Masa memasak sebenarnya boleh dilakukan lebih pantas jika ramuannya atau pes tersedia ada.
Nak masak apa pun, kita hanya perlu sudukan pes tersebut dan terus boleh dimasak tanpa perlu lagi menyediakan bahan-bahan seperti bawang, cili dan sebagainya.
Jadi ketahui resipi menyediakan 6 pes berbeza untuk kegunaan harian yang dikongsikan oleh Rarra Sakura ini.
Hari minggu ni buat stok pes sambal banyak-banyak, pastu simpan dalam freezer. Sangat serbaguna.
Buat sendiri memang tahan lama yang penting takde pengawet. Bila nak guna, terus amik je. Memang menjimatkan masa terutama pada yang bekerja ataupun surirumah.
Ni antara pes yang selalu saya buat. Boleh gak kalau nak tambah pes yang lain macam pes kurma ataupun kari.
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang)
2. Pes Tom Yam
3. Pes Masak Kicap Berempah
4. Pes Asam Pedas
5. Pes Cili Padi
6. Pes Sambal Ikan/Ayam/Daging/Seafood/
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang)
20 biji cabai hijau besar *
10 biji cili api hijau *
10 ulas bwg merah *
8 ulas bwg putih *
5 biji tomato hijau (yg muda) *
1 kiub bilis
3 helai daun limau purut
Bahan bertanda * rebus sampai lembik sikit, pastu lenyek dengan lesung batu ataupun blend kasar. Panaskan minyak, tumis semua bahan sampai pecah minyak, masukkan kiub bilis, perasakan dengan garam dan gula dan masukkan daun limau purut tadi.
Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu leh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
Ads
2. Pes Tom Yam
20 biji cili kering (rebus pastu goreng gareng ngan minyak)*
15 ulas bwg putih *
10 ulas bwg merah *
10 batang serai *
8 helai daun limau purut *
2 inci lengkuas *
2 inci halia *
3 sudu besar udang kering *
1/4 gula melaka (dari sekeping)
3 cm belacan yg dibakar *
Air asam jawa
3 sudu besar sos ikan (amik yang gambar ikan bawal)
Air, minyak, garam
Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air atau minyak goreng cili tadi. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan sampai pekat. Masukkan air asam jawa, sos ikan, gula melaka dan garam. Masak betul-betul pecah minyak dan pekat
Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
3. Pes Masak Kicap Berempah
20 biji cili kering(goreng dengan minyak sampai garing) *
10 ulas bawang merah *
8 ulas bawang putih *
2 inci halia *
2 sudu besar jintan manis ※
2 sudu besar jintan kasar ※
1 sudu besar lada hitam biji ※
1 sudu besar ketumbar biji ※
Bahan bertanda ※ kena goreng tanpa minyak
Air asam jawa
Minyak, garam, gula, kiub bilis
4 sudu besar Sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin
Kisar bahan bertanda * dan bahan bertanda ※ guna minyak cili goreng tadi sampai lumat. Tumis dengan minyak sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan sos-sos tadi. Jangan lupa bubuh garam, gula dan kiub bilis sebiji.
Ads
Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
4. Pes Asam Pedas
20 biji cili kering (rebus dulu) *
10 biji cili merah (rebus dulu) *
5 biji cili padi (rebus dulu) *
15 ulas bwg merah *
10 ulas bwg putih *
2 inci lengkuas *
2 inci halia *
2 inci belacan bakar *
1 sudu besar biji ketumbar **
1 sudu besar jintan manis **
Bahan bertanda ** tu tak nak masuk pun tak apa.
Air asam jawa, gula n garam
Kisar bahan bertanda * dan ** sampai sebati. Panaskan minyak dan tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan ngan garam, air asam jawa dan gula
Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, selepas itu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
5. Pes Cili Padi
20 biji cili padi merah (rebus)
20 biji cili merah besar (rebus)
2 inci kunyit hidup
Garam
Ads
Kisar semua bahan dengan sedikit air. Pastikan guna air panas atau suam.Lagi bagus kalau kisar kering.
Selepas itu terus simpan dalam tupperware kedap udara, bubuh dalam freezer. Pes ni sesuai lau nak masak gulai yang tak gunakan bawang.
6. Pes Sambal Serbaguna Ikan/Ayam/Seafood
20 biji cili kering (rebus) *
20 biji cili merah (rebus) *
4 biji tomato *
15 ulas bawang merah *
10 ulas bawang putih *
2 inci halia *
1/4 gula melaka (daripada sekeping)
4 sb sos cili dan sos tiram
1 biji kiub bilis, leh gak ganti 3 sudu besar udang kering*
Garam
Minyak
Kisar semua bahan guna sedikit air. Kalau dapat kisar kering lagi bagus. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan garing. Masukkan gula melaka, kiub bilis, air asam jawa dan sos. Perasakan dengan garam
Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
Ekstra tip:
1. Masak guna api yang perlahan ye
2. Guna air masak/air panas/air suam
3. Sudah betul-betul sejuk baru masuk freezer
4.Guna peralatan yang kering untuk proses
menyimpan
5. Seeloknya penggunaan lebih kurang sebulan kalau guna suhu sejuk biasa, kalau sejuk beku confirm lagi tahan. Tapi sapa rajin masak, confirm tak tahan sebulan.
Selamat Mencuba
Sumber : Rarra Sakura via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasti ramai yang menantikan perkembangan anak keempat, usahawan dan pelawak, Shuib.
Terbaru, Shuib memaklumkan, Ayash Affan yang lahir secara pramatang pada 6 Ogos lalu kini sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anak bongsu Shuib dan allahyarham Siti Sarah juga yang berusia 3 minggu itu mula menunjukkkan perkembangan yang baik selepas dikeluarkan dari Inkubator.
“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).
“Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya memetik Harian Metro.
Sebelum ini, Shuib mencari calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash. Kini masalah tersebut sudah diselesaikan apabila sepupunya sendiri mengatakan persetujuan.
“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.
Terdahulu pada 9 Ogos lalu, isteri kepada bintang berkenaan yang juga penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Sebut ikan masin tenggiri terus terbayang rasa asinnya yang sedap beraroma, lagi-lagi jika dimasak bersama sayur kailan memang menikmatinya cukup meyelerakan.
Selain itu, ikan masin tenggiri ini juga sering dimasak secara goreng yang dicampurkan dengan cili dan bawang. Pendek kata siapa penggemar ikan masin tenggiri ni, akan makan bertambah bila adanya menu nan satu ini terhidang.
Jadi buat anda yang ingin membuat sendiri, bolehlah mencuba cara sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Noor Hayani Nani Hashim atau mesra disapa TokMa di group Masak Apa Hari Ni.
Ini perkongsiannya.
Cukup ‘haul’ dah rendaman Tenggiri kita… time to ‘merasa’
Alhamdulillah… menjadi elok dan sedap di tekak TokMa la. Ada rasa masam dan memang sengaja buat kurang masin… lauk reserve penambah selera ni.
TokMa share resepi ye.
Resipi Tenggiri Jeruk
1. Kepingan ikan Tenggiri dibasuh bersih. Toskan
2. Jemur ikan 2 jam lebih kurang bagi betul-betul kering.
3. Celup ikan dalam cuka. Masuk ke dalam bekas.
4. Tabur garam dan selit asam keping di celah-celah ikan.
*TokMa letak garam lebih sikit dari yang biasa kita goreng ikan adjust sendiri jika nak lebih masin.
5. Tutup dan simpan dalam fridge selama 7 hari.
6. Hari ke 8 buang air lebihan dan asam keping.
* jangan basuh ikan.
7. Masuk ikan ke dalam bekas (seeloknya bekas kaca).
8. Tuang minyak masak paras ikan.
9. Rendam selama 4 hari.
* boleh letak kat luar tak perlu dalam fridge.
Hari ke 5 boleh dah goreng dan nikmati kesedapannya. Tumis cili api dan bawang putih (tumbuk), masukkan sikit perasa. Gaul Tenggiri Jeruk… apa nak di kat kan. Campur dalam nasi goreng @ sayur kalian/kangkong goreng…
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee dan Optimus Prime, hilang gementar pergi sekolah. Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila berada di sekolah.