Sekali sekala dapat masak sotong yang digoreng bersalut tepung memang membangkitkan selera. Rasanya yang rangup, enak dan isinya yang lembut membuatkan bukan sahaja anak-anak makan bertambah malah kita pun enak meratah begitu sahaja.
Pun begitu, tidak dinafikan untuk pastikan setiap hasil gorengan sotong bersalut tepung memang agak susah. Kadang-kadang tak menjadi, bancuhan tepung tidak melekat pada sotong. Ini membuatkan kita rasa kecewa sebab sotong yang dimasak tidak seperti apa yang kita harapkan dan bila hendak dimakan tidak dapat pula merasakan kerangupan adunan tepung tersebut.
Tahukah anda, sebenarnya ada cara untuk pastikan salutan tepung pada sotong menjadi elok ketika digoreng, ini sebagaimana resipi dan cara yang dikongsikan oleh puan Meens Yusoff menerusi laman facebooknya. Selamat mencuba!
Ads
Sebelum ni peluh tiyok dok dapur buat benda ni aje mkn berejam.. Dah tau cara, bila anak minta, layan kan aje.. Nah saya bagi tips mudah buat sotong celup tepung cara saya🤭
Cara membuat:
Potong sotong guna gunting pun boleh.Perap sotong dengan tepung bestari dengan air duluSelepas 10 minit, masukkan telur sebiji.Sediakan bancuhan tepung kering iaitu tepung bestari dan tepung beras sikit sahaja.Pindahkan ke tepung kering.
Tutup bekas dan goncang-goncang ia supaya sekata.Ini hasil selepas digoncang.
Boleh dikatakan tanpa mengira kaum dan agama, orang ramai sentiasa akan berkunjung di restoran mamak untuk menikmati pelbagai menu masakan India yang cukup menepati selera. Bahkan walau hanya ingin minum teh tarik sekali pun, restoran mamak dijadikan pilihan utama.
Lazimnya istilah ‘Mamak’ sering kita rujuk kepada orang India yang beragama Islam dan secara tidak langsung orang Muslim tidak akan rasa was-was untuk menikmati hidangan yang ada di restoran Mamak.
Pun begitu, baru-baru ini Afyan Mat Rawi telah berkongsi di akaun facebooknya dengan berkongsi panduan umum dan cara untuk memilih restoran mamak. Ini memandangkan ada juga antara kita sebagai pengguna Muslim tidak dapat membezakan restoran yang menghidangkan menu masakan India tersebut adakah restoran mamak muslim original atau Hindu
Di bawah ini adalah posting yang dikongsikan olehnya. Semoga ianya dapat memberi manfaat untuk kita semua.
1. Biasanya restoran Hindu akan ditutup ketika cuti Deepavali. Sebagaimana kebiasaannya orang Islam akan tutup kedai waktu raya Aidilfitri, orang Cina akan tutup kedai ketika musim Gong Xi Fa Cai.
Beberapa tahun lepas saya pernah menulis perihal ini, ada seorang owner restoran Mamak yang bercuti ketika Deepavali, mesej saya secara personal dan mengakui pekerjanya ramai hindu walaupun beliau Muslim.
Terkejut beruk saya dibuatnya sebab restoran tersebut pernah saya pergi beberapa kali.
Isu utama ialah berkenaan Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Contohnya restoran tadi, pekerjanya memakai kopiah yang memberi persepsi bahawa mereka Muslim.
Selepas insiden itu, saya semakin berhati-hati jika ke restoran Mamak. Cara ini bukanlah konkrit untuk mengenalpasti sama ada sesebuah restoran Mamak itu Muslim atau fake. Sebab ada juga yang bercuti pada mana-mana perayaan atau ada sebab-sebab lain.
Jangan risau, ada cara lain.
2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.
Restoran mamak Muslim biasanya akan ada masakan daging lembu. Jika restoran Hindu atau mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.
Saya pernah test satu restoran “mamak”.
“Mamak, daging ada?”
“Kambing ada. Lembu tak ada”
“Kenapa lembu tak ada?”
Dia jawab tergagap-gagap, terus saya angkat kaki.
Namun, ia bukan cara paling ampuh. Ada juga restoran Mamak Muslim yang menyediakan kambing sebagai menu utama mereka, tanpa daging lembu.
3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”.
Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka.
Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim. Saya pernah beberapa kali menggunakan “test” cara ini dan dapati ada juga restoran Mamak Muslim yang mengambil pekerja pekerja dari kalangan Hindu.
Ada sesetengah restoran Mamak yang famous tapi pekerja mereka gagal apabila saya gunakan “test” ini. Terus saya angkat kaki jika pekerjanya gagal jawab salam. Pada saya, ia agak mengecewakan kerana sepatutnya restoran dengan imej Muslim, sepatutnya mengambil pekerja Muslim sahaja.
Cara ini paling ampuh berbanding cara-cara lain. Mustahil orang Islam tak boleh jawab salam. Kalau nak lebih dramatik, test bacaan surah al-fatihah. Saya pernah test ke atas seorang peminta sedekah selepas solat Jumaat, dan terketar-ketar akhirnya apabila mengaku bukan Islam.
Saya ulangi, isunya ialah bukan kepada restoran Muslim menggunakan pekerja Muslim. Isunya ialah orang Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Tidak kira sama ada tauke atau pekerja.
4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat.
Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak akan ada.
5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.
6. Boleh juga semak nama restoran dengan website Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA). Klik https://www.presma.com.my/info/senarai-ahli/
Persatuan ini memang dipelopori oleh para pengusaha restoran Mamak Muslim. Ada database keahlian mereka di seluruh negara.
Namun berdasarkan semakan saya tadi, ada juga restoran Mamak Muslim yang tidak mendaftarkan diri sebagai ahli PRESMA.
Pagi tadi saya pusing-pusing sekitar Sri Gombak dan Prima Gombak, dan inilah hasilnya. Restoran Mamak dibuka dan meriah. Restoran yang saya sudah tahu memang dimiliki oleh Hindu, memang tutup sebagaimana dijangka. Tapi ada juga beberapa restoran Mamak Muslim yang tutup. Kenapa tutup? Wallahua’lam, hanya pemiliknya sahaja yang tahu.
Sebenarnya bukan isu halal haram yang saya ingin highlightkan. Tapi isu Hindu yang mengelirukan dan menyamar sebagai Muslim. Pekerja Hindu tapi dipakaikan kopiah supaya nampak macam orang Islam.
Jika dia Hindu dan tidak mengelirukan pelanggan Muslim, dan pelanggan yakin ia halal, tiada masalah di situ. Cuma saya akan elakkan jika tahu begitu.
Sebenarnya posting seumpama ini, pernah saya kongsikan beberapa tahun lalu, juga ketika cuti Deepavali.
Pagi tadi kebetulan hantar anak sekolah, pusing-pusing kawasan sekitar ini. Sekolah anak saya tak cuti ketika Deepavali, maka saya pun tak cuti juga. Huhu…
Masa buat aktiviti ini tadi, saya baru perasan beberapa perkara;
1. Banyak betul restoran Mamak di sini. Rasanya kedai makan Melayu pun tak sebanyak ini.
2. Restoran Mamak majoritinya berada corner lot atau paling kurang end lot. Susah nak cari kedai Melayu yang berkedudukan strategik sebegini.
3. Nama restoran Mamak memamg simple. Selalunya ada perkataan Arab (Thaqwa, Berkat, Haji, Al-Azhaar, Abdullah, Al) atau ada perkataan “Maju” atau kedua-duanya.
4. Awal-awal pagi dah buka. Mungkin juga sebab 24 jam.
5. Kebanyakan masa di restoran Mamak sentiasa ramai orang. Apa rahsia mereka?
Apa kata anda pula ambil gambar-gambar restoran Mamak di sekitar kawasan anda, hari ini dan kongsikan?
DISCLAIMER: Ini adalah panduan umum kebetulan ketika cuti Deepavali. Gunakan kesemua cara yang dikongsikan untuk memilih restoran Mamak Muslim.
Apabila ditutup pada hari Deepavali, bukanlah secara automatik ia adalah restoran Mamak palsu. Hanya owner restoran sahaja yang tahu kenapa ia ditutup. Jika hari lain ia dibuka dan para pekerjanya memang lulus “test” Assalamualaikum tadi, kemudian namanya ada dalam direktori PRESMA, insya Allah Mamak Muslim.
Wallahua’lam.
3 Dalam 1, Adunan Ni Sekali Buat Boleh Masak Donut, Cakoi & Pau!
Tentunya dalam menikmati hidangan kuih muih kita sekeluarga punya selera masing-masing.
Mungkin anak suka makan donut, suami pula hendak makan Pau dan kita sendiri mahu menikmati cakoi yang baru digoreng panas.
Menyempurnakan keinginan ini dalam satu masa sebenarnya mudah sangat jika anda sediakan adunan ini. Di mana sekali bancuhan anda boleh hasilkan 3 jenis kuih.
Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Nitaharry dan berjaya mencuri tumpuan penggemar masakan.
Jadi apa kata, hari ini anda sediakan 3 jenis kuih iaitu donut, cakoi dan pau untuk dijadikan menu sarapan atau minum petang yang istimewa kepada ahli keluarga anda.
DONUT/CAKOI/PAU
400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecik garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis/susu tepung
2 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
Cara buat:
Kalau guna breadmaker masuk je semua bahan.
1. Untuk uli tangan macam biasa air+gula+yis+susu pekat
2.Bancuh dan biarkan kembang. Kemudian boleh uli macam biasa.
3.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut jenis kuih yang mahu dibuat seperti donut, cakoi atau pau.
Tips Ekstra: Untuk Kuih Donut, ambil doh mengikut saiz donut yang disukai. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah menggunakan jari.
Untuk Kuih Cakoi, uli doh kemudian gelek sampai jadi leper. Potongkan memanjang. Letak lidi di tengah dan tekankan.
Untuk Kuih Pau, leperkan doh dan letak inti yang disukai. Bulat-bulatkan. Biarkan kembang sedikit sebelum dikukus.
Salah satu resipi kuih kukus yang popular yang digemari ramai adalah kuih kaswi. Ia merupakan kuih yang sering menjadi hidangan minum petang atau sarapan pagi. Rasanya memang enak di makan dengan kepala parut.
Walaupun nampak simple je nak buat, jika salah sukatan dan cara, kuih ni boleh jadi berketul dan tidak cantik bentuknya. Malah boleh jadi keras.
Nak tahu cara buat kaswi yang mudah. Ikuti resipi ini tular ini sehingga 35K share. Menarikkan. Ayuh cuba buat!
Kuih yg senang dibuat dan sedap dimakan. Kuih kaswi @ kosui
Bahan
*2 cwn tpg gndm
*1/2 cawan tepung ubi
*1 sudu air kapur
(secubit kapur/sesudu air kapur yg siap dibancuh)
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula
5 cawan air
Cara penyediaan:
Kelapa parut yg putih saja +garam (kukus kejap utk tahan lama)
Larutkan gula pasir dan gula merah dgn 2cwn air (masak atas api kejap utk hancurkan gula, letak sehelai daun pandan utk aroma) tggu sejuk kejap.
Campurkan bahan yg bertanda * bersama 3cawan air..kemudian masukkan air gula tadi dan tapis. Guna loyang 8×8..kukus selama 30 – 40 minit..
**tunggu sejuk baru potong, bolehla di gaul dgn kelapa parut…
**tips utk potongan kuih yang cantik, tggu kuih betul2 sejuk, potong dgn pisau plastik yg disapu sedikit minyak..
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.