Bila lihat anak bujang atau anak dara kita semakin dewasa tentunya tidak lama lagi pasti akan tiba masanya untuk mereka pula berkahwin. Dan ketika itu, wang hantaran yang perlu diadakan pastinya banyak jumlahnya.
Namun alangkah ruginya kiranya wang tersebut habis begitu sahaja semata-mata untuk menampong kos majlis gilang gemilang. Jadi apa kata kita ubah corak penggunaan wang hantaran tersebut dengan cara yang lebih memberi manfaat untuk anak-anak kita agar dapat memulakan hidup sebagai suami isteri menjadi lebih terancang dan selesa.
Bagaimana caranya itu, hadam betul-betul perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini, moga bermanfaat.
#TabungKahwin
1. Kita ada satu budaya kahwin, habiskan duit hantaran yang diterima. Ia tiada dalam amalan agama sebenarnya.
2. Duit kenduri harusnya dari ibubapa pengantin sendiri, kenduri atas rasa syukur anak kita bakal dilamar dan jadi raja sehari.
Ads
“Ada sikit buat sikit, ada banyak buat banyak. Ikut kemampuan kita”.
3. Selepas kahwin kehidupan lebih mencabar. Jadilah ibu bijak seperti Puan Linda Rahman ini. Ketika orang mintak duit dari kita, kita sediakan panduan atau syarat nak buat apa.
Kita juga ada hak kerana ia duit kita. Jangan nak habiskan begitu saja.
4. Runding secara baik dan bijaksana, santuni rombongan meminang kita dan nyatakan apa yang kita akan buat dengan duit itu.
Ads
“Jika dapat duit itu, dijadikan deposit rumah pertama buat mereka. Mereka juga dapat rumah lepas kahwin nanti.”.
“Hantaran ini kami beri dalam bentuk dinar emas, agar lebih terjaga nilainya”.
“Anak saya dah beli rumah, cadangnya nak dijadikan hantaran nanti rumah ini.”.
” Kenduri nie kita buat kecil sahaja, lebih duit nanti untuk mereka mula hidup nantinya”.
Bila isteri mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, itu bukan bermakna seorang isteri itu mahu bersenang lenang di rumah. Tapi sewajarnya bagi seorang suami patut rasa bersyukur dan menghargai keputusan dan pengorbanan tersebut.
Ini kerana, menggalas tugas sebagai suri rumah sepenuh masa memberi makna seorang wanita itu perlu bekerja 24 jam tanpa cuti. Setiap waktunya ada sahaja pekerjaan baru yang harus dibuat dan semua itu tidak pernah ada penghujungnya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini, ianya cukup jelas sebagai mana apa yang telah dilakukan oleh bidadarinya. Nyata, setiap coretan yang diluahkan begitu indah dan harus dijadikan inspirasi pasangan suami isteri di luar sana.
Suri rumah kerja mulia
Suri Rumah adalah pekerjaan terbaik dalam dunia. Dialah jurutera, arkitek, guru, doktor, motivator, jururawat……permaisuri, ratu, bidadari…pencinta paling ikhlas.
Dari hari pertama selepas pernikahan bersama bidadari tercinta. Beliau belajar tinggi-tinggi. Pernah bertanya saya masa mula-mula kahwin. Abang nak saya bekerja atau jadi suri rumah. Saya kata keduanya mulia disisi Allah sama ada suri rumah atau bekerja. Paling utama niat kerana Allah dan bawa Islam dan sunnah Nabi saw dalam kehidupan.
Kami sama-sama bekerja. Gaji saya kecil. Gaji isteri saya 3 kali ganda jauh tinggi dari gaji saya. Saya bawa isteri bersama-sama perbaiki diri. Sehinggalah satu hari isteri saya ingin berhenti kerja kerana katanya saya ingin menjadi orang yang hidupkan rumah dengan amal agama dan bimbing anak-anak. Anak-anak amanah Allah. Saya nak tunggu abang balik kerja setiap hari. Nak hantar dan sambut abang balik kerja. Sebab abang dan anak-anak syurga saya. Teringat sebak rasa…
Saya kata, abang sentiasa ingin yang terbaik dalam hidup kita. Sebenarnya saya simpan dalam hati. Itulah keinginan saya semenjak dulu lagi isteri suri rumah sepenuh masa. Tapi prinsip hidup saya ingin isteri saya buat kerana hatinya setelah dia belajar iman. Bukan kerana saya. Biarlah kerana Allah.
Saya sujud syukur. Itu hari saya menangis terlalu gembira dalam hidup saya. Anak baru seorang masa isteri saya buat keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa..seluruh hidupnya.
Suri rumah kerjanya sentiasa bermula tanpa penghujung
Saya lihat kerja suri rumah 24 jam tanpa henti. Tiada punch card. Tak tahu mana dipanggil mula. Dan mana dipanggil habis kerja. Kerja tak pernah habis. Sentiasa bermula. Dan tiada penghujung. Peluh dan lenguh tiada lagi. Kerja paling berat tak peduli diri sendiri sampai akhir hayat. Ya Allah.
Seorang diri mengadap 4 penjuru rumah. Pernafasan dan pemandangan terhad. Ditemani anak seorang. Merindui suami. Sambil kadang-kadang baca Al-Quran, solat, dengar radio dan membaca. Bila anak bertambah kerja semakin berat. Sampailah anak 4 orang. Bagaimana orang anak lagi ramai. Ya Allah..
Tak tahu masa bila dipanggil tidur. Masa bila buang air kecil dan buang air besar. Tak tahu masa bila berehat. Anak rehat. Mak curi-curi berehat. Anak jaga menangis. Mak berjaga. Tidur macam tak tidur.
Masak sedap-sedap tunggu suami balik. Sambut suami. Bercerita dan meluahkan cerita. Kerana rindukan suami. Tinggal sedikit kawan, keluarga, kehidupan. Yang tinggal hanya suami dan anak-anak. Dalam sedih atau merajuk terus mengurus suami dan anak-anak. Kesusahan dan kesedihan tanggung seorang diri. Itulah suri rumah.
Berbekalkan ilmu. Jika dulu malu bila orang tanya kerja apa sekarang. Sekarang dengan penuh gembira belajar tinggi-tinggi dan gunakan ilmu untuk suami dan anak-anak. Rela menjadi orang disebalik tabir. Air mata dan tangisan tapi Redha Allah dan cinta suami serta anak-anak buat semuanya berbaloi. Buat semuanya nikmat.
Semua orang paling kaya dan hebat akan kata paling yang diinginkan dalam hidup ini patah balik semula ke belakang dan mula memberi masa untuk keluarga. Beri masa buat pasangan tercinta. Beri masa buat ibubapa. Beri masa buat anak-anak. Tak sanggup kehilangan saat mereka membesar. Saat berdua-duaan dengan suami..
Dulu pernah saya balik rumah menangis kerana gaji seribu lebih sikit jer yang tinggal. Akhirnya itu pun hilang. Kerja dan projek dah takde. Hari raya tak keluar rumah. Tak berani keluar rumah. Kata bidadari suri rumah dalam hidupku, bersabarlah kerana kita ada Allah. Jangan sedih. Kan abang selalu kata Allah jaga orang yang jaga agama. Allah tidak akan sia-siakan mereka..
Hidup sempit dan susah. Isteri tak peduli tohmahan atau kata orang. Sentiasa kata cukuplah Allah buat diriku. Orang kata nanti jika tak bekerja suami senang tinggalkan kita. Atau suami meninggal macam mana? Maka jawab bidadariku, sepertimana dia aturkan pertemuan jodoh kami. Seperti dia beri nikmat anak-anak. Seperti dia beri segala nikmat hari ini. Seperti itu Allah akan terus buka jalan buat orang yang berusaha di jalan Allah dan berusaha jaga agama.
Wahai suri rumah seluruh dunia usahlah bersedih kerana kerjaMu kerja paling mulia. Saya kerja motivator, training consultant dan sedikit perniagaan. Tapi saya cuma dapat katakan segala nikmat ini Allah hadiahkan kerana doa ibu saya seorang suri rumah 24 jam sampai hari akhir kehidupan dunia dan saya amat merinduinya. Dan paling saya cintai bidadari hidupku yang berkorban menjadi suri rumah dengan izin Allah menguruskan diriku dan anak-anak. Sebenarnya uruskan semuanya dengan izin Allah. Saya mencemburui kemuliaan dan ganjaran yang Allah sediakan buat wanita ini…
Wahai ibuku semoga wajahmu sedang diusap dan disayangi. Izinkanlah diri ini cium dahi ibuku dalam syurga. Wahai isteriku abang nak jadi orang yang akan sentiasa usap air matamu dan bahu ini tempatmu bersandar. Jika abang pergi dulu, Allah hantar malaikat jaga dirimu. Syurgalah rumah yang kekal buat suri rumah yang ikhlas.
Buat wanita yang bekerja kamu teramat mulia kerana berjuang membangunkan Islam melalui pekerjaan dan membantu suami kerana tuntutan zaman dan keperluan hidup serta kerjaya yang fardhu kifayah mesti ada wanita di sana. Tugas mencari nafkah tugas lelaki tetapi ada kerja yang memerlukan kamu demi menghidupkan hukum Allah. Hanya Allah membalas pengorbananMu
Sesungguhnya setiap ibu bapa ingin memberikan yang terbaik buat anak. Setiap keperluan anak disediakan dengan sempurna agar dapat membesar dengan sempurna dan selamat. Oleh kerana itu, tidak mustahil ada ibu bapa yang terlalu mengawal anak. Hakikatnya ini, secara tersiratnya ia memberi kesan negatif kepada anak.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Azlina Johari atau dikenali sebagai Teacher Ina yang berpendapat ibu bapa seharunya tidak perlu mengawal anak-anak. Ikuti pendapatnya.
Ada dinyatakan,parents zaman sekarang terpengaruh dengan banyak marketing. Dan paranoid. Akibatnya anak-anak hilang social bonding dan anak-anak less explore. Dan banyak anak end up bergantung dengan ibu bapa sampai umur lebih 20thn.
Ada beberapa jenis TIGER PARENTING (too much pushing, pulling, directing, instructing, scheduling dan monitoring);
?Tiger parenting-yg anak over scheduled.. Ada rule mcmana semua kena buat. ⛺Helicopter parenting-yg akan masuk campur dan selesaikan mslah anak ?️Lawn mower/snowplow-yg akan dihadpn anak dan ketepikan semua obstacles (halangan) so anak akan mudah meneruskan ?Bubble wrapper-protect anak2 wpun dari kesalahan/dissapoinment anak paling ringan pun Contoh dalam buku ni. Maknya belikan 2set buku. So anaknya tggl buku di sekolah dan dah ada buku yg sama kat rumah..
Over protecting dan over directing adalah underparenting. Yang mana kanak-kanak tak belajar try and error dan independent.
Overindulgence =spoiled. Akan tidak independent, problem solving problem
Ada satu kes dr ni. Seorang remaja yang stress dan ibu bapa bukan dr jenis tiger parenting kat atas… Dia request mcm2 kelas.. Tapi sehari tidur hanya 5jam..academic sarah ni sgt excel dan sport juga. Dan akhirnya dia starr ambik ubat utk make sure dia stay awake mlm2 utk study.. Kemudian sara fail utk swimming qualifications.. Dan ambil ADDERALL +OXYCONTIN. parents dia xpernah push utk buat.
Semua ni sbb dia nak please parents dia sbb dia rasa buat ni parents dia rasa sgt happy dan hidup dia dah setting ‘getting to the next level’.. Dia hanya nak make sure dia jdkan parents dia GOOD PARENTS.
Ni pendpt sy dan dikaitkan dgn beberapa teori lain+pengetahuan+pengalaman so sebenarnya tak perlu pun byk2 structured class masa kanak-kanak..
Seharusnya mereka di expose kepada pelbagai pengalaman. Untuk meraikan macam-macam intelligence.
Sebab structured ni akan limitkan trial and error dan independent. Kanak-kanak kena banyak PROCESS try & error. Mcmana?melalui banyak unstructured.
Ibu bapa perlu kawal diri
Kita bukan ibu bapa yang perfect of course.. Tapi tu bukan alasan utk kita tak berikan peluang anak-anak mencuba..
Dalam buku ni ada kata .KEY utk fixkan sifat ibu bapa yang over ni ialah..CONTROL diri kita. Bukan kanak-kanak. As easy as that.
Selalunya kalau anda lihat di feed Instagram, ataupun Facebook mesti pernah terlihat video seorang chef yang murah dengan senyuman di mana setiap video yang dimuat naik olehnya pasti tidak akan lekang dengan senyuman di bibir.
Berikutan kejadian gempa bumi di Bumi Turkiye baru-baru ini, Chef selebriti, CZN Burak yang juga berasal dari Turkiye dilihat menangis teresak-esak susulan tragedi gempa bumi melanda bahagian tenggara negaranya dan sempadan Syria.
Menerusi satu ciapan IlmFeed di laman Twitter, difahamkan chef berusia 29 tahun itu menggesa pengikutnya di serata dunia bagi menghulurkan sumbangan supaya dapat meringankan beban mangsa yang terjejas.
“Chef Turki, CZN Burak yang popular dengan video masakan cerianya dilihat menangis apabila merayu orang ramai untuk tampil membantu dalam apa cara sekalipun,” tulis ciapan tersebut.
Turkish chef CZN Burak who is known for his cheerful cooking videos was seen in tears as he asked for people to help in any way they could. “If anyone is able to help, should help” pic.twitter.com/qPEJuIJcpi
Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet turut sebak melihat kesedihan Chef Burak apatah lagi tidak pernah melihatnya menangis meskipun dilaporkan menghidap sakit tumor otak sebelum ini.
Malah, segelintir individu turut mendoakan semua mangsa terlibat diberikan kekuatan dan pasukan yang membantu juga dipermudahkan urusan di sana.
Sementara itu, menerusi sebuah video dimuat naik di aplikasi TikTok, dia turut melakukan misi bantuan dengan membawa bekalan makanan dan barangan keperluan ke Hatay selain beberapa wilayah lain bersama pasukannya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.