Cendol, merupakan minuman yang cukup popular dan menjadi treadmark sepanjang masa. Rasanya yang manis dan berlemak menjadikan minuman cendol punyai keistimewaannya yang tersendiri.
Menyedari begitu ramai yang menyukai minuman ini, maka tidak hairanlah minuman cendol ini begitu mudah untuk didapati. Sama ada dijual di gerai tepi jalan atau hingga di tempat makan bertaraf eksklusif sekali pun, air cendol menjadi antara menu yang ditawarkan.
Pun begitu, sekiranya terasa teringin nak buat sendiri cendol, jom kita tengok resipi yang dikongsi oleh Mamak Haji ni. Mana tahu, bermula dengan suka-suka untuk menyediakan cendol untuk keluarga, menjadi titik tolak bermulanya langkah anda untuk berniaga dan seterusnya menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan di masa akan datang.
Jom semak bagaimana cara penyediaannya.
CENDOL
Ads
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
* 125gm tepung beras (1 cawan)
*20gm tepung Hoen Kwe
* 50gm tepung ubi
*200ml air pandan (2 cawan)
*3/4 sudu makan Air Kapur.
*1 sudu kecil garam
* secubit pewarna hijau
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan air pandan, potong 4-5 daun pandan kira 2 inci dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar. Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas. Sebenarnya kita panaskan double bottom.
Ads
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
Ads
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam . Akan panas dan sukar untuk anda memutarnya.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol.
7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.
Melihat menu yang satu ini mamang boleh buat perut terasa lapar tiba-tiba dan kecur liur dibuatnya.
Apatah lagi buat penggemar menu berasaskan telur, tentu sahaja hidangan ini tidak sabar untuk dijamah bersama nasi panas.
Menariknya tentang menu ringkasTelur Juicy Spicy ini kalau dilihat bahan-bahan yang digunakan memang mudah dan cukup ringkas penyediaannya.
Jadi apa kata jadikan menu ini pilihan melayan selera keluarga.
Telur Juicy Spicy
“Amaran sekali buat mesti nak lagi! Sedap hingga menusuk kalbu babe! Especially to penggemar telur macam saya.. Haha. ”
Bahan:telur, kicap , cili potong , limau nipis
Cara buat :
1. Telur tu goreng lembik-lembik. Biasa orang rebus 3 suku, pun boleh, tapi resepi kali ni goreng lagi boom.. Serius.
2. Letak kicap. Saya pakai kicap manis Jalen.
3. Letak cili potong.
4. Perah limau nipis
Last.. Gaul-gaul sikit.
Masuk mulut telur dengan cili sekali. Kecur air liur tengok lime tu! Memang juicy , hot spicy. Rasa dia memang pergiiiii!! Cannot describe. Rasalah sendiri.
Suami saya mula-mula taktak , sebab dia memang tak suka makan telur, tapi sekali suruh rasa. Nak lagi pulak, tak cukup 3 biji.
Maybe orang lain pun dah biasa buat. Saya saja share kot ada yang tak pernah try, asyik buat 3 suku tu je. Kot la ada hari mood malas nak masak, boleh buat benda simple but nice mcm nie. Kan?
Sumber : Hani Pembor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lain orang lain citarasanya, namun bila menyentuh tentang resipi kek coklat ramai teruja untuk menikmatinya. Bukan sahaja kanak-kanak malah kita orang dewasa pun Kek coklat memang enak dan ramai yang suka, sama ada dimasak bakar atau dikukus. Andai kata tiba-tiba terasa teringin untuk menyediakan sendiri, apa kata anda sediakan resipi yang dikongsikan ini.
Resipi Kek Coklat Moist
Bahan A
1 Cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 Cawan susu cair
1/2 Cawan susu pekat
1 Cawan minyak
~ Campur semua bahan.A … masak di atas api kecil hingga larut sebati … bila dah sebati …tutup api ..
Bahan B
1 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu kecil soda bikarbonat
~ Ayak bahan B …
Bahan C
3 Biji telur size A
1 Sudu kecil esen vanilla
~ Blender bahan c hingga kembang
Cara-cara …
1. Masukkan bahan A ke dalam bekas lain masukkan pula bahan B dan C secara selang seli.
2. Semuanya guna whisk sahaja ye bila dah sebati semua. Kalau rajin tapis adunan yang dah siap ni kalau tak tapis pun tak apa.
3. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. Kalau tak mendidih betul, keknya tak naik cantik.
4. Masa kukusan bergantung kepada bekas. Bekas yang paling kecil 10 minit yang sedang 15-17 minit, yang besar 40-45 minit. Boleh juga cucuk dengan lidi untuk mengetahui telah masak sepenuhnya, jika lidi kering dah masak la tu
Saya bakar menguna teknik waterbath, masak selama 40 minit, suhu 180 atas bawah
****Yang tanya bakar dalam bekas tu cair ke? Jawapanya tak cair . Sebab ada air dalam tray tu .
Topping
1 cawan koko
1 Cawan susu pekat
1 cawan minyak
1/2 Cawan susu cair
Campur semua .. masak secara double boil .
Jika nak.lagi leleh .. tambahkan lagi susu cair sedikit.
Hujung minggu ni pasti ibu-ibu mempunyai masa menyediakan hidangan enak untuk makan tengah hari bersama keluarga. Jika bosan dengan gulai, kari atau sambal, boleh cuba pula hidangan yang sedikit istimewa iaitu kerapu kukus asam boi.
Ditambah dengan hirisan tomato dan mangga muda pasti anak dan suami tak sabar untuk menikmatinya.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu (saiz sederhana atau besar) – bersihkan
3 biji asam boi (tanpa warna)
1 sudu makan sos soya cair
1 sudu teh sos ikan
Sedikit minyak bijan (jika suka)
2 inci halia muda – mayang halus
2 batang serai muda – mayang halus
4 ulas bawang putih – cencang halus
4-5 biji cili padi – diketuk
2 biji limau nipis – perah jusnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Daun ketumbar/ daun bawang
Cara membuat:
Bersihkan ikan. Kelar 3 di setiap bahagian.
Di dalam mangkuk, satukan sos soya cair, sos ikan dan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.
Kukus ikan sehingga separuh masak.
Tambahkan hirisan halia, serai dan asam boi. Kukus lagi ikan hingga masak.
Tuang jus limau nipis dan sesuaikan rasanya. Jika perlu, tambah sedikit garam. Tambah cili padi.
Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di