Enaknya bila dapat menikmati aiskrim lagi lagi waktu cuaca panas kan. Kalau dulu perisa biasa seperti asam masin, milo dan sebagainya, tetapi sekarang pelbagai perisa boleh dicuba, janji kreatif kan ibu-ibu.
Buat penggemar aiskrim Baskin Robbin, mesti susah nak dapat waktu PKP ni, Jadi, apa kata buat je sendiri. Tak payah nak beli lepas ni. Lebih jimat dan anak-anak boleh makan sebanyak yang diingini.
Resipi ini dikongsikan oleh Puan Ameera. Selamat mencuba!
Aiskrim Baskin Robbin ❤️
Ibu share lagi resipi 3 bahan termudah!
Bahan-bahan
Whipping cream 2 kotak kecil
Milo 4 sudu besar
Susu pekat setengah tin
Ads
Tidak perlu letak air.
Terus blender semua. Dah blend masuk terus dalam tapawe.
Ads
Masuk dalam peti ais bahagian keras beku selama 4 jam.
Bingka Pandan, Nak Buatnya Terpaling Mudah & Confirm Jadi!
Tentu ada antara kita membayangkan betapa renyah dan susahnya untuk menyediakan kuih tradisi. Jadi ambil jalan mudah untuk tidak mencuba menyediakan menu tersebut untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.
Namun hakikatnya ada sahaja kuih Melayu yang cukup mudah disediakan seperti kuih bingka pandan yang dikongsikan oleh Humairah Al-Hamra. Bukan sahaja menggunakna bahan-bahan yang sedia ada di dapur, malah proses penyediaannya juga cukup ringkas.
Jadi apa kata, kali ini anda cuba untuk sediakan kuih Bingka Pandan yang enak ini. Pasti seisi keluarga teruja untuk menikmati kuih yang disediakan hasil dari air tangan orang yang tersayang. Selamat mencuba!
Sesi persekolahan 2022 sudah bermula. Esok ada ibu bapa mengambil kesempatan bercuti bagi menguruskan anak ke sekolah. Bagi yang baru memasuki darjah satu sudah tentu merisaukan ibu ayah.
Bimbang anak buat perangai ketika ke sekolah. Menarik dengan perkongsian Ustazah ini dengan menyediakan 4 panduan buat ibu bapa agar tidak bimbang berpisah dengan anak.
Ikuti 4 cara ini supaya anak seronok ke sekolah, ibu ayah pun tak risau!
1. Bisikan kata-kata semangat. Setiap pagi sebelum anak-anak melangkah kaki ke sekolah, selain dari makanan untuk jasmani, mereka memerlukan makanan untuk rohani dan emosi. “Awak anak hebat dan kuat” “Awak anak pandai dan cerdik” “Awak anak soleh, awak boleh” Kata semangat ini jika di ulang-ulang, anak akan percaya mereka seperti itu. Menguatkan jiwa dan menambah keyakinan diri mereka. Biasanya anak yang dimarahi, dihambur dengan kata-kata negatif akan hadir ke sekolah dalam keadaan murung, tidak bersemangat, suka menyendiri, tidak suka berkawan, sukar menerima teguran dan kuat membantah.
2. Pesanan azimat. Selalu pesan pada anak, hormati guru, taat dengan ajaran dan suruhan guru. Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan guru dan kawan, sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan. Jangan gunakan barang kawan tanpa keizinan. Jaga barang yang diamanahkan oleh ibu ayah sebaiknya. Kurangkan keluar masuk tandas kerana ia mengganggu proses pembelajaran di sekolah. Pesanan ini mendisiplinkan anak. Sekurangnya mereka tahu garis sempadan yang perlu diikuti. Mereka tidak berdisiplin bukan kerana nakal, tetapi mereka tidak diajar untuk mematuhinya.
3. Doa mujarab. Letak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak, kemudian baca doa ini. اللهم حفظه كما حفظت من عبادك الصالحين. ” Allahumma haffazhu kama haffzta min ‘ibadikassolihiin” Ya Allah jagalah anakku seperti Engkau menjaga hambaMU yang soleh” اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل “Allahumma faqqihhu fid diin, wa’ allimhutta’wil” Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya tentang agama dan ajarilah ia ilmu ta’wil ( tafsir Al-Qur’an) Amalkanlah selalu, jangan terlepas. Doa adalah vitamin untuk minda dan fizikal anak. Ia menjadi pelindung dan membawa keberkatan dalam hidup anak. Doa yang baik adalah lambang keredhaan ibu ayah dan anak akan beroleh redha Allah SWT dengan asbab doa ini.
4. Penyerahan muktamad. Serahkanlah sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan guru yang mendidik. Usah timbul perasaan ragu dan rasa tidak percaya. Bina ukhuwwah dengan guru, saling bekerjasama dan ucaplah ” Saya serahkan anak ini untuk cikgu didik, betulkan mana yang silap, pandulah mana yang tersasar”
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasa dengar kan gajet itu bahaya. Malah ada yang memandang sini kepada sesiapa sahaja ibu bapa yang membenarkan mengunakan gajet.
Benar, pengunaan gajet memang bahaya kepada kanak-kanak. jika ia digunakan secara melampu akan mendatangkan kemudaratan. Namun apabila digunakan secara kawalan, ia mendatangkan kebaikkan.
Sebagaimana perkongsian ini. Menerusi perkongsian saudara Mohd Fhais Salim
menjelaskan cara yang betul untuk mengelak gajet itu membahaya kepada anak. Moga kita jadi ibu bapa yang cakna dalam mendidik anak.
Begini cara yang betul jika mahu memberi gajet kepada anak.
Telefon & gajet tak pernah salah! Tak haram pun bagi anak main telefon & gajet malah digalakkan lagi jika ia boleh bantu ringankan tugas ibu ayah. Silakan!
Cuma yang jadi salah bila kita :
– Biarkan anak guna secara melampau – Guna untuk melekakan anak – Langsung tak pantau screen aktiviti anak – Tidak pernah kawal screen time dia – Langsung tak ada rules / displin – Beri anak kebebasan sepenuhnya – Terlalu manja beri sahaja telefon bila di minta – Nampak anak bosan terus bagi telefon Kita yang patut guna teknologi, bukan teknologi yang guna-gunakan kita tau. Semua ibu ayah kena tahu 7 formula untuk cegah Screen Addiction ni sebelum terlambat.
7 teknik yang kena tahu
1 Parent Approval Paling asas sekali anak mesti kena tahu bahawa nak guna telefon atau gajet kena minta izin ibu ayah dulu. Bila tak di ajar minta izin itu yang anak rasa bahawa dia ada hak untuk main telefon tanpa izin ibu ayahnya.
2 Reward vs bribe Ini kesilapan yang kita selalu lakukan. Selalu beri rasuah ( bribe ) dengan telefon & gajet. “Abg buat kerja sekolah sampai siap lepas tu baru boleh main games” Reward lebih baik. Sebab ia mengalakkan positif correction behaviour berbanding bribe.
3 Positive correction Sambungan dari reward tadi. Setiap kali anak buat kelakuan yang lebih baik dan ikut peraturan kita bagi reward. Baru dia nampak “why” & “benefit” jika dia ikut peraturan.
4 Create new habit Risiko Screen addiction berlaku sangat besar bila rutin harian tu sama je setiap hari. Sampai satu saat ia membentuk habit yang tak boleh ditinggalkan. Itu yang bangun je tidur anak cari telefon, nak makan je cari telefon, bosan je cari telefon.
5 Withdrawal process Nak hilangkan screen addiction ni bukan mudah, ada withdrawal process yang kita kena lalui. Menangis, mengamuk, tantrum dan pukul pukul tu biasa. Kena tahu cara untuk handle situasi begini supaya proses withdrawal tu tak terbantut. Kalau terbantut alamatnya susah la nak hilang screen addiction anak nanti.
6 Screen time rules Didik anak guna telefon & gajet dengan sihat dan betul. Itu gunanya screen time rules. Telefon & gajet tak pernah salah pun, yang salah cara kita guna. Ubat pun kalau salah guna boleh jadi dadah. Telefon & gajet pun sama, salah guna jadi la ketagihan.
7 Grounding technique Sangat penting. Ini teknik untuk timbal balik setiap kali dah tengok telefon & gajet. Tujuannya supaya anak tak terkena Nature Deficit Disorder. Bawa anak buat aktiviti fizikal, outdoor, bawa tengok alam semulajadi dan lain-lain. Jika sehari screen time 30 minit, maknanya kena grounding juga 30 minit sehari. Baru seimbang emosi & jiwa anak-anak.
Tak adalah dia terlalu attach dengan gajet! Cegah lebih baik dari merawat. Tolong sampaikan formula ni pada pasangan lain juga supaya mereka alert sebelum terlambat.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.