Mendidik anak untuk melakukan perkara yang baik perlu dibiasakan sejak mereka kecil lagi. Dan menjadi tanggungjawab kita juga sebagai ibu bapa memberi tauladan untuk dijadikan contoh buat anak-anak.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh penceramah Firdaus Wong dalam mendidik anak-anaknya tentang perihal permudahkan urusan orang lain. Jom ketahui apa yang dilakukannya.
Saya menjadikan satu kebiasaan untuk anak-anak saya iaitu apabila kami makan di luar, akan kami kumpulkan sisa makanan dan bersihkan meja bagi memudahkan pekerja untuk membersihkannya.
Pada awalnya mereka pernah bertanya: “Kenapa kita mak bersihkan semua ni Daddy? Kan kita dah bayar dan pekerja akan bersihkan nanti?”
Ads
Well, soalan mereka ini valid cuma saya terangkan; “Ya betul kita dah bayar dan akan ada orang akan bersihkan cuma sebagai Muslim kita dididik untuk memudahkan urusan orang lain dan apa salahnya kita bantu bersihkan sedikit untuk mudahkan pekerja membersihkannya nanti?
Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam juga pernah sebut kalau kita mudahkan urusan orang di dunia, Allah mudahkan urusan kita di akhirat. Tambahan pula orang akan nampak kita sebagai Muslim ini pembersih dan suka membantu orang lain.”
Ads
Ads
Hari ini selepas mereka selesai makan, mereka pula kemas sendiri sambil berkata kepada saya; “Kan Daddy kata kita mudahkan urusan orang lain jadi kita bersihkanlah untuk mudahkan urusan orang lain. Kitakan Muslim.”
Alhamdulilah.. Mereka semakin faham. Moga usaha kita yang sedikit tetapi istiqomah ini akan membuahkan hasil dengan akhlak yang baik pada generasi akan datang. Allahuma Ameen. Mungkin sahabat semua juga boleh melakukannya bersama anak-anak nanti tetapi mulakan dengan diri kita sebagai orang dewasa ya…
Kewujudan Persatuan Anak Negeri haruslah dipandang dari sudut yang positif kerana ia diwujudkan bagi menghubungkan masyarakat di negeri kelahiran masing-masing.
Ini terbukti dengan pelbagai program yang dilaksanakan untuk membentuk jati diri anak kelahiran negeri berkenaan.
Biarpun dunia berdepan pandemik COVID-19, ia bukan penghalang bagi persatuan bagi mereaslisasikan program yang bermanfaat untuk ahli.
Bagi Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ), usaha untuk memartabatkan Warisan Negeri Johor tetap diteruskan walaupun berdepan cabaran pandemik.
Menurut Presiden PABJ, Mohsen Hasbollah, penubuhan PABJ adalah merupakan ilham daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yang juga merupakan Penaung Diraja PABJ.
PABJ ditubuhkan setelah mendapat perkenan DYMM Tuanku dan dengan rasminya diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 30 Mei 2021.
Sehingga kini, PABJ telah mempunyai lebih daripada 100 orang ahli. Penubuhan PABJ adalah bertujuan untuk menyatukan anak Bangsa Johor dan menjadi satu platfom bagi mengukuhkan hubungan sosial, pendidikan, kesenian dan kebudayaan Negeri Johor serta menjadi pemangkin bagi memperkasakan ekonomi anak Bangsa Johor.
PABJ telah mewujudkan tujuh (7) biro iaitu Biro Pendidikan, Biro Keahlian, Multimedia & Perhubungan, Biro Ekonomi & Keusahawanan, Biro Kesenian & Kebudayaan, Biro Sosial, Kebajikan & Keagamaan, Biro Sukan & Rekreasi serta Biro Keselamatan & Kesihatan.
Melalui pengwujudan biro-biro tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2021/2022.
Program pertama yang telah berjaya dilaksanakan adalah di bawah kelolaan Biro Sosial, Kebajikan & Keagamaan iaitu Program Ibadah Qurba sempena Hari Raya Aidiladha.
Manakala pada bulan Ogos ini, Biro Kesenian & Kebudayaan mengadakan satu program kelas online iaitu ‘Roti Jala Viral’.
Selain itu, bagi mempromosikan PABJ, Biro Keahlian, Multimedia & Perhubungan juga telah telah menubuhkan website PABJ, Facebook (FB), Instagram (IG) dan Youtube Channel PABJ serta merancang beberapa aktiviti seperti mengadakan sidang media, hi-tea bersama ahli, melantik icon PABJ dan beberapa aktiviti promosi yang berkaitan.
Terdapat pelbagai aktiviti lain yang telah dirancang oleh biro-biro dibawah PABJ seperti Pertandingan Warisan Seni Sempena Kemedekaan, Seminar & Tutorial Seni Warisan, “roadshow” Jelajah Jejaki Seni, Citrawana, Culinary Arts dan Malam Seni Gemilang Permata.
Program-program pendidikan seperti webinar dan juga pembangunan modul PABJ. Program keusahawanan seperti solar projek, penanaman padi untuk pasaran tempatan dan eksport.
Manakala, bagi program sukan dan rekrasi adalah seperti perlawanan golf, bola sepak, futsal dan lain-lain. Selain itu, PABJ juga bakal mengadakan sambutan perayaan bagi setiap kaum dan lain-lain program kebajikan dan sukarelawan yang berkaitan.
Walaubagaimanapun, kaedah pelaksanaan program-program yang dirancang ini adalah bergantung kepada situasi pandemik pada masa kini.
Bengkel Roti Jala secara virtual
Dalam pada itu, Pengerusi Biro Kesenian & Kebudayaan PABJ, Sharifah Rafiza Al-Jamalullail melahirkan rasa syukur apabila program mempelajari Roti Jala secara virtual telah mendapat sambutan di kalangan ahli PABJ.
“Saya tak sangka peserta teruja mengikuti program ini. Ia melibatkan 50 buah keluarga yang di diri daripada anak kelahiran Johor.
“Saya berharap aktiviti ini mendapat memberi manfaat dan inspirasi kepada ahli. Apa yang pasti, aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan hubungan ahli,” ujarnya yang juga dikenali sebagai LadyRose.
Tambah ahli
Oleh kerana baru sahaja ditubuhkan PABJ yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini dalam usaha untuk menambah ahlinya.
Ia suatu usaha untuk anak kelahiran cakna mengenai aktiviti yang akan dijalankan oleh persatuan PABJ.
PABJ mengalu-alukan pendaftaran ahli baru. Di bawah ini disertakan google linkuntuk permohonan menyertai PABJ.
Sepanjang minggu ini tidak henti-henti orang ramai memperkatakan isu poligami. Ekoran terkesan dengan isu rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan pasangannya Syamsul Yusof.
Bahkan tidak dinafikan hingga membuatkan timbul kerisauan di hati isteri jika pasangan ada berniat untuk berkahwin lain di negara jiran. Lantaran itu, isu poligami turut dibincangkan oleh pendakwah untuk memberi kefahaman disamping berkongsi ilmu kepada umum.
Begitu juga sepertimana semua maklum, ustazah Asma Harun sering mengadakan tazkirah secara live di media sosial bersama-sama suaminya Tenku Fazli Tengku Yahya.
Diakui setiap kali bersiaran di media sosial, ianya berjaya menarik perhatian umum dan ditonton oleh ribuan wargamaya.
Pun begitu apa yang menarik perhatian warganet, baru-baru ini sebelum mengakhiri tazkirah, ustazah Asma ada mengajukan soalan mengenai isu poligami kepada suaminya.
“Betul ke memang semua orang lelaki ada keinginan untuk poligami?”
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Mendengar soalan spontan daripada isteri tercinta, membuatkan pada awalnya suaminya terkejut dengan soalan berkenaan. Namun kekal tenang berkongsi jawapannya dan sekali gus membuatkan Ustazah Asma pula yang berdebar menanti setiap bait-bait kata yang keluar daripada mulut suaminya berkaitan poligami.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan jawapan yang diberikan, bahkan ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi tentang poligami.
itulah kita kan…wanita…spt berani utk tanya tp tak berapa berani nak dengar jawapan jujur ☺️☺️☺️
Pilih jalan selamat pak ustaz nii😂😂
bila saya tanya suami pasal poligami dia akan ckp dia x janji tp dia sendiri rasa x mmpu nak amik tanggungjawab besar tu
Jodoh dan ajal segalanya ketentuan Ilahi. Cinta pasangan suami isteri pastinya inginkan hingga till jannah. Namun siapa menduga, si suami di jemput sang pencipta. Pemergianan suami, meninggal dunia kes kemalangan jalan raya bertarikh 6 Mac 2019, bagaikan mimpi buat dirinya.
Lebih meruntun jiwa, perginya seorang suami tercinta meninggalkan isteri yang sedang menunggu hari untuk bersalin serta dua orang anak.
Malah, sebelum kemalangan, arwah suaminya sempat menemani si isteri melakukan pemeriksan kehamilan dan membeli barang keperluan anak-anak.
Ikuti perkongsian Anna Bundle yang memilukan. Kerinduan seorang isteri kepada arwah suaminya, Mohamad Azuan Bin Mohamad Sani. Biarpun perkhabaran duka masih melekat dihati. Namun demi anak-anak, isteri ini tabah hadapi segala ketentuanNya.
Rindu & Kasih Yang Tiada Penghujung Sehingga Kematian Yang Memisahkan
AL-FATIHAH SUAMIKU MOHAMADAZUANBINMOHAMADSANI (Ayie Pak Sani)
Pagi: Jam 7 lebih aku mgajak suami pergi ke hospital serdang atas sebab checkup kandungn . smpi hsptl jam 8 lebih.. tiada perubahan yg dpt dikesan dr tingkah laku nya.. semua nya tenang dn bjlan seperti tiada apa2 akan berlaku.. suami menemani bersama si kecik shingga tgahari jam 12 lebih.. sempat beli pampes utk anak/ mainan utk anak /dan makanan utk ak alas perut..
Anggran jam 3 lebih aku menerima kabar yg mnyatakan suami ku telah tiada akbat kemalangan jln raya..hancur luluh atie ku…perasaan bercampur baur….sehingga kakak & abg mngesahkn arwah sudah di bawa ke hsptal banting… syukur si kecik yg bersama beliau malaikat lindung..anak tidak mgalami kecederaan..cuma trauma akbat kmlgn tersebut..
Kuasa Allah swt semuanya sekelip mata saja…Ajal maut semua nya di tangannya…tiada yg mampu mnghalangnya… serta merta anak2 ku mnjadi ANAK YATIM .. allahuakbar…besar sggh ujian utk ak dn anak2…semoga ak dn anak2 kuat n cekal hadapi semuanya bersama…
1 pinta ak…semoga Allah satukan kami anak beranaj di hari kiamat kelak..Akan ku pimpin tgn anak2 berlari ke suami ku…Allah makbulkn doa ku ini… tiada apa yg aku mohon dr mu…die sebaik2 suami yg ak ada…jaga la dia ya allah.. lapangkn kuburnya…terangknla kuburnya dgn chya syurga…wangiknla kbur nya dgn wangian syurga.. ringankn azab dosa neraka nya…tempatkn nya dikalangan org yg beriman dn beramal soleh…
Rindu ku pdnya tiada pnghujungnya .Damaila engkau disana selamanya. Tunggula aku dn anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.