Buat Tabungan Cara Mudah & Confirm Tak Culas. Wanita Ni Kongsi Step By Stepnya!

Share

Diakui menabung itu merupakan  suatu amalan yang lazim kita lakukan sejak kecil lagi. Apa yang pasti, pelbagai cara dan kaedah menabung dipraktikkan untuk pastikan tabungan dapat dibuat.

 

Sama ada menabung duit syiling, mungkin ada hanya menyimpan duit RM5 atau pelbagai cara lainnya yang dipraktikkan secara bersahaja.

 

Namun ada satu cara yang lebih mudah untuk menjadikan kita lebih konsisten menabung dengan cara yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan Maybank2u.

Mungkin ada yang belum tahu cara ini dan untuk itu wanita ini kongsikan semoga bermanfaat.

| TABUNG MAYBANK |

Hi semua, hari ni saya nak kongsi bagaimana ingin membuat tabung simpanan paksa menggunakan Maybank2U. Biasanya kita buat tabung ringgit – contoh tabung hijau (rm5), tabung oren (rm20), tabung rm50 dan tabung rm100 kan.

Kali ni kita buat tabung melalui M2U lak. Tabung ni bagus untuk mudahkan membuat bayaran road tax, untuk yuran tahunan sekolah anak-anak, hadiah akhir tahun, pelancongan dan macam-macam lagi.

Cara-cara ada pada gambar ye.

Semoga berjaya semua.

Langkah 1 : Log masuk guna M2U paparan baharu ye.

 

Langkah 2 : Selepas berjaya log masuk, scroll ke bawah sampai jumpa ‘creat goal’

Langkah 3 : Tekan create goal

 

Step 4 : Pilih kategori tabung yang ingin dibuat

 

Langkah 5 : Ini contoh ye. Namakan tabung pilih komitmen (secara bulanan atau tempoh masa) tetapkan sasaran tabungan, dan tetapkan simpanan bulanan.

Ekstra info

Kita boleh pilih tarikh hari tabungan dibuat.

Bila semua telah ditetapkan, tabung boleh dimulakan. Hanya tekan start.

 

Di goal ada 3 titik, tekan untuk tahu detail, untuk tambah jumlah sasaran atau untuk tamatkan tabung sebelum tarikh matang. Selamat berjaya.

Sumber : Haajar Mahmood

 

 

IKLAN