Buat Sotong Celup Tepung Sedap & Rangup. Rupanya Ada Cara Tepung Tak Tanggal Waktu Menggoreng!

Share

Sekali sekala dapat masak sotong yang digoreng bersalut tepung memang membangkitkan selera.  Rasanya yang rangup, enak dan isinya yang lembut membuatkan bukan sahaja anak-anak makan bertambah malah kita pun enak meratah begitu sahaja.

Pun  begitu, tidak dinafikan  untuk pastikan setiap hasil gorengan sotong bersalut tepung  memang agak susah. Kadang-kadang tak menjadi, bancuhan tepung  tidak melekat pada sotong. Ini membuatkan kita rasa kecewa sebab sotong yang dimasak tidak seperti apa yang kita harapkan dan bila hendak dimakan tidak dapat pula merasakan kerangupan adunan tepung tersebut.

Tahukah anda, sebenarnya ada cara untuk pastikan salutan tepung pada sotong menjadi elok ketika digoreng, ini sebagaimana resipi dan cara yang dikongsikan oleh puan Meens Yusoff  menerusi laman facebooknya. Selamat mencuba!

 

 

Sebelum ni peluh tiyok dok dapur buat benda ni aje mkn berejam.. Dah tau cara, bila anak minta, layan kan aje.. Nah saya bagi tips mudah buat sotong celup tepung cara saya🤭

Cara membuat:

Potong sotong guna gunting pun boleh.
Perap sotong dengan tepung bestari dengan air dulu
Selepas 10 minit, masukkan telur sebiji.
Sediakan bancuhan tepung kering iaitu tepung bestari dan tepung beras sikit sahaja.
Pindahkan ke tepung kering.

 

 

Tutup bekas dan goncang-goncang ia supaya sekata.
Ini hasil selepas digoncang.

 

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Goreng dalam minyak yang panas.
Siap.

Selamat mencuba!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN