ni Guna Cheesedale Aje Tanpa Guna Cream Cheese. Superb!

Kek da masak rehatkan 2 mnit didalam oven, dan terus terbalikkan kek.
, kejadian kek yg sempurna kek akan merenggang dengan sndrinya dan mudah untuk di terbalikkan kluar dri loyang krana kek tidak melekat di tepi loyang.

Pssst buat kek keju jgn gopoh2 kalut2 nnti takut kek x jdikk😂😂

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI