Membesarkan tiga anak yang masih kecil sememangnya memerlukan daya fokus dan kesabaran yang tinggi. Namun bagi pempengaruh yang juga isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan iaitu Dr Fie Tawfek, dia punya caranya yang tersendiri dalam mendidik anak.
Berkongsi kisah dan tip keibubapaan, Dr Fie yang turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Mama Millennial yang diserikan oleh susu kambing Karihome turut berkongsi tipnya dalam mendidik anak.
Malah ketika berkongsi perbezaan karektor ketiga-tiga anaknya, Aafiya, Aafan dan Afzan, doktor cantik manis ini turut berkongsi rahsianya supaya anak lebih fokus dan leka ketika bermain.
“Anak ketiga saya memang suka sangat menyakat orang lain. Nasib baik ada abang dan kakak yang melayan dia sepanjang hari.
“Jadinya tak adalah masalah tantrum sebab abang dan kakak memang sentiasa layan dia, kita pun tak adalah focus pada dia saja.
“Selalunya saya akan sediakan barang-barang atau apa saja permainan untuk dia dan kakak serta abangnya main bersama, jadi senang kerja saya.
Ads
“Saya pula memang suka permainan Montessori yang boleh buka dan pasang supaya anak boleh belajar. Lagi pula anak bila permainan yang agak lama, anak boleh fokus untuk siapkan,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah membesarkan ketiga-tiga anak, ujar Dr Fie lagi dia paling bertuah kerana mendapat sokongan penuh dari suami.
“Nubhan banyak membantu dalam membuat keputusan contohnya kalau memilih sekolah anak dia akan buat keputusan hasil perbincangan bersama.
“Kita sama-sama okay, sama-sama suka sekolah yang kami pilih dan dia banyak menyokong. Jadi tak ada isu di situ dan mudah bagi dia,” tambahnya.
Ads
Melalui tempoh usia berbeza ketika melahirkan tiga anaknya, akui Dr Fie dia juga seperti ibu lain yang pernah berbuat silap dalam mendidik.
“Jika boleh diundurkan masa saya mahu memperbetulkan semula percakapan saya dengan anak-anak. Biasalah kita kan mak-mak, ada saja yang kita cakap untuk memastikan anak dalam keadaan baik.
“Saya akui dulu saya bersifat agak tegas dengan anak dan kini bila anak ketika saya sendiri mengakui perbezaaannya.
Ads
“Melalui beberapa kelas parenting juga saya banyak belajar dalam mendidik anak-anak saya,” tambahnya.
Tambahnya jika diberikan masa dia mahu lebih masa bersama anak-anak supaya dapat melihat anak membesar depan mata. Satu nikmat bagi wanita bergelar ibu.
Ibu ayah kena biasakan anak-anak lelaki masuk ke dapur atau membuat kerja-kerja orang perempuan di dapur. Jangan pula melarang anak lelaki melakukan semua ini , nanti akan merosakkan kualiti kepimpinan yang ada dalam diri anak lelaki.
Melalui perkongsian Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dalam salah satu persoalan ceramahnya memaklumkan kenapa mak-mak tak boleh memanjakan anak lelaki.
Biasakan anak lelaki buat kerja dapur. Ini Sebab Kenapa Tak Boleh Manjakan Anak Lelaki:
Persoalan penonton ceramah tentang kualiti kepimpinan lelaki hari ini yang makin berkurang, berbanding wanita yang lebih cemerlang membuka topik mengapa mak-mak tak boleh memanjakan anak-anak lelaki mereka.
Berikut panduan yang dinyatakan oleh beliau dalam ceramahnya.
1. Kerja-kerja Orang Perempuan Inilah Sebenarnya Tugasan Wajib Anak Lelaki
Hasil pemerhatian ustazah, kaum wanita tak mendidik anak lelaki sebagaimana sepatutnya. Mak-mak banyak memberi ‘excuse’ dan pelepasan pada anak lelaki. Contoh mudah: ketika di rumah, siapa yang memasak nasi? Anak lelaki atau perempuan. Kenapa ‘masak nasi’ jadi penting? Sebab urusan memasak nasi, membasuh pinggan malah menghidang sepatutnya dijuarai oleh anak lelaki.
2. Kerja Renyah Ini Kelak Melahirkan Anak Lelaki Yang Hebat
“Saya terbuka mata bila berjumpa dengan seorang tokoh ibu mithali di Muar. Belia mempunyai 10 orang anak. Yang mana, 9 lelaki dan seorang perempuan. Tetapi anak perempuannya meninggal dalam usia muda.
“Ibu ini tiada pilihan melainkan mendidik anak-anak lelakinya dengan kerja-kerja memasak, menyapu, mengelap, membasuh malah menyidai kain. Akhirnya ibu ini telah melahirkan anak-anak bekerjaya doktor, engineer dan sebagainya.” ujar Ustazah Isfadiah lanjut.
Dalam satu kisah yang lain, ustazah berkongsi bagaimana cerewetnya seorang doktor lelaki yang terbiasa dengan kerja-kerja orang perempuan ini. Namun, akhirnya dia menjadi seorang lelaki yang bermanfaat.
“Doktor ini berkahwin dengan kawan baik saya. Ketika dalam satu majlis dan mahu merakam gambar, dia minta bantuan budak lelaki usia dalam 9 ke 10 tahun untuk tangkap gambar kami. Kali pertama budak itu ambil, dia kata ‘kenapa jambul pakcik tak masuk’. Tangkap lagi, ‘ni makcik sekerat’, seterusnya, dia kata ‘Aii.. gelap’ Dekat 5 minit dia minta budak tu ambilkan gambar, sampai jadi.
Apa yang saya belajar? Walaupun doktor ini cerewet dalam 5 minit berurusan dengan anak kecil tadi, akhirnya anak kecil ini belajar sesuatu.
Dia belajar macam mana nak tangkap gambar dengan ‘angle’ yang baik.
Rupanya doktor ini memang sudah biasa dengan kerja-kerja di rumah, dan itulah yang menjadikan dia cerewet. Sebab dia tau apa yang baik.. ini kerana dia dah biasa buat kerja-kerja yang cerewet.
3. Agar Anak Lelaki Jadi Suami Yang Tahu Jenis-jenis Nafkah Di Rumah
Siapa penjaga nafkah dalam rumah.. kalau bukan lelaki. Tetapi adakah anak lelaki ini didedahkan dengan jenis-jenis nafkah yang ada di rumah. Sebab itulah dia kena tahu masak nasi, supaya bila dah berkahwin nanti dia tahu adakah beras masih ada lagi atau tidak, kalau isteri goreng ikan hangus pun dia tahu. Dia tahu barang rumah ada lagi atau tiada. Bukannya tahu-tahu balik rumah, minta makanan dan tunggu semua terhidang.
Biasakan anak tuang sukatan ‘pot’ beras. Biarkan dia biasa dan faham dengan urusan beras. Nanti bila sampai bab zakat, dia faham konsep cupak.
Ustazah Isfadiah juga lakukan eskperimen ada anak lelakinya: Biasakan anak lelakinya mencatat barang keperluan di rumah.Dan nyatakan apa yang kurang. Mula-mula memang anak lelakinya kekok, dengan bantuan kakak mereka dapat mencatat setiap barangan yang makin berkurang.
“Sampai suatu ketika saya tidak sempat membeli. Pulang pun dah malam. Anak dah catat barang yang tiada. Malam itu dalam jam 12, anak kejutkan ayahnya. Maklumkan banyak barang dah habis. Bila ayah kata beli esok, dia pula susah hati sebab telur habis. Nanti macam mana nak buat sarapan? Sebab nak layankan dia, tengah malam itu juga pergi 7E beli barang.”
Sebab itu kena biasakan anak-anak dengan kerja rumah. Biar dia menyapu, lipat baju, basuh baju. Kalau kotor beri tips macam mana nak bersihkan daki. Dengan bantuan tip yang mak beri, anak takkan jadi putus asa. Bila masuk asrama, ilmu tu jadi berguna.
Tidaklah nanti hujung minggu bawa pakaian kotor minta mak basuhkan. Bila dah terbiasa buat kerja rumah, anak akan belajar hargai penatnya kerja orang perempuan. Dia jadi memahami betapa renyahnya ‘depatment’ dapur itu.
4. Urusan Berkaitan Dapur Itu Budaya Sunnah
Nak buang manja dalam diri anak lelaki memang sukar, sebab cara ini bukan budaya kita. Tapi mak-mak, ini adalah budaya sunnah. Rasulullah SAW dulu seorang anak yatim. Baginda dah biasa uruskan keperluan untuk diri.
Sebab itu, ditegaskan lagi anak lelaki jangan dimanja-manjakan sangat. Nak memasak ayam, kena keluarkan dari peti ais, potong, bersihkan.. semua itu ada stepnya. Proses ini mengajar mereka menjadi SABAR. Inilah sunnah nabi, Saidina Abu Bakar sendiri perah susu kambing untuk ahli keluarganya.
5. Melatih Anak Lelaki Sentiasa Ingat Dengan Mak Ayahnya
Mulakan dengan menyendukkan nasi dekat mak ayah. Kenapa senduk nasi? Bayangkan anak itu belajar kejuruteraan dan pergi ke Jepun. Bila dia biasa senduk nasi untuk mak ayahnya. Waktu nak makan, pasti anak akan terkenangkan mak ayah.
Dia terfikir, ‘Mak dah makan ke belum?’ Sebab sebelum ini dia dah biasa senduk nasi untuk mak ayahnya. Momen itu akan menyentuh emosinya. Apabila dia dah berumah tangga kelak, dia akan ingat mak ayah dan hulurkan duit untuk mak ayah.
Dia tahu penat lelah orang tuanya. Sayangnya, hari ini semua tumpuan itu diberikan pada anak perempuan. Anak perempuan tak boleh bangun lewat, sebaliknya anak lelaki tak boleh masuk dapur. Betulkan kembali budaya ini maka akan lahirlah anak lelaki berkepimpinan sebagaimana hebatnya anak perempuan.
Dalam membentuk mereka menjadi pemimpin, yang membezakannya adalah anak perempuan kena dibangunkan sifat malu. Manakala anak lelaki bangunkan sifat kewalian (sifat hero) dalam diri mereka.
Tapi mak-mak banyak terlepas pandang. Patut hal ini diambil peduli. Takut Allah kata ‘kamu zalim sebab tak dedahkan kebijaksanaan pengurusan pada anak-anak lelakimu’
Usah Zalim, Didiklah Anak-anak Lelakimu. Sebagaimana Allah berfirma dalam surah An-nisa Ayat 9,
anak lelaki buat kerja dapur
Nasi Basi Berair, Warna Kelabu & Lama Nak Bilas, Wanita Ini Tak Sangka Rupanya Ada Gangguan
Hidup ini penuh dengan dugaan. Kita pastinya inginkan bahagia bersama keluarga mencari rezeki. Namun kadang kala ada yang sakit hati dan cemburu melihat kebahagiaan.
Hingga ada yang sanggup menghantar sihir atau sebarang gangguan untuk menjadikan kehidupan orang sasarannya hidup tidak aman.
Sebagaimana kisah yang dikongsi oleh puan ini Sri Hanni Borhan harus dijadikan iktibar untuk kita berhati-hati agar ia tidak berlaku dalam keluarga kini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
PATUTLAH NASI ASYIK BASI
Orang kata jangan hebah kan. Simpan sendiri je. Tapi saya di ajar beberapa petua oleh perawat. Elok di hebahkan sebab nak bagitahu yang kita tahu.
Lepas maghrib tadi masak nasi. Nasi dah masak. Panas panas nasi dah basi berair dan berwarna kelabu.Masa cuci air keroh memang lama saya bilas nasi.
Ini kejadian ke dua selepas tahun 2016 sebelom saya sakit teruk. Masa 2016 rumah banglo jb, nasi berair dan bercapuk warna kelabu saya dan bekas suami makan sekeluarga sebab rupa macam basi tapi nasi tak rasa basi.
Finally tak sampai setahun saya sakit teruk, rumahtangga rosak teruk, emosi sakit sangat dan banyak masalah.
Kali ini, saya jumpa masalah yang sama. Saya terus buang. Dan kami terus order nasi food panda.
Malam ni kami buang semua barang masakan garam gula rempah2 semua, apa apa barang makanan untuk di makan dalam rumah ni, semua kami dah masuk tong sampah dan akan di bawa ke ustaz dan akan di hanyutkan ke sungai.
Dulu.. kami boleh terjebak dengan tuju tuju. Insyaallah kali ini Allah berikan kelapangan hati dan fikiran. Kali ni saya nampak dan sedar. Saya akui, tangan saya sendiri buang bersama al fatihah 7x dan ratib al hadad.
Semua tuju tuju ni saya pulangkan sendiri atas ikhtiar saya sendiri dengan izin Allah dan saya akan bawa ke perawat perawat yang bantu saya selama 6 tahun ini.
Hati anak mana yang tak pilu apabila mengangkat sekujur tubuh insan tersayang yang kaku tidak bernyawa.
“Saya biasa terbabit dengan operasi menyelamat mangsa kemalangan jalan raya dan sudah mengangkat lebih 20 mayat.
“Namun semalam saya terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila mengangkat mayat mak sendiri dan memasukkannya ke dalam plastik.
Itu kata-kata Muhammad Farid Arbak, 29 yang merupakan anak kepada Norhamidah Kamar, 59, yang maut dalam kemalangan.
Norhamidah yang bertugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Kuala Selangor dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dipandu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebatang pokok.
Muhammad Farid yang bertugas sebagai Pegawai Bomba Bantuan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor berkata, ketika kejadian beliau sedang bertugas sebelum menerima panggilan telefon daripada jiran memaklumkan kemalangan menimpa ibunya.
“Saya bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki motosikal. Dalam masa sama, saya berharap mak hanya terbabit kemalangan biasa dan boleh dirawat.
“Sebaik tiba, saya lihat orang sangat ramai menyebabkan saya tinggalkan motosikal kerana tiada ruang untuk lalu.
“Saya lari menuju ke arah mak dan sebaik menghampiri, remuk hati melihat jenazah sudah terbaring di jalan raya dalam keadaan ditutup dengan kain batik.
“Kali terakhir saya bertemu mak di sekolahnya pada waktu pagi (semalam). Kebetulan mak tertinggal teluk itik dan telur masin yang dikirim oleh rakannya.
“Disebabkan tempat kerja saya dengan sekolah mak tidak jauh, saya sempat menghantar pesanan yang diminta,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Yu
Muhammad Farid berkata, dia tidak dapat menahan sebak apabila masih terngiang-ngiang suara ibunya yang mengejutkannya bersahur pada pagi sebelum kejadian.
“Sehari sebelum itu, kami sekeluarga sempat berbuka puasa bersama dan menunaikan solat sunat Tarawih di surau berhampiran.
“Ramadan tahun ini adalah yang terakhir buat saya bersama mak. Sebagai orang Islam, saya reda dengan ketentuan Ilahi kerana mak bertemu Penciptanya dalam bulan penuh mulia,” katanya yang juga anak ketiga daripada enam beradik.
Jenazah Norhamidah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid At Taqwa, Kampung Sungai Yu.