Bila tiba-tiba ada seekor dua lalat muncul di kawasan rumah, sama ada di ruang dapur, di meja makan bahkan di kawasan sekitar rumah sekali pun, menyebabkan kita tidak selesa dan terganggu dibuatnya. Ini memandangkan lalat sebagai mana semua maklum, adalah serangga yang mampu menyebarkan pelbagai penyakit.
Jadi apa cara yang biasa anda lakukan untuk membasmi lalat tersebut?
Selain menggunakan racun serangga atau kertas pelekat lalat, namun sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk anda boleh buat sendiri perangkap lalat. Caranya cukup mudah dengan hanya menggunakan tiga bahan utama iaitu gula perang, madu dan air.
Ads
Ini sebagaimana perkongsian video di tiktok oleh jdeleon716. Begini langkah demi langkah untuk membuat perangkap lalat tersebut.
Ambil botol plastik dan dipotong pada bahagian atasnya.
Kemudian masukkan1 cawan gula perang ke dalam botol tersebut.
Kemudian masukkan 1 sudu madu.
4. Masukkan 1 cawan air dan kemudian dikacau rata.
Ads
5. Setelah itu letakkan bahagian atas botol yang dipotong tadi secara terbalik. Siap untuk digunakan.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati lebih-lebih lagi ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman.
Cara membuatnya cukup ringkas dengan bahan pun tak banyak .Tunggu apa lagi, jom cuba petang ni.
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila namanya terlupa, hajat dihati hendak keluarkan duit di mesin ATM pun boleh pula terlupa bawa kad bank. Hendak berpatah balik, terasa malas pula. Nasib baik ada cara kita tetap boleh keluarkan cash walau tiada kad.
Bagaimana tu?
Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad ini membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.
Perkara ini merupakan salah satu tindakan yang cepat dan mudah untuk mengirimkan dana secara tunai kepada keluarga dan rakan anda ketika mereka sangat memerlukan dan anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri apabila setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM anda.
Adakah ianya selamat untuk digunakan? Jawapannya ia SELAMAT. Mungkin anda masih ragu-ragu dengan perkhidmatan ini. Untuk menggunakan perkhidmatan ini pengguna perlu mengisikan maklumat butiran dan akan mendapat kod keselamatan dan limit transaksi yang ditetapkan hanya RM300 sahaja untuk setiap hari.
Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Guna Kad Bank
Masuk Maybank2u apps
Klik pada simbol “mobile” di bawah hujung
Klik pada “cardless ATM withdrawal”
Letak no telefon
Pilih amaun yang mahu di keluarkan
Pergi ke mesin ATM, pilih keluarkan duit tanpa kad
Ikut dua langkah penting ni:
Masukkan ID 16 digit
Masukkan kod 6 digit
Dah boleh keluarkan duit.
Ikut gambar step by step di bawah ini ya:
Mula-mula pastikan ada Maybank2u Apps macam di bawah ini.
Ok lepas tu tekan ikon ‘Mobile’ di penjuru kanan bawah.
Pilih transaksi ‘Cardless ATM Withdrawal’.
Isikan nama dan butiran seperti di bawah:
Dah siap, boleh pilih berapa amaun yang ingin dikeluarkan.
Anda akan menerima notifikasi begini.
Setelah berada di ATM, boleh ikut 2 langkah mudah ini:
1.Masukkan ID 16 digit
2.Masukkan kod 6 digit
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cardless Withdrawal Maybank, sila rujuk laman web rasmi Maybank Malaysia
Tak ramai anak-anak remaja kita hari ini yang pandai memasak,apa lagi tidak kekok selok belok di dapur. Jika ada pun, samada mengambil kelas pengajian bidang masakan atau terpaksa berdikari sendiri bila mana ketika belajar.
Pasti susah pada permulaannya. Mencuba kemahiran memasak ini di waktu sudah dewasa tidaklah menjadi masalah, namun jika anak lelaki sudah dilatih sejak kecil pasti bonus buat ibu-ibu.
Senang bila mana anak minta untuk sediakan makan malam. Hebat! Ibu boleh senang hati dan dapatlah rehatkan diri lebih awal. Hal ini mungkin boleh berlaku jika anak sudah cukup kemahiran dan handal di dapur. Ajar anak sejak kecil, itu yang sepatutnya diajarkan.
Dr Norzila Zakaria turut berkongsi kisahnya yang mengajar anak lelakinya sejak kecil. Baginya anak lelaki mesti cekap di dapur. Ada kebaikannya dikemudian hari.
Anak lelaki mesti cekap di dapur
Kebiasannya anak lelaki kurang ditekankan untuk membantu kita di dapur.
Ini satu kesilapan yang perlu dibetulkan dari mula lagi jika mempunyai anak lelaki. Jadikan mereka cekap di dapur agar bila mereka berkahwin nanti tugasan dapur boleh mereka lakukan dengan baik, lagipun itu memang tugas seorang suami kan menyediakan keperluan keluarga. Cuma budaya kita ni menonjolkan perempuanlah pengurus dapur.
Justeru itulah saya sentiasa menggalakkan anak-anak lelaki saya ke dapur. Hafiz memang dah biasa ke dapur. Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak.
Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran. Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.
Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.
Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.
Sejak mereka kecil lagi bila masuk dapur saya akan beri apa sahaja yang saya pegang. Contohnya sayur biarlah dia potong dan ambil apa yang mereka potong walaupun tidak cantik potongannya. Ini akan menyebabkan mereka rasa seronok untuk menolong kita pada masa akan datang.
Perlahan-lahan saya upgrade kepada menggunakan pisau, siang ikan dsb.
Cuma rumah saya ni guna dapur induksi yang tak panas jadi saya tidak berapa bimbang tentang api dan gas. Namun semua pun perlukan pemantauan.
Ganjaran buat anak-anak jika melakukan satu-satu perkara, pada saya jika maksud memberi hadiah itu jelas kepadanya maka tidak menjadi masalah. Namun jangan sampai dia menjadikan hadiah itu suatu yang wajib bila dia melakukan sesuatu kerja.
Perlahan-lahan kita ajarkan agar mereka melakukan suatu tugasan itu dengan ikhlas dan sebagai khidmat kepada ibu bapa yang besar pahalanya. Maksud saya di sini biar anak faham bahawa hadiah terbaik adalah pahala dari Allah swt.
Kredit: Dr Norzila Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.