Buat Sendiri Kek Coklat Moist, Bahan Utama Minyak Masak.Cukup Mudah & Cepat. 15 Minit Kukus Dah Siap!

Share
Anak-anak paling suka kan kek coklat. Ibu-ibu pun teringin nak buat sendiri. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nasriah Ramli.
Cara buat yang cukup mudah, bahan utama minyak masak dan kukus selama 15 minit sudah siap. Itu antara tip yang resipi ini. Jom semak bahan dan cara membuatnya. Selamat mencuba ibu-ibu semua!
KEK COKLAT KUKUS
Inilah manisan mulut utk ank2 yg berkurung dlm umh sambil ikuti class online
# bahan utama pkai Minyak Masak

Bahan A
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
Campur semua bahan A, masak atas api kecil sampai larut.

Bahan B
1 Cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Satukan semua bahan dan ayak.

Bahan C
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga putih.

Cara membuat:
Masukkan semua bahan A dan B, kemudian masukkan bahan C. Guna pemukul whisk sahaja dan bancuh hingga sebati dan tiada ketulan tepung.


Panaskan periuk kukusan dan tuang adunan kek dalam bekas kecil seperti dalam gambar. Kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.

Bahan untuk coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak (minyak masak/minyak jagung)
1 cawan susu pekat manis

Cara buat topping coklat
Satukan semua bahan dan masak menggunakan teknik double boiler, Masak hingga larut dan tidak berketul.


Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek tadi. tabur coklat rice untuk hiasan.

Sedia dinikmati.

 

 

 

 

IKLAN