Hidangan puding karamel cukup digemari ramai kerana rasa pudingnya yang lemak manis, tekstur yang lembut malah rasa pahit manis gula karamel yang lazat telah menyempurnakan rasa menu pencuci mulut ini untuk dinikmati tanpa mengira waktu.
Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu cuba resipi ini untuk disajikan kepada ahli keluarga mahu pun sanak saudara yang bertandang ke rumah sempena musim cuti sekolah ini.
Cara membuatnya cukup ringkas dengan bahan pun tak banyak .Tunggu apa lagi, jom cuba petang ni.
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
Ads
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Ads
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
Ads
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Saat menyediakan masakan di dapur ada satu bahan ini pasti digunakan. Tidak kira jenis apa masakan yang ingin dimasak. Sama ada hidangan berlauk, sajian moden, hidangan tradisional, kuih muih dan sebagainya pasti akan menggunakan bahan nan satu ini.
Lain tidak bukan adalah garam. Tanpa garam, tidak berasalah hidangan yang disediakan. Hal ini, menjadikan garam antara keperluan wajib ada di ruangan dapur. Pun begitu, ajaibnya tentang garam ini, bukan sahaja kegunaannya dalam masakan semata-mata malah lebih daripada itu.
Ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah di dalam fbnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam KASAR digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika GARAM masih PANAS.
4. Merawat cirit-birit: Minum air yang di campur sedikit garam.
5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam di campur madu dan air lalu di minum sebelum memulakan perjalanan.
6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang di campur garam disapukan pada kulit yang gatal.
7. Menambah IMUNITI badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yg berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya… ماشآءالله
8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang di campur garam.
Perhatikan air 100 plus atau air isotonic sekarang ini di pasaran kesemuanya bergaram..!
Betulkan?… سُبْحَانَ اللهِ
9. Mengelak SIHIR/gangguan JIN bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yg dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah. لٓاحٓوْلٓ وٓلَا ٓقُوَّةٓ إِلاَّبِاالله
10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, GARAM di campur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yg dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan buat mandian air bercampur garam yg di rukyah (doa).اَللهُ اكبر..!
Bila waktu lapang begini membayangkan dapat mengunyah kacang sambil menonton tv bersama keluarga menarik juga jika direalisasikan.
Jadi usah tunggu lagi, apa kata sediakan resipi kacang goreng yang dikongsikan dari peniaga yang ingin bersedekah resipinya untuk lebih ramai dapat manfaatnya. Selamat mencuba
Saya takdak duit nak sedekah tapi saya mampu share resepi bagi hampa boleh cari makan sama-sama saya.. ada saya share baru2 nih dlm group nih.. ramai yang pm dan wasap nasihat.. kenapa bagi resepi terbuka… nanti kak ah tak boleh cari makan!!Allah…. kak ah tak sangka hampa pikir sampai macamtu… rezeki Allah kan luas… hari ni kita kongsi… esok-esok Allah ganti lagi banyak… kak ah ikhlas…. yang mana nak wat niaga pon boleh… rakyat malaysia ada berjuta-juta…. mana mampu kak ah wat untuk 1 malaysia..
Dulu Pernah Susah
Dulu kak ah pernah susah… macam-macam dugaan… sekarang pon bukan kaya… cuma senang belanja…buat kacang nih orang hina… tak kan hang buat kacang nih sampai berpuloh-puloh kilo seminggu… ??? ya… jujur kak ah cakap… seminggu kadang 30 kilo…
Hari ni kita sedekah senyum pon Allah dah catit pahala kita… tambah kita sedekah untuk orang cari makan… pahala lagi berganda-gandakan… panjang pulak kak ah taip… ok2 bai2 semua.. ambik jer resepi2 tu tau..
RESEPI KACANG CINTA KETAGEH BAHAN-BAHAN :
KACANG TANAH 1 KG
TELOR AYAM 2BIJI
GULA 2CAWAN
GARAM 2 SB
SERBUK CABAI IKUT CITARASA MASING-MASING
TEPUNG GANDUM
Biasanya bila kita lihat makanan yang terhidang nampak menyelerakan rupa bentuknya, dengan sendirinya kita dapat membayangkan betapa enaknya makanan tersebut. Bahkan membuatkan kita tidak sabar pula untuk merasanya.
Atas sebab ini juga, kalau kita masak pulut kuning kita mahukan ianya nampak berseri dengan warna kuning yang menawan dan pastinya juga rasa yang berlemak.
Berkongsi resipi dan cara penyediaan pulut kuning yang sempurna, anda boleh ikut cara Puan Masmira lakukan di mana menu ini bukan sahaja untuk hidangan keluarga malah dijadikan menu jualan dan mendapat sambutan daripada pelanggannya hingga kini.
Untuk itu, apa kata kita cuba sediakan resipi pulut kuning dengan resipi yang disediakan olehnya.
Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-biji (tak benyai atau lembik/ kembang).
Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe
Bahan-bahan dan steps:
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang skit, elakkan yang jenis montok-montok hehe
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam)
– sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.. Sejat dengan penapis
* perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.
2) Halia 1/2 inchi (wangi dan buang angin)
– kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus
*orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.
3) Daun Pandan 5 helai (wangi)
– 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 juga untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus
4) Panaskan air dalam pengukus, dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi.. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5) santan fresh dan pekat : 250-300 gram
– Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam 1.5 sudu besar gula, 1.5 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam.. Then masuk kan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
6) Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.. Keluarkan daun pandan.. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.. Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (Orang Kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu.. Baru lah pulut jadi lembut.. Make sure kacau pulut sampai rata hilang ketul..
Then tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dlm 10 – 15 min baru cedok untuk packing atau makan..
Ekstra Tip
1.Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk..
2.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.. Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut..
Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.
Yang ni resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.. Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.