Andai dapat menjamu selera bersama keluarga sambil menikmati suasana petang di tepi pantai, lazimnya menu berasaskan makanan laut jadi pilihan. Menu Sotong Celup Tepung umpamanya, pasti menjadi antara menu wajib order. Menu nan satu ini memang ‘layan’ kalau diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi dan juadah lainnya.

Pun begitu, kena pandai juga mencari restoran atau tempat makan yang boleh menyediakan Sotong Goreng Tepung yang sedap. Barulah puas hati makan seisi keluarga.

Apatah lagi kalau dimasak sendiri, bolehlah kita makan seberapa banyak yang kita mahu. Malah tidak dinafikan juga, kalau masak sendiri kosnya jauh lebih murah berbanding jika makan di luar.

Buat  Sotong Celup Tepung Nak Bagi Rangup & Elok Kejadiannya, Rahsianya Pada Penggunaan Tepung Kanji!

Jadi apa kata anda cuba dahulu resipi yang dikongsikan oleh Ag Jeffrey Ag Nuddin. Bukan sahaja dia berkongsi resipi malah tidak lokek berkongsi tip untuk dapatkan hasil masakan Sotong Goreng Tempung yang sempurna ‘kejadiannya’.

Menurutnya, banyak cara memasak boleh dilakukan untuk menggoeng sotong, cumanya tidak semua akan jadi 100% seperti yang dikongsikannya itu.

Gunakan Tepung Kanji

Jadi sebaiknya selepas cuci sotong perlulah ditos (buang air) kemudian barulah dicampur segala perasa seperti serbuk kunyit, garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian letak tepung kanji dan putih telur/telur. Gaul rata.

IKLAN

Disarankan ketika menyediakan adunan tepung jangan buat macam  bancuhan untuk pisang goreng, itu nanti akan menjadikan sotong yang dimasak terlihat seperti sotong tempura pula. Ujarnya yang juga berpengalaman sebelum ini sebagai chef shushi.

Ok setelah sotong digaul dengan adunan tepung, sediakan pula bekas kosong untuk diletakkan tepung kanji. Jadi sebelum digoreng, gaulkan atau golek-golekkan sotong tadi dengan tepung kanji yang ada dalam bekas tu. Kemudian masak seperti biasa.

Buat  Sotong Celup Tepung Nak Bagi Rangup & Elok Kejadiannya, Rahsianya Pada Penggunaan Tepung Kanji!

Masak sotong goreng tepung memang leceh sikit, untuk lagi sedap boleh juga gunakan telur masin dan rasanya lagi mantap.  Dan bila gunakan telur masin tidak perlu dicampurkan lagi perasa.

Berkongsi harga sotong di tempatnya di Sabah, nyata membuatkan ramai teruja. Cukup murah dan sotong yang dijual nampak begitu segar. Jadi memang puas kalau dimasak sendiri Sotong Goreng Tepung. Berbaloi dan puas hati!

IKLAN

Buat  Sotong Celup Tepung Nak Bagi Rangup & Elok Kejadiannya, Rahsianya Pada Penggunaan Tepung Kanji!

Sumber : Ag Jeffrey Ag Nuddin

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN

 

 

 

 

ni?

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI