Sos antara yang boleh kita buat sendiri di rumah. Perkongsian resipi oleh Puan Rohaizan Shaari di facebooknya yang cuba menghasilkan resipi sos sendiri ini cukup menarik. Bagi yang berniaga pula, kosnya lebih jimat. Jom cuba!

Buat Sendiri Sos Cili Thai, Lada Hitam & Mayonis Homemade. Mudah, Sedap & Jimat Kos. Boleh Tahan Sebulan!

“Mayonis, sos lada hitam, sos cili Thai semuanya saya buat sendiri. Jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ni, semua nak save. Lagi satu buat sendiri terjamin kebersihannya kan!. Dapat pujian, sedap dan kekalkan rasanya!!..aminnn. Tak perlu beli lagi. Kalau nak kuantiti yang banyak gandakan je ye resepinya ni ya kawan-kawan.

Kuantiti resepi yang saya kongsi ni tak banyak, mayonis dan sos chili, boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam freezer dengan penyimpanan yang betul.

Resepi Mayonis

Bahan-bahan:
4 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1/2 biji lemon (air perahan lemon, kalau tak ada boleh gantikan dengan sesudu besar cuka makan)
2 cawan minyak masak

Cara-cara:
1. Masukkan semuanya kecuali minyak dan kisar.

2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan kisar lagi hingga putih dan likat.

3. Kemudian masak dengan api kecil. Kacau hingga pekat (jangan smpai mendidih)

4. Apabila dah masak, sejukkan dan kisar lagi hingga dapat tekstur yang halus.

Buat Sendiri Sos Cili Thai, Lada Hitam & Mayonis Homemade. Mudah, Sedap & Jimat Kos. Boleh Tahan Sebulan!

Resepi Sos Black Papper

IKLAN

Bahan-bahan:
2 sudu lada hitam -direndam selama 4 jam
3 sudu makan tepung gandum
1 biji bawang Holland -dicincang
1 kiub ayam
1 cawan air
3 sudu besar mentega
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap

Cara-cara:
1. Cairkan mentega.

2. Masukkn bawang dan lada hitam sehingga naik bau.

3. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.

4. Masukkan air dan kiub ayam kemudian kicap untuk warna yang kita mahu.

5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Masak hingga pekat.

Buat Sendiri Sos Cili Thai, Lada Hitam & Mayonis Homemade. Mudah, Sedap & Jimat Kos. Boleh Tahan Sebulan!

IKLAN

Resipi Sos Cili Thai

Bahan-bahan:
10 biji cili besar
5 biji cili merah kecil
3 ulas bawang putih
1 cawan gula
3 sudu tepung jagung -untuk pekatkan
Sedikit garam
2 sudu makan cuka
4 cawan air

Cara-cara:
1. Kisar cili bersama bawang putih.

2. Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga medidih.

3. Masukkan gula kemudian cuka dan garam.

4. Masukkan air dan bancuhan tepung jagung.

5. Sentiasa kacau dan jangan sampai berketul. Kacau lagi hingga berkilat dan pekat.

IKLAN

6. Siap.

Buat Sendiri Sos Cili Thai, Lada Hitam & Mayonis Homemade. Mudah, Sedap & Jimat Kos. Boleh Tahan Sebulan!

Selamat mencuba.

Kredit: Rohaizan Saari


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Buat Sendiri Sos Cili Thai, Lada Hitam & Mayonis Homemade. Mudah, Sedap & Jimat Kos. Boleh Tahan Sebulan!

 Buat Sendiri Sos Cili Thai, Lada Hitam & Mayonis Homemade. Mudah, Sedap & Jimat Kos. Boleh Tahan Sebulan!Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI