beberapa tahun lalu viral biskut florentine yang kaya dengan kacang kan? Waktu tu semua orang pakat-pakat order lah! Bagi yang tahu cara nak buat, berduyun pergi ke kedai jual barang bakeri nak beli bahan-bahannya buat sendiri!

Tapi.. Sebenarnya kalau diikutkan agak ‘kayangan’ kerana kacang pun boleh tahan harganya, ditambah pula dengan tepung florenta yang juga tinggi harganya kalau nak beli.

So… Yang mana teringin nak makan biskut ini dengan modal yang sedikit murah, boleh cuba resipi ini, mudah sahaja tak perlu guna tepung florenta dah! Hanya digantikan dengan bahan lain sahaja. Nak tahu apa bahannya? Macam mana nak buat? Meh tengok di bawah ini!

RESIPI BISKUT FLORENTINE TANPA GUNA TEPUNG FLORENTA

Bahan-bahannya :-
800g campuran kacang-kacang (jenisnya mengikut kesukaan masing-masing)
Sedikit garam
80g telur putih gred A
50g madu

Buat Sendiri Biskut Florentine Tanpa Tepung Khas. Sama Hasilnya & Lebih Jimat!

Cara-caranya :-

1. Bakar atau goreng kacang tanpa minyak selama 15 hingga 20 minit. Ketepikan.

2. Satukan garam, telur putih dan madu di dalam mangkuk.

IKLAN

3. Kemudian masukkan kacang, gaul rata sehingga semua kacang disaluti dengan telur putih.

4. Lapikkan loyang dengan kertas minyak. Ambil bekas cup kek atau acuan bakar, sudukan kacang dan masukkan ke dalam acuan. Tekan dengan kuat menggukan sudu supaya kacang melekat dan tidak hancur.

Buat Sendiri Biskut Florentine Tanpa Tepung Khas. Sama Hasilnya & Lebih Jimat!

5. Bakar dalam oven selama 20 hingga 25 minit pada suhu 140℃-150℃.

Buat Sendiri Biskut Florentine Tanpa Tepung Khas. Sama Hasilnya & Lebih Jimat!

6. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan tunggu sehingga biskut betul-betul sejuk. Kemudian sambung bakar selama 10 minit supaya menjadi lebih rangup.

IKLAN

Buat Sendiri Biskut Florentine Tanpa Tepung Khas. Sama Hasilnya & Lebih Jimat!

7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

Sumber : Chaiya Jarunee

Whoaa menariknya Kidzania ni! Nak tahu apa ada di sana? Jom tonton!

Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.

IKLAN

Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.

 

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI