Masa dan ketika musim durian inilah kita semahunya makan durian hingga puas. Maklumlah harganya sedikit murah berbanding hari-hari biasa.
Selain dimakan begitu sahaja, durian juga enak dijadikan aiskrim. Dan jika anda ingin tahu caranya ikuti perkongsian dari Puan Nurul Azzwa yang juga pada awalnya teringin ingin merasa aiskrim durian setelah beberapa hari melihat sharing posting daripada orang lain.
Mungkin anda juga tarasa teringin?
Jom semak resipinya.
Dah berhari-hari nampak orang buat aiskrim durian ni. Jadi semalam saya dengan kakak pon cubalah buat memandangkan pergi pasar semalam ada orang jual durian RM7/kg.
Ads
Tambahan sikit, sebab ada strawberi lebih sikit dalam peti dan dah lembik sikit, maka kami pon cuba buat aiskrim strawberi jugak.
Resepi dia sama je macam banyak orang share sebelum ni, cuma beza dia kami tak letak pewarna, jadi warna dia cuma warna buah asli gitu. Jadi kepada yang teringin, saya sertakan resepi dia sekali ye.
RESEPI AISKRIM DURIAN/STRAWBERI SEMUDAH ABC
Ads
-Susu cair 1 tin
-Ovalette 1 sudu besar
-Susu pekat 2 1/2 sudu besar (kalau strawberi letak lebih sikit dalam 5/6 sudu sebab masam)
-Durian 5-6 ulas atau strawberi dalam 8-10 biji (buah-buahan ni boleh letak lebih)
Blendkan kesemua bahan, tuang dalam bekas dan bekukan sehingga keras sesuai untuk dinikmati
Sejak dulu lagi, kita disogokkan dengan ingatan anak lelaki tidak perlu membuat kerja rumah. Sebaliknya segala urusan termasuklah memasak, mencuci, mengemas, menjaga anak, merapi dan sebagainya adalah kerja kerja orang perempuan.
Didikan tersebut terbawa-bawa sehingga anak lelaki meningkat dewasa dan mendirikan rumah tangga. Maka, segala tugasan rumah adalah di bawah tanggung jawab sang isteri. Sepatutnya segala urusan rumah tangga memerlukan kerjasama dua pihak. Lebih-lebih lagi jika sang isteri juga bekerja.
Justeru, didikan atau parenting oleh ibu bapa zaman sekarang perlu memastikan anak lelaki juga melakukan kerja ini dari kecil, bukan bertujuan untuk lepas tangan, tetapi dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran mereka akan bebanan ini untuk bakal isteri mereka di masa hadapan.
Ada ketikanya, akan berlaku perbalahan yang akhirnya membawa kepada perceraian. Lebih-lebih lagi jika masing-masing ego dan enggan bertolak ansur. Perkongsian Peguam Syarie bernama Azliana Adnan mungkin boleh membuka mata pada suami isteri supaya mengelakkan penceraian timbul hanya kerana hal yang remeh temeh.
Pagi ini salah satu berita utama ialah kes seorang peguam syarie mempunyai masalah rumahtangga dengan isterinya. Beliau telah memfailkan tuntutan kembali taat. Semasa prosiding, seperti yang dilaporkan oleh wartawan:
“Bukan sahaja baju dan seluar plaintif tidak diuruskan defendan, malah pakaian anak- anak dibiarkan berlonggok tanpa dilipat. Defendan juga tidak mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan dan dibiarkan di dalam sinki,” katanya.
Isu-isu seperti ini ditimbulkan. Sebenarnya sepanjang menjadi pengamal undang-undang, saya nampak banyak lagi alasan-alasan yang tidak munasabah, isu kecil dibesarkan yang dikemukakan oleh pihak suami atau isteri.
Dalam kes ini, Isteri beliau juga bekerja. Maknanya turut menyumbang kepada pendapatan keluarga. Isteri yang bekerja sudah tentu penat. Balik dari pejabat, di rumah kena lagi bekerja iaitu membasuh baju, mengosok baju, memasak, membasuh pinggan, menjaga anak dan menjaga suami yang memerlukan perhatian lebih dari anak.
Jadi bilakah masa isteri yang bekerja boleh rehat? Adakah membasuh baju mengosok baju memasak membasuh pinggan, vacuum rumah, menyapu, menukar lampin bayi, memandikan bayi dll hanya tugas seorang isteri? Dimanakah suami? Bekerja? Tapi isteri juga turut bekerja.
Perkahwinan adalah satu perkongsian untuk memperoleh Sakinah iaitu ketenangan, mawaddah iaitu kasih sayang dan warrahmah iaitu mesti ada belas ihsan. Jadi dalam perkahwinan harus ada persefahaman antara suami isteri terutama kepada isteri yang bekerja dan tidak mempunyai pembantu di rumah. Suami lah harus bantu isteri di rumah.
Kebanyakan masyarakat merasakan kerja rumah adalah tugas isteri. Rasulullah SAW juga kerap membantu isteri-isteri baginda didapur, pernah menjahit sendiri pakaian baginda yang koyak. Inilah contoh terbaik.
Jika isteri memasak, suami boleh membantu membasuh pinggan kotor. Jika isteri membasuh baju, suami boleh membantu mengosok baju. Jika isteri penat berjaga malam menjaga anak, suami boleh bangun pagi, siapkan anak-anak dan buat breakfast. Inilah konsep saling bantu membantu yang suami isteri perlu faham dan hadam.
Masalah rumahtangga melanda semua orang tidak kira miskin kaya tua muda, doktor, kerani, pilot, guru dan lain-lain. Peguam pun ada mempunyai masalah. Ini adalah salah satu dugaan dan ujian. Sebab itu dalam perkahwinan kena sentiasa bertolak ansur. Tapi jangan sampai menindas pasangan kita dari segi emosi dan fizikal. Punca utama perceraian bukan kerana orang ketiga, punca adalah sebab di atas iaitu tiada konsep bertolak ansur dan saling bantu-membantu. Dari situ baru muncul pihak ketiga.
Sumber: FB Azliana Adnan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memikirkan apa akan jadi dengan masa depan untuk diri sendiri serta keluarga, tentunya semua mahukan hidup yang sempurna, terbaik serta cemerlang dalam apa jua yang dilakukan dalam hidup ini.
Namun bila asyik berfikir secara mendalam dengan berlebih-lebihan untuk meramalkan masa depan setiap apa yang ingin dilakukan, ia bakal mencetuskan kebimbangan melampau hingga menjejaskan kehidupan seseorang.
Tidak mahu hal ini menjadi lebih serius, digariskan beberapa panduan untuk anda lakukan agar dapat ‘keluar’ dari belenggu ‘over thinking’.
Ini perkongsiannya.
Sekiranya anda seorang “over-thinking”, mari kita cuba lihat apa yang kita boleh usahakan untuk hentikan perkara itu:
1. Setiap masalah tak boleh diselesaikan hanya dengan berfikir. Ia mesti 20% fikir, 80% buat.
– fikir nak berhenti, namun takut tak ada rezeki lain. Maka usaha sampai dapat (tindakan).
– fikir nak kahwin, namun tak cukup duit. Stress dan murung. Maka kena cuba berniaga (tindakan).
– fikir nak keluar dari kesusahan, namun tak tahu nak buat apa. Maka jumpa orang dan bersembang (tindakan).
2. Kebanyakan orang banyak berfikir akan cuba bercakap lebih banyak dari mendengar. Ia kerana terlalu banyak perkara dalam kepalanya, maka dia akan rasa perlu dia yang bercakap. Ini kena diperbaiki. Mesti 20% bercakap 80% mendengar.
– apabila pergi bersembang, kita dengar apa orang lain punya pandangan.
– belajar terima, belajar hadap, belajar resap.
– jika kita potong orang bercakap, atau kita menolak (rejection) ia akan lebih banyak memudaratkan.
– rendahkan diri dan belajar kita ini tak bagus mana. Kena belajar.
3. Kuasa Allah. Letak dalam kepala Allah maha mendengar, maha berkuasa, maka berharaplah.
– apa yang dah lepas, minta kepada Allah setiap masa supaya kita diampunkan. Perbanyak istighfar.
– yang akan datang, minta dan mohon kepada Allah untuk dipermudahkan dan sentiasa cakap kepada Allah jika ada ujian, maka ujilah dengan ujian yang kita boleh hadap dan terima.
4. Berhenti kritik dan kutuk diri sendiri. Mesti bersyukur kita ada banyak kelebihan. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak Allah beri.
– berhenti cakap kita tak pandai, kena cakap kita akan belajar.
– berhenti bercakap kita slow learner, kena cakap walau perlahan kita masih berusaha.
– berhenti cakap kita miskin tak ada itu tak ada ini, kena cakap kita akan ubah hidup dengan kudrat dan kelebihan yang lain.
5. Mulakan dengan 80% persediaan dan 20% tindakan. Berhenti main taram dan belasah serba serbi.
– rancang dan ambil masa. Kejayaan bukannya datang dalam sehari.
– ambil masa belajar pada setiap proses. Tenang dan hadap setiap ujian.
Kawan-kawan, over-thinking akan hancurkan kalian. Bangkit, bangun, buat kerja dan terus sibuk. Biar berpeluh biar penat.
Malam nanti kita tidur pun lena. Entah-entah siap dikejutkan awal untuk solat sunat dan sebagainya.
Itu kelebihan dalam berpenat-penat berusaha. Kaya dan berjaya itu ada dalam proses kita. Semua benda yang kita buat ada kekayaan di hujungnya. Kita yang putuskan semua.
Dagu berlapis ibarat nigtmare buat kaum wanita yang mementingkan kecantikan. Ini antara masalah yang ingin dielakkan berlaku.
Ada yang mengaitkan masalah dagu berlapis ini dengan pemakanan. Tapi sebenarnya, ada faktor lain. Antaranya:
Usah bimbang ibu-ibu yang bermasalah dagu berlapis ini. Hilangkan lemak di bawah dagu ini tak perlu buat diet yang ekstrem, caranya cukup mudah iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut:
Senaman Otot Muka
Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.
Gaya Mencedok
Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakkan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.
Pipi kembung
Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.
Membujur
Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Korang akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.
Teknik Cium Zirafah
Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.
Genggaman halangan
Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.
Senyum Terpaksa
Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.