Sebut saja jajan,pasti yang paling gemarkannya adalah kanak-kanak. Untuk elakkan anak-anak terlalu ‘asyik’ dengan makanan ringan, apa kata ibu-ibu berikan snek yang sihat buat mereka. Lebih bagus jika makanan ini datangnya dari air tangan ibu.

Jom cuba cara nak buat kentang goreng sihat untuk anak kita ini. Terima kasih Puan Noraini Abd Samad atas perkongsian resipinya.

Buat Sendiri Fries Yang Sihat & Sedap Tanpa Bahan Pengawet. Wanita Ini Kongsikan Resipi Guna Ubi Keledek!

 


Nak bagi anak makan french fries kat luar rasa bersalah. Sebab dah tahu dalam tu ada trans fat, digoreng pula dalam minyak panas. Entah berapa banyak lemak tepu, garam dan perisa tiruan yang masuk ke perut anak kita.

Tapi kalau tak bagi langsung, nanti anak kita teringin nak makan bila dia tengok sepupu ataupun kawan-kawan dia makan. Cara paling mudah nak atasi masalah ni adalah dengan buat fries sendiri di rumah. Kita guna ubi keledek.

Rasanya fries ni crunchy kat luar, manis-manis masin bila kunyah, memang sedap, penuh dengan perisa semulajadi. Bukan dari MSG.

Seronok kalau dapat makan ramai-ramai waktu minum petang. Nak jadikan sebagai bekal anak ke sekolah pun bagus juga. Standby lebih sikit kot-kot anak kita nak share dengan kawannya yang lain. Mana tahu lepas ni kawannya pun lebih suka makan snack yang sihat sebab rasanya yang lebih sedap daripada makanan rapu dan fast food.

Ini adalah resepi crispy sweet potato fries. Nak buat pun senang sangat. Bahan-bahan simple aje:

Bahan-bahan:

Ubi keledek
Kanji jagung (corn starch)
Minyak zaitun
Garam Himalayan (optional)
Paprika (optional)
Cayenne (optional)

IKLAN

Buat Sendiri Fries Yang Sihat & Sedap Tanpa Bahan Pengawet. Wanita Ini Kongsikan Resipi Guna Ubi Keledek!

 

==========
Cara-caranya:

1. Potong ubi keledek seperti dalam gambar.

Buat Sendiri Fries Yang Sihat & Sedap Tanpa Bahan Pengawet. Wanita Ini Kongsikan Resipi Guna Ubi Keledek!

 

2. Salutkan dengan kanji jagung senipisnya. Masukkan sedikit minyak zaitun. Gaul rata.

IKLAN

Buat Sendiri Fries Yang Sihat & Sedap Tanpa Bahan Pengawet. Wanita Ini Kongsikan Resipi Guna Ubi Keledek!3. Susun dalam tray. Pastikan ada jarak di antara ubi keledek. Kalau ubi keledek disusun terlalu dekat sehingga melekat, ia takkan jadi crispy di luar. So kena susun berjarak macam dalam gambar. Sebenarnya, kalau tak crispy di luar pun, fries ni tetap sedap.

Buat Sendiri Fries Yang Sihat & Sedap Tanpa Bahan Pengawet. Wanita Ini Kongsikan Resipi Guna Ubi Keledek!
4. Taburkan sedikit garam. Tak nak letak garam pun okey je. Bakar dalam oven pada suhu 210 darjah Celcius selama 10 minit. Balikkan ubi keledek. Kemudian, bakar lagi pada suhu yang sama selama 5 ke 8 minit. 4. Untuk parents yang sukakan sedikit rasa pedas, boleh gaulkan ubi yang dah siap dibakar dengan serbuk cayenne dan paprika. Ni untuk pelbagaikan rasa. Cubalah.

Buat Sendiri Fries Yang Sihat & Sedap Tanpa Bahan Pengawet. Wanita Ini Kongsikan Resipi Guna Ubi Keledek!
5. Siap untuk dinikmati.

==========

Enam kelebihan ubi keledek :

1. Mengandungi bahan bioaktif semulajadi untuk melindungi daripada kanser.
2. Kaya dengan Beta-carotene yang akan ditukarkan kepada Vitamin A di dalam badan.
3. Sangat bagus untuk fungsi mata kita.
4. Meningkatkan sistem pertahanan badan terhadap penyakit.
5. Meningkatkan fungsi otak.
6. Menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat dan cantik.

IKLAN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Buat Sendiri Fries Yang Sihat & Sedap Tanpa Bahan Pengawet. Wanita Ini Kongsikan Resipi Guna Ubi Keledek!

Buat Sendiri Fries Yang Sihat & Sedap Tanpa Bahan Pengawet. Wanita Ini Kongsikan Resipi Guna Ubi Keledek!Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

 

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI