Sedapnya bila dicicah bersama kopi atau teh. Ada juga yang meletakkan susu pekat dan makan begitu sahaja. Itulah keistimewaan biskut cream cracker. Tapi biasanya kita hanya membeli di kedai kan. Apa kata cuba buat sendiri. Mudah jer caranya.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Wahidah Hasan . Selamat mencuba!


Biskut ala ala cream crackers ni tak kurang sedapnya kalau buat sendiri 😊

Ramai yang pm mintak resepi cream crackers. So saya share kat sini ya.

Resepi asal guna unsalted butter sebab ada anak bawah 2 tahun, tapi kalau maknya nak mkn boleh guna butter biasa 😅

Resepi cream crackers homemade :

– 2 sudu besar butter

– 1 sudu besar cream cheese

– 1 cwn tepung gandum

– 2 sudu besar minyak

– 1/4 cwn air (tak habis pun, guna sikit je)

Cara cara :

IKLAN

– Gaul sebati butter dan cream cheese.

– Masukkan tepung sedikit demi sedikit smp habis.

– Masukkan minyak dan gaul sebati.

– Last sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sikit sikit smp adunan tak melekat di tangan.

– Terapkan acuan kesukaan. Saya potong petak guna pisau je. Then buat lubang dengan garfu dan terap nama anak kat tengah tengah.

IKLAN

– Bakar suhu 170° selama 15-20 minit api atas bawah.

*sila gelek adunan tu nipis nipis ya kalau tak nak keras

*kena pantau biskut masa tengah bakar, kalau dah nampak perang, boleh angkat.

Just nak share rupa acuan tulisan untuk terap atas biskut. Comel kan ? Acuan ni saya beli di Lazada RM5.20 termasuk pos. Boleh search alphabet mould/alphabet stamp ya 🤗